10.12.09

5 Pancaindera Anugerah Allah Mesti Dimanfaatkan Ke Arah Kebaikan,Bukannya Ke Arah Belenggu Dosa

assalamualaikum
kita manusia dianugerahi lima pancaindera
setiap darinya amat penting
untuk kehidupan
namun
boleh juga membawa dosa
dan pahala

lima pancaindera ini boleh menjadikan kita manusia
ataupun haiwan bertopengkan manusia
hanya kita sendiri bisa menentukan peranan mereka

di sini ingin disampaikan sedikit nasihat ringkas
yang boleh diguna
untuk memanfaat lima pancaindera ini

yang pertama adalah
telinga

kita hari ini
sudah diasuh dari kecil
dengan headphone , earphone dan sebagainya
dimomok-momokkan pula slogan "hidup tiada muzik,tiada life"
jadi 
bermusiklah kita
di mana ada kesempatan
berdendanglah irama di telinga
ditambahkan kelazatan cerita
muncul pula pelbagai teknologi yang membolehkan teknologi 24 jam

mula-mulanya kelihatan canggih
tetapi lama kelamaan 
kelihatan manusia menjadi hamba mesin
seperti robot juga ada

bukannya yang menulis ini orthodox
yang menulis ini malah dahulunya hebat juga
koleksi diskografi Oasis,Arctic Monkeys,The Strokes,Muse,Kings Of Leon dll
kesemuanya ada di dalam player beliau
lengkap
tidak cukup dengan itu
jika ada kesempatan 
duit dan wang dilaburkan untuk membeli cakera padat

huh
sungguh hebat jika dilihat dengan sebelah mata
tetapi
setelah penulis ini tersedar
memikir kembali perbuatan
sebenarnya tiada satu gunanya pun

apa guna kita hidup mendengar muzik dan irama manusia 24 jam?
adakah itu tujuan kita diciptakan Maha Pencipta?
lagu-lagu itu tidak bisa menyelamatkan kita ketika saat ajal nanti
lagu-lagu itu hanya pelaguan lirik-lirik kosong orang biasa sahaja
tiada nilai spiritual

bagaimana hendak memanfaat telinga ini?
mungkin itu persoalan anda

caranya mudah
adalah lebih baik kita memasukkan koleksi ayat-ayat Al-Quran
dan tasbih-tasbih atau ceramah agama
sambil mendengar
sambil mengikut bertasbih dan membaca
pahala dapat
jiwa tenang

benar
kadangkala mengikut pengalaman dahulu
jika mendengar lagu itu terlalu lama
jiwa terasa seakan kosong
seakan suatu kehilangan

ya

musik memang memudaratkan jika ianya diguna melebih-lebih
jika sekadar sedikit
tidak mengapa
tetapi yang sedikit itulah yang biasanya membawa kepada melebih-lebih
lebih baik mendengar firman Maha Suci Allah
jiwa pasti tenteram

pancaindera kedua : mata
adat pemuda
yakni belia 
atau remaja
tahap ini
jiwa masih bergelora dengan gelodak nafsu
mata pasti meliar mencari wanita-wanita seksi
wiiwiit
tetapi jika difikir
sampai bila?
adakah kita hidup ini hanya untuk nafsu semata?
benarlah ada mendengar orang berkata

wanita jahil itu boleh menjadi punca lelaki hilang arah dan pedoman
wanita berilmu bisa membuat lelaki mengubah dunia

benar
pengalaman hidup merantau
di negara mat saleh orang kampung kata
penuh dengan gadis-gadis jelita
tetapi
jika difikir
kita hanya tertipu dengan godaan syaitan
pemerhatian yang terlalu lama terhadap gadis-gadis seksi atau wanita seksi
hanya membawa kepada lebih banyak dosa
porn,masturbation,adultery,dan pelbagai lagi perkara-perkara 
yang hanya menghampirkan kita kepada zina

bagaimana memanfaatkan pancaindera ini?
tundukkanlah kepala ketika terlalu ramai gadis-gadis di sekeliling
tiada salahnya 
dari mendatangkan bencana lain
bacalah banyak Al-Quran
bacalah banyak ilmu-ilmu bermanfaat
dari bermain game dan menonton films yang ada unsur ghairah
lagipun itu semua hasil karya manusia 
fiksi sahaja bahasa pasarnya

bukan mengatakan diri ini sempurna
diri ini juga dahulunya kaki wayang
tetapi
kita perlu berubah
kita perlu sedar
kita ini berada di akhir zaman
Nabi SAW mengatakan

"jarak antara pengutusanku dan hari kiamat bagaikan dua jari ini"

jika lebih 1400 tahun dahulu sudah dua jari sahaja yang tinggal jaraknya
sekarang?
oh

sangat dekat lagilah
dan diingat
bertaubatlah sekarang
sebelum pintu taubat ditutup

pancaindera ketiga hidung
tiada banyak idea untuk hidung ini
tetapi
yang paling penting 
janganlah merokok
kerana saat anda merokok
anda telah merosakkan hidung anda dan hidung orang di sekeliling anda
sekaligus menjadikan anda pembunuh tidak sedar

ya
orang yang merokok pasti tidak akan mengiyakan kenyataan ini
sudah ketagih
apa boleh bicara
tetapi cubalah berubah
banyakkan doa
ingat
Allah pasti membantu 
jangan hidup diperhambakan rokok najis
tiada guna amal ibadat jika masih bergelumang dengan najis itu

bagi pengusaha kedai
janganlah dijual rokok untuk mendapat keuntungan
apakah hukum anda mengaut keuntungan dari keseksaan perokok?
berdosa tahu

perokok,insaflah anda
sebelum makin terlewat

kemudian kita ada lidah
lidah semua tahu
apa yang perlu dibuat oleh lidah?
lidah ini boleh menjadi punca dosa terbesar kita

makin banyak berkata
makin jelas kebodohan
jadi
apa langkah?

kurangkan berkata
banyakkan zikir istighfar
kurangkan juga mengumpat dan fitnah 
jangan dikata saya bajet bagus
saya sedar saya merupakan kaki gosip dahulunya
tetapi cuba berubah
tidak salah bukan?

dan kawal juga lidah anda
sebab lidah
silaturahim boleh terputus

dan
jika dilihat anak-anak muda sekarang
bermain games
pasti diselangi perkataan bodoh,babi ketika tewas dalam perlawanan itu
anda fikir
adakah logik jika kita terus bermain permainan itu?
kerana jika bermain

adalah mustahil untuk tidak mencarut
sudah resam manusia akan memaki hamun dalam keadaan luar sedar seperti itu

di sini dapat dilihat
permainan game secara obsesi hanya mengundang dosa secara tidak sedar

dan yang terakhir
kulit
ringkas sahaja
tetapi penting
tutuplah aurat

bagi wanita
apa susah sangat tutup aurat
tidak perlu memakai tudung sehingga menutup muka jika panas
tetapi pakailah seperti yang dituntut Islam
tidak tahu bagaimana?
bacalah kitab-kitab agama dan rujuk para ahlinya

satu ayat untuk difikir
"barang baek,mesti la kena cover elok.barang busuk,bagi dedah pun takpe"
bukankah begitu?
anda fikirlah


lelaki juga sama
jaga aurat anda
jangan lalai ketika bersukan

kesimpulannya
semua bahagian badan kita ini
boleh mendatang baik atau buruk kepada kita
gunakanlah ianya sebaik mungkin
kerana pada saat anda sudah tidak bernyawa
setiap badan ini akan menjadi saksi perbuatan anda
bertaubatlah segera wahai diri sendiri dan juga saudara-saudara sekalian

sekadar mengambil ayat dari blog kenalan

"dota (video games) merupakan rekreasi minda
tetapi
bila dota dah menjadi perkara nombor satu dalam hidup 
Allah nombor berapa?
kalau men"dota"kan diri lagi lama dari mengHAMBAkan diri

kita ni jadi HAMBA siapa??
so

biarlah dota sekadar rekreasi minda..
bukan perkara yg lebih atas daripada Allah..."


anda fikir-fikirkan
ayat di atas boleh diaplikasi juga dalam bidang lain
kita ini sudah di penghujung akhir zaman
berubahlah semua

gunakan anugerah Allah
dengan akal yang juga merupakan anugerah dari-Nya

sekian
harap artikel dapat difahami 

assalamualaikum

semoga mendapat keberkatan Allah
amin.

1 comment:

  1. salam
    termenung sejenak dengan kata2 pena maya
    seolah aku masih lagi di alam khayalan
    aku cuba menadah tangan untuk berdoa
    aku merasakan diri ini terlalu hina dan kerdil di matanya,malu untuk meminta bila diri menimpa bala
    lupa segalanya bila diri dikecapi kemewahan...

    terima kasih pena maya
    satu cebisan kata2 yang cukup indah untuk aku sedar diri ini siapa di MATA ALLAH s.w t...

    ReplyDelete