8.12.09

Buat Kenalan

izinkan saya buat kali ini sahaja
untuk terkeluar topik
sekadar mahu menulis secebis pengajaran dari kisah kenalan

para pembaca
kita hidup ini
sementara sahaja
dalam sementara itu
timbullah rasa kasih sayang

setiap manusia dijadikan berpasangan
dan dalam perhubungan itu
pasti ada suka duka

dalam suka duka itu
pasti ada luka ketawa

pengajaran ringkas
hargailah yang tersayang sementara mereka masih di sisi
hargailah kekurangan mereka
hargailah sifat mereka yang anda rimaskan ketika bersama
hargailah adu rungutan mereka
hargailah mereka dengan penuh kasih sayang

walaupun ketika anda penat
walaupun ketika anda marah

kawallah perasaan itu
kerana setibanya sahaja saat anda silap perkataan dan hilang kawalan
anda mungkin akan kehilangan mereka buat selamanya
dan pabila saja tiadanya mereka
sifat jengkel jelek mereka itulah yang akan membuat anda merindui mereka
anda akan merindui jengkel itu kerana
itulah yang membuatkan mereka istimewa

dan ingatlah sekali lagi
dan mungkin buat kali terakhir saya ingatkan
hargailah yang tersayang semasa masih mempunyai mereka

dan jika masih punya peluang
pintalah kemaafan dari mereka
buangkan sifat ego itu

ketika semuanya telah berlalu
anda akan merasai pedihnya
dan menyesal

sekian


3 comments:

  1. Salam Umar. Setiap rintihan ada bersebab. Jika entri saudara kali ini punya sebabnya, bolehlah kongsi pengalaman untuk menjadi iktibar kepada yang lain...

    ReplyDelete
  2. terima kasih saudara
    saya berkongsi kisah kenalan saya yang mahu kisahnya dijadikan iktibar

    ReplyDelete