19.12.09

Bertangguh Ke Arah Kebaikan Hanya Membawa Kita Kembali Ke Arah Kegelapan

Salam Maal Hijrah 1431
Alhamdulillah kerana masih dapat menyambut satu lagi Maal Hijrah
masih punya peluang memperbaiki diri
masih punya masa memohon keampunan

sebagai manusia yang lemah
apakah tindakan kita memperbaharui diri?

di sini ingin saya
sertakan beberapa cadangan

jika sebelum ini seorang yang pemalas
berubahlah ke arah kerajinan

jika sebelum ini jarang dimulakan perkara dengan nama Allah
mulakanlah baca bismillah dalam setiap perkara

jika sebelum ini pengotor
jadilah pembersih kerana pengotor itu bukan peribadi muslim

jika sebelum ini suka membaca gosip artis
mulalah membaca ilmu 

jika sebelum ini suka menonton drama manusia di televisyen
mulalah menonton rancangan ilmiah santapan jiwa rohani dan akal pula

jika sebelum ini pemarah
banyakkanlah istighfar dan cuba kawal kemarahan anda

jika sebelum ini suka berhutang
mulalah bayar hutang-hutang anda

jika sebelum ini terlanjur perbuatan
mulalah bertaubat dari sekarang kerana bimbang tiada lagi esok 

jika sebelum ini sombong
jadilah ramah pula

jika sebelum ini sembahyang hujung waktu atau tidak sembahyang langsung
mulalah sembahyang

jika sebelum ini suka membuang masa
isilah masa dengan perkara yang mendatangkan pahala

jika sebelum ini banyak berbicara
kurangkan berbicara kerana ianya lebih banyak keburukan dari kebaikan

dan yang terakhirnya

jika sebelum ini hanya tahu berazam dan cakap sahaja
mulalah lakukannya pada tahun ini dan jangan bertangguh lagi

manusia ini sememangnya lemah dan itu kita semua tahu
tetapi tekadkan jiwa
kuatkan semangat
bermohonlah kepada Allah

pasti boleh
insya-Allah
semoga usaha kita sentiasa mendapat keberkatan Allah
jangan bertangguh lagi dalam bertaubat dalam berubah

kerana bimbang semangat yang ada hanya akan pudar dibawa arus masa
sesungguhnya orang yang bertangguh itu adalah orang yang rugi

sekian
semoga mendapat manfaat
Assalamualaikum



3 comments:

  1. Ringkas.. selamba.. tapi berkesan. Syabas!

    ReplyDelete
  2. Salam Pena Maya. Isteri saya ada memberi tip ringkas menyambut Maal Hijrah. Blog beliau http://www.teacherrahila.blogspot.com. Sama-sama kita berkongsi pandangan.

    ReplyDelete
  3. terima kasih semua kerana membaca
    insya-Allah mybabah
    saya akan membaca
    yang baik kita kongsi
    yang buruk kita tegur
    Assalamualaikum

    ReplyDelete