31.10.09

s.a.m.p.a.h - seperti angin malam , penuh anganan hitam

sampah
dari kasar mata
memang terserlah kesampahan
dari fizikal mana sekalipun
tetap sampah
tetapi jika dibuka kunci mata
sinar bakal ditemu

sinar yang menukar sampah
kepada gerabak-gerabak berniat suci
pembentung-pembentung
dan rakan-rakan
hanya jika dan dengan jika
mata yang memandang bukan mata kosong

mengitar semula sampah
tentu bukannya mudah
begitu juga diri kita
jika merasa terlalu sampah pada suatu sepah
celikkan mata
binalah faedah pada dada
dengan ketakjuban di hati
pasti sinar akan ditemui

seperti sampah
nama sahaja sampah
tetapi berfaedah .



2 comments:

  1. sampah.
    dahulu dibakar, dibuang dan ditanam.
    tetapi kita ada tong hijau, tong biru, tong kuning.
    jadi tidak semua sampah kekal sampah.
    adaptasi dalam hidup dan pemikiran.
    jangan benci terus buang. jangan marah terus campak.
    recycle minda. :D

    saje nyebok dah lame tak datang..
    banyak masa free ke geng?
    hahahahaha..

    ReplyDelete
  2. sampah sarap..
    sampah ngn parasit itu sama...
    parasit sampah!!

    ReplyDelete