21.11.09

Bahasa Itu Tidak Statik

Fish You
Lancai
Kiwak
Burito
Kibai

Anda faham dua perkataan di atas?Perkataan di atas adalah perkataan yang digunakan oleh anak-anak muda "sopan" yang ingin memarahi orang tetapi kerana mereka tidak gemar menggunakan perkataan-perkataan vulgar lain seperti Fuck atau Lancau jadi mereka mengubahsuai ayat itu untuk menjadikan mereka tampak lebih sopan.

Tetapi pada hakikatnya mereka tetap melakukan perkara dan motif yang sama.

Mencarut (Melepaskan kemarahan/perasaan dengan menggunakan perkataan) . Ini tidak bagus untuk jiwa sebenarnya.


Mereka pasti mempertahankan tindakan dengan berkata "Fish itu ikan.Bukan mencarut" .

Tetapi mesti diingat.Mangkuk itu bowl.Babi itu haiwan.Tetapi oleh kerana selalu digunakan sebagai medium carutan,majoriti mengiktirafkannya sebagai kata-kata kesat.Sampai hendak menyebut babi pun dikatakan salah.

Apa punya mentalitikah ini.Hendak sebut babi/khinzir,tetapi malu-malu kucing.Jadi beliau pun menyebutlah (dengan merasakan diri dia sesopan-sopan kejadian) perkataan "tut" untuk mewakili babi . Jika ditanya lagi,apa yang "tut"nya? " Dijawab mereka "Alaaa..yang Tutttt tu" .

Nampak?Bukankah sudah susah proses komunikasi.Mereka yang merasakan Babi itu mencarut.Sebenarnya perkataan Babi tidak boleh dipersalahkan.Yang harus dipersalahkan adalah orang yang suka marah dan menggunakan perkataan itu untuk mencarut.

Sama sahaja kesnya seperti fish.Ianya adalah pertopengan manusia untuk tidak menggunakan perkataan popular yang diketahui umum sebagai mencarut dalam misi menyembunyikan pencarutan beliau sendiri.

Budaya "pengelancaian" perkataan-perkataan popular ini pada akhirnya akan membawa kepada beberapa kesan.

Antaranya:


- Fish bakal menjadi kata carutan jika ramai orang yang akan menggunakannya.Lantas,ikan yang tidak bersalah itu akan dipersalahkan.

- Mungkin berlaku keadaan di mana orang hendak membeli ikan tetapi menyebut "TUT TUT" kerana risau dikatakan mencarut jika keadaan ini berterusan.

- Habis perkataan yang baik-baik di dalam kamus dilunaskan nafsu kemarahan dan ditukar menjadi perkataan carutan.Akhirnya,kita juga yang susah.

- Budaya matlamat menghalalkan cara akan berleluasa.Tidak dapat mencarut guna FUCK , mereka bantai guna FISH.Akhirnya,kemarahan tetap berlaku.
    Sebenarnya,apa yang penting,bukannya bertindak menuturkan FISH, tetapi adalah untuk kita cuba mengawal kemarahan itu dengan menarik nafas.Mengosongkan fikiran.Dan berdoa kepada Allah memohon keampunan.

    Itu yang sebenarnya.Jika menukarkan FUCK kepada FISH,masalah tetap tidak lari.Hati tetap tidak senang.Jiwa tetap suka memaki.Tetapi bezanya?Kononnya sopan.Sopan yang bertopengkan "kemarahan" .

    Itulah apa yang ingin disampaikan.Tidak perlu hendak berpura-pura menggunakan perkataan itu semua.Kerana ianya hanya hipokrasi yang sebenarnya bernama pencarutan juga.

    Bawa-bawa beristigfar dan berdoa.Pasti akan tiba masa dapat mengawal kemarahan anda.

    Seorang pemaki akan kekal selamanya memaki tidak kira menggunakan perkataan apa. Tetapi seorang pemikir akan cuba sentiasa memikirkan kesalahan beliau untuk sentiasa berubah.Percayalah,kejayaan pasti tiba bagi orang yang berusaha.

    Insya-Allah.

    Assalamualaikum.





    3 comments:

    1. i love to fish girls..
      i love to go fishing..
      haha
      moga kita semua dapat mengawal kemarahan dalam jiwa kita.

      ReplyDelete
    2. mother fish...
      cian si ikan...

      si babi pon x bersalah aku rase...
      cian si babi...

      ReplyDelete