29.10.09

Memberi Itu Tanda Bersyukur

Assalamualaikum.

Sudah lama tidak menulis di sini.Agak lama juga sehingga pergerakan penaipan saya juga sudah tidak selancar dahulu.

Banyak idea untuk saya tulis.Cuma masa tidak mencukupi.Ya. Manusia seperti kita ini sering merungut tiada masa untuk membuat benda berfaedah.Tetapi,cuba tenung kembali apa yang telah kita lakukan dalam kehidupan seharian.

Hampir 70% dari perbuatan kita setiap hari adalah perbuatan sia-sia sahaja.Ini adalah anggaran rambang saya.Jangan terus menembak saya jika anggaran ini salah.

Apakah perkara sia-sia itu?Mari kita senaraikan.

  • Online tanpa sebarang tujuan khas , yang dapat dipecahkan lagi kepada beberapa bahagian . Contohnya , pernahkah anda konon-kononnya hendak online sekadar untuk mengemaskinikan mel elektronik yang hanya perlukan 5 minit tetapi berkesudahan dengan membuang masa selama sejam di laman-laman web Youtube,Facebook dll.

  • Menangguh-nangguhkan perkara yang penting seperti solat dan makan.Cuba bayangkan jika kita solat awal ? Masih ada waktu untuk kita membaca Al-Quran dan dapatlah kita solat dengan tenang dan khusyuk.Tetapi,kalau lagi 50 saat habis waktu baru hendak mendirikan solat,berdendanglah lagu Ekspress Rakyat ya kawan-kawan.

  • Berangan melayari permainan minda. Ya! Itu juga membuang masa.Baik kita fikirkan sejenak bagaimana hendak membuat duit atau bagaimana menambahkan keimanan dan ketaqwaan kita dengan penuh bersemangat.Pernah dengar "Berfikir sesaat itu lebih baik dari mengumpat orang" ?

dan pelbagai lagi yang anda boleh senaraikan.

Cuba kalau semua perkara itu dikurangkan? Pasti kita akan mendapati hidup kita lebih terurus.Kurang tekanan.Malah lebih banyak masa untuk diluang kepada pelan-pelan mega kita yang lain.

Tetapi,itu bukanlah matlamat penulisan saya pada malam ini.

Saya tertarik untuk mengulas topik di atas.

Seringkali kita dengar bahawa orang sering mengadu ke-tak-cukup-an duit. Saya juga sering begitu.Dan apabila keadaan ini berlaku,akan berlakulah ayat ini "Untuk diri sendiri pon takde duit,nak bagi kat orang laen.Ape ke halnya?"

Saya adalah mangsa sindrom kedekut untuk 80% tempoh hidup saya setakat ini.Tetapi,tuan-tuan, tiada gunanya jika kita bersikap kedekut.Sikap kedekut itu hanya akan membuatkan kita sentiasa berfikir "cukup ke tidak" duit kita itu sehingga membawa kepada ke-tak-tenang-an dalam diri yang lantas membuat kita sentiasa merasa duit tidak cukup.

Tetapi,jika kita lapangkan diri,dan mula memberi daripada hanya menerima,kita akan melihat kesan yang baik.Antara kesan-kesannya adalah :

  • Apabila kita mula memberi , walaupun duit itu atau harta itu semakin kurang , tetapi kita akan melatih diri kita dengan rasa bersyukur dan tidak terlalu memikirkan duit.Kita sentiasa merasakan duit itu cukup untuk kita.Itulah yang dinamakan nikmat yang Allah berikan kepada orang yang pemurah.Hanya jika kita ikhlas ya.Kalau memberi itu untuk riak semata, baik tak payah.

  • Orang yang menerima pemberian akan mendoakan yang baik-baik untuk kita.

  • Sebenarnya dijanjikan Allah rezeki yang lebih untuk kita yang kita mungkin sedar atau tidak sedar pada masa hadapan.

  • Kita akan mendidik diri kita untuk lebih dekat dengan sifat-sifat murni yang lain.Cuba didik diri anda untuk menderma di masjid dengan kuantiti besar dengan keikhlasan dan menginsafi nasib orang lain yang susah.Pasti anda akan ingin menderma lagi. Pasti anda tidak terlalu materialistik.Tetapi ikhlas itu penting.Bukan derma sebab nak riak.Ini baru derma 100RM nak masuk paper,susah la bro.

  • Insaf terhadap hakikat bahawa kita hidup di dunia bukan seorang sahaja.Banyak lagi orang susah.Sekurang-kurangnya ada juga tujuan kita hidup ini.Sila lihat orang Melayu terkaya Malaysia.Dia kaya,bina masjid besar-besar di tengah-tengah KL.Ingat harga seringgit ke tu?Mahal.Tetapi Allah sentiasa murahkan rezeki dia.Inikan pulak kita yang "no one" ni.Kalau nak kedekut juga,tidak tahulah nak cakap apa.

dan lain-lain.

Begitu juga dengan ilmu.Jika kita ada suatu ilmu,janganlah kedekut sangat ilmu.Ajarkanlah kepada orang lain.Tiada guna ada ilmu jika hanya anda seorang sahaja dalam komuniti yang ada ilmu itu."Tak fun lah" orang muda kata.

Makin banyak anda ajar,makin banyak anda dapat.Ilmu itu tidak semestinya ilmu akademik.Ilmu macam ini pon boleh.Contohnya macam saya,saya ini terfikir benda ini,saya bagi kepada anda.Saya sudah dapat banyak kelebihan.

Kelebihannya adalah :

1-Saya melatih kemahiran menulis.
2-Sekurang-kurangnya jika orang amalkan,saya dapat pahala.
3-Saya telah mengingatkan diri sendiri untuk melakukan kebaikan.

Betul.Saya sering mengalami perasaan ini.Sambil menulis,sambil mengingatkan kepada diri sendiri. Kemudian insaf terhadap apa yang saya lakukan. Dan , saya akan memperbaiki diri. Begitulah seterusnya.

Itulah apa yang saya ingin sampaikan kepada anda semua.Semoga mendapat kebaikan di situ.Insya-Allah.

Assalamualaikum.

Selamat Beramal.



1 comment:

  1. ya betol..sy sokong saranan dan buah fikiran anda.

    ReplyDelete