28.11.09

Teori Samad Untuk Dunia

sambil ku bernafas
menghela ke udara
memandang ke langit
merenung jauh
mula berkhayal

betapa aku perlu bersyukur
dapat hidup tenang
tidur lena
jauh dari kekusutan
dan propaganda mungkin?

namun lebih bersyukur aku
kerana diberi peluang
untuk menyedari hakikat
lantas membuat diri semakin insaf

di sebalik pandangan mata
jauh di sana
masih ada yang derita
bapa dibunuh kill kill die die
dara diperkosa
jantan diseksa
keluh...

kenapa mereka ditindas?
pernah difikir?
pernah cuba memahami?
atau sekadar menerima suapan massa?

terseksanya mereka
kerana ada sesuatu

munasabahkah bagi yang mengaku saudara
bersenang-senang
berprejudis chauvinism sesama sendiri
di suatu sudut
ketika ada yang meratap?

difikir kembali
kita yang bersenang-senang juga terjerat
yup
tertindas minda
dirampas hak berfikir
membuat kita kekal hanyut sesat
hilang pedoman
dan rasa simpati

benarlah kata-kata
yang benar pasti akan ditindas
yang selesa pasti dileka

resolusi pantas
bagi yang selesa kepada yang benar
tidak perlu dihunus tetak
sememangnya tidak mampu

sebaliknya
gunakan akal
yang telah lama menyepi
dari tabii duniawi

sekian.


1 comment:

  1. selamat hari raya buat kamu juga.... xde bnde yg perlu disedihkan... cuma kasihan kat makbapak je..dok fikir pasl adik2 yang lain...

    thank coz sudi terjah ke blog bro yg xseberapa ini.... suke frasa?? he..23x frasa manenye... semuanya rapu rapan yang dihujah terhujah mengapai pengertian yang tersirat difahami

    www.broframestone.com

    ReplyDelete