18.11.09

Tiada Peribadi , Ketepikan Emosi

Assalamualaikum.

"Siapa rasa saya patut pergi kelas esok?"
"Siapa rasa saya patut memasak ayam?"
"Siapa boleh terangkan apakah maksud cinta kepada saya?"
"Perlukah saya meminta maaf?"
"Lelaki menunggang dengan wanita di atas motosikal?"


Begitulah antara ungkapan-ungkapan yang kelihatan ilmiah (diskustik) pada zahir tetapi pada hakikatnya "there's something fishy" .

Ia sering diletakkan di status-status laman web sosial seperti Facebook.Pada saya, soalan-soalan seperti itu tidak perlu diletakkan di situ.

Ini kerana jika seseorang itu memang benar-benar memerlukan idea,dia tidak akan meletakkan soalan seperti itu di tempat terbuka.Dia akan bertanya kepada pihak berkenaan secara terus.

Tidak dinafikan,mungkin ada yang ingin jujur bertanyakan pendapat.Tetapi,kebanyakannya tidak.Lebih kepada taktik menarik perhatian dan berbual kosong.

Tidak percaya?Sila lihat komen susulan di bawah selepas itu. Topik yang dibincangkan pasti sama sekali telah berubah dan keputusan masih belum dapat dicapai.Tiada perbincangan serius yang berlaku.

Apa kesannya?Lahirlah masyarakat yang hanya suka berbicara kosong dan bersembang bollocks bergelak ketawa hindai ria kosong sahaja sambil melihat masa berlalu pergi meninggalkan kita tanpa mengejarnya.

Ini bukan ditujukan kepada orang Melayu sahaja.Ya.Kerana jika ditulis Melayu , takut-takut ada yang berkata saya ini "suke mengkondem orang aje"."Macam perfect sangat budak ini",kata merekalah.Bukan saya.Saya okay aje orang muda kata.Tak dengki apa pun.Tapi sengaja mahu anda berfikir.

Iya.Orang yang berfikir mampu membuat mereka merubah sikap.

Berbalik kepada topik,perkara ini juga berlangsung dalam forum-forum yang sepatutnya akademik,tetapi seperti kes Facebook , ianya berkemungkinan besar akan berakhir melalui dua cara iaitu :

1) - Perbincangan meleret-leret dan peribadi
2) - Pergaduhan kosong (anda dapat tonton contoh di bawah komen-komen Youtube) .

Dan antara topik-topik biasa yang dibincangkan adalah

"Perlukah study lewat malam menjelang exam?Jika perlu,Nescafe atau Teh Lipton Peneman Malam?"
"Bolehkah lelaki hidup tanpa cinta?"
"Salahkah perempuan melamar lelaki?"

dan banyak lagi persoalan genius yang pada hakikatnya adalah soalan-soalan yang tidak perlu diadakan perbincangan akademik atau umum untuk mendapatkan kesimpulan .


Jika dibuat juga akan membawa kepada kerugian masa.

Kesimpulan yang saya dapat beri kepada orang-orang yang terlibat,kurangkanlah diri anda melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti membuang masa seperti di atas.Jika benar anda ingin dapatkan ilmu,ini zaman teknologi.Hanya "google"kan sahaja tentang maklumat diingini.Pasti ditemui.

Anda juga mungkin dilihat sebagai lame orang putih kata jika berbicara "poyo-poyo" seperti di atas.Sesekali boleh.Tetapi jika berkali-kali,sehingga menjadi rutin?

Fikirlah di luar kotak.Jangan terlalu banyak bercakap kosong,bimbang nanti hasil yang diharap tiada,otak pula makin kosong.

Bak kata Denzel Washington dalam American Gangster "Listen to me, the loudest one in the room is the weakest one in the room. "

Sekian dari saya yang tidak sempurna tetapi bergaya .

Assalamualaikum.



p/s: oh memang benar. mereka berjaya membuat kita keliru di antara dunia sebenar dengan dunia siber .

No comments:

Post a Comment