11.12.09

Adakah Definisi Hidup Itu Sekadar Terbatas Pada Hiburan Dan Nafsu?

Assalamualaikum.

setiap hari
sesaat sahaja setelah kembali mencelikkan mata
apakah yang bermain di dada kita?

tentu kita teringatkan kerja,pelajaran dan pelbagai lagi urusan dunia
adakah kita teringat untuk mengucapkan syukur kepada Allah SWT?

kerana membangunkan kita lagi
kerana masih memberi peluang untuk kita bernafas
masih memberi peluang untuk kita betulkan salah silap kita
masih memberi satu lagi hari untuk kita penuhi dengan amal dan taubat

adakah kita berbuat begitu?

saya yakin kebanyakan dari kita tidak

kita hanya tahu mengeluh 
mengeluh dengan rutin harian
bangun pagi
pergi kerja
pandu kereta
naik bas
dan pelbagai lagi rutin harian
rutin yang membuatkan kita semakin jauh dari kemahiran berfikir 
rutin yang sering membuat kita tampak kelihatan seperti robot 
yang jika diperhatikan memang nampak hebat 
tetapi jiwa kosong

bekerja itu tidak salah
belajar itu tidak salah
malah dituntut oleh agama

Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. [2:168] 

yakni carilah rezeki di jalan yang halal
islam juga tidak menyuruh kita meminta-minta
tetapi
kita pada zaman ini
hidup terlalu duniawi
sehinggakan 
tiada masa untuk melakukan amal ibadat santapan rohani

pernahkah kita terfikir
kenapa kita merasa beban untuk bangun sembahyang malam?
jawapannya mudah
cara hidup kita
terlalu berhibur
kita berhibur dan menitik berat dunia melampau
kita menonton televisyen sehingga lewat malam
dan rancangan-rancangan televisyen itu pula 
kebanyakannya adalah sampah sahaja 

jika sudah pukul 3 baru hendak tidur
bagaimana hendak bangun beribadat
kita terlalu memanjakan diri
terikat dengan sistem

kita kena kembali berfikir
adakah hidup hanya itu sahaja tahap matlamat kita?
menonton dan menerima apa yang disampaikan
mengikut sahaja kehendak dunia
tidak ingin mencari
mengubah sesuatu yang silap

kesilapan kita yang terbesar adalah tidak berfikir
kerana apabila kita tidak berfikir 
kita sudah semakin jauh dari pedoman dan akal 
lalu jauhlah dari jalan yang benar

kita tidak berfikir kenapakah hidup kita berulang perkara sama setiap hari
apakah tujuan kita hidup
bagaimana cara hendak memperbanyakkan amal ibadat

cara sebenar untuk memperbanyak amal ibadat
adalah
mengawal nafsu kita
kerana jika ditenung
hampir setiap perkara dalam hidup ini pada hari ini
hanyalah memenuhi tuntutan nafsu
facebooking,bersms,melepak mamak berjam-jam,menonton wayang
dan pelbagai lagi yang anda boleh isikan sendiri

jika ditanya salah seorang dari kita
pasti dijawab 
"tak fun la tak lepak" 
terlalu berat untuk kita melawan tabii nafsu 
padahal semua perkara itu jika diteliti
hanya membuang masa sahaja

yup
kita sememangnya sudah berjaya melahirkan produk gagal berfikir

bukannya kita tidak boleh berhibur
tetapi apabila berhibur itu sudah menjadi maksud hidup
bilakah kita hendak menjalankan tanggungjawab kepada-Nya?
kadang-kadang tidak pelik kenapa kita masih gagal dalam pelbagai bidang ilmu
ini kerana gaya hidup ini yang menyebabkan kita sukar bangun subuh
jika subuh sudah gagal
anda fikir
mudahkah doa-doa anda dimakbulkan?

ada sahaja cara lain untuk bersosial sebenarnya
bukan tiada
cuba teliti sedalam-dalamnya
mahu tidak mahu sahaja

dan ya
kita memang perlu mencari rezeki
tetapi jika wang yang menjadi matlamat kita sehingga lupa ibadat
ini sudah tidak betul
tetapi bukan bermaksud untuk kita bermalas-malas
kerana Allah tidak akan membantu orang yang tidak berusaha merubah dirinya  
yakni dalam kata lain pemalas
tetapi bekerja biar bertempat
jika kita kembali kepada Allah sambil berusaha
nescaya lebih banyak rezeki yang bakal didapati
kerana Allah Maha Penyayang

Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan
menyelamatkannya).Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. [65:3]

ingat
kita ini hidup tidak lama
jangan asyik bertangguh untuk berubah ke arah kebaikan
jangan asyik leka dengan kerja-kerja dunia (hiburan)
jangan asyik melengah-lengah bertaubat
kerana ajal maut itu hanya Allah yang tahu

manalah tahu ketika sedang sibuk berhibur sakan
ketika sedang membuka aurat
ketika sedang memuaskan nafsu syahwat
dicabut nyawa
minta dijauhi Allah

jadi
apa yang ingin disampaikan
kembalilah kepada Allah sementara bernyawa
kerana hanya kepada Allah sahajalah tempat kita bermohon dan meminta

jangan terlalu diagung-agungkan sangat dunia (hiburan) ini
jangan terlalu hedonisme 
jangan terlalu difikir apa pendapat orang lain
bersederhanalah dalam kehidupan dunia
sesungguhnya gelak ketawa tidak membawa kita ke mana

ubahlah diri bermula sekarang
tuntutlah ilmu 
banyakkan ibadat dan taubat
yang penting niat dan ikhlas
untuk mendapat keredhaan Allah

sekian.

Assalamualaikum.

link untuk dikongsi [LINK]


No comments:

Post a Comment