21.11.09

Lemah Minda Lemah Jiwa (Ringkas Sadat Fikir)

Assalamualaikum.

Ramai dari kita beranggapan popular itu benar dan bagus.
Jika sesuatu popular,maka beramai-ramailah mereka mengikut.
Mereka itu selalunya terdiri dari saya dan anda semua juga.

Mereka risau jika ketinggalan.
Jadi,membuanglah mereka masa hidup mereka dengan melakukan kepopularan.

Tetapi,tahukah anda.

Itu sekadar membuktikan kita ini lemah minda.
Mudah dipengaruh dengan keduniaan.
Membawa kita kepada jiwa yang lemah.

Kenapa?

Beri kronologi ini sebagai misal.

Facebook popular.
Ramai-ramai buat.
Kita juga buat.
Bual-bual kosong.
Minda sudah lemah.
Dipengaruhi dunia.
Walhal tidak sedar,itu agenda kesemuanya.
Apakah agenda itu?
Sudah tentu tidak tahu.
Kerana usaha mengetahui agenda tidak popular.

Berbalik topik.
Minda lemah akan membawa jiwa lemah.
Kerana minda lemah membuktikan tiada pegangan melawan nafsu.
Tiada keinginan.
Seterusnya menjarakkan kita dengan usaha menuntut ilmu.
Hanyut dalam duniawi.
Lantas semakin jauh dengan makanan jiwa.
Ilmu penyuluh jiwa.
Tiada masa untuk jiwa.
Jadi berjayalah pembuat mesin duniawi melekakan umat manusia.
Dan menjadikan manusia lapar jiwanya.
Tahukah anda.
Manusia kosong jiwa adalah manusia yang mudah berkejahatan lantas membawa kepada manusia korupsi?

Tidak tahu bukan?
Kerana berfikir persoalan itu tidak popular.
Jadi benarlah
Lemah minda akan membawa kepada lemah jiwa
Kerana dengan lemah minda
Kita tidak akan melakukan perkara yang tidak popular seperti membaca ilmu dan perkara-perkara kebaikan.
Lantas kelabulah jiwa.

Baikilah minda anda.
Kita sudah lama ditetapkan pemikiran.
Bergantung pada sistem.
Dikarikan diri.
Fikir segi
Bukan bulat.

Sekian.

p/s:maaf jika ayat diulang banyak kali.tetapi banyak kali itu lebih bagus dari sekali.


No comments:

Post a Comment