13.12.09

Hobi Berisi

hobi itu bagiku
bagaikan pisau
baik guna mengasah minda
buruk guna membunuh jiwa

kita sering menggalakkan anak muda berhobi
tetapi kita sering lupa
untuk menambah satu lagi perkataan dalam galakan itu
perkataan yang sepatutnya berada di sebelah berhobi
perkataan itu adalah manfaat

manfaat itu pula banyak jenis
ada orang
dia kata membaca itu membuka minda
ada orang pula berkata berbasikal itu manfaat baginya

terpulang sahaja
tepuk dada tanya selera
yang penting
manfaat itu mesti menurut syariat islam
serta dapat membangun jiwa dan fizikal

malangnya
kita dewasa ini
terlalu mudah hidupnya
sehingga muncul pelbagai hobi
yang logik atau tidak
sebutkan sahaja
lantas kelirulah diri-diri ini

kita jika hendak berhobi boleh
tetapi
cuba fikirkan adakah warasnya pada hobi itu

misal kata
bermain bola
boleh,tiada salahnya
tetapi jika bermain bola sehingga meninggalkan rukun wajib
bermain sehingga mendedahkan maruah
bermain sehingga menimbulkan kemarahan dan menghilangkan kewarasan
bermaki-makian
masih adakah logiknya?

yang taksub akan kekal taksub

contoh kedua pula
apa ya?
hurm...

ambil contoh menulis blog
tidak salah jika menulis blog kerana Allah
niat ikhlas
untuk mendapat keredhaan
semoga manusia lain juga dapat berkongsi ilmu yang ada pada diri
dan pelbagai lagi perkara kebaikan

tetapi yang menjadi salahnya
jika menulis itu dengan harapan mendapat follower yang banyak
untuk glemer satu malaya
untuk mendapatkan pujian orang ramai
yang membawa kepada riak
dan takbur
adakah menulis itu masih ada kebaikannya?
adakah masih ada ikhlasnya?
hidup jangan mengejar nama sahaja

kemudian
sekarang ada pula hobi menangkap gambar
bagus juga
jika menangkap gambar itu
untuk dijadikan pengajaran kepada orang-orang marhaen
betapa besarnya kekuasaan Pencipta
atau menyampaikan berita kepada orang ramai
'kan?

tetapi jika menangkap gambar itu untuk dipuja dan ditatap berlebih-lebihan?
jika ditangkap gambar itu tiada makna kepada diri?
atau dalam kata lainnya manfaat...
hanya lebih kepada sekadar membuang masa dan mengikut trend?
apakah kebaikan yang ada?

kita boleh berkata
ikut suka hati kita
duit kita
masa kita
tetapi kita kena ingat
hidup tidak lama
adakah mahu kita membazirkan waktu kita
dengan membuat benda-benda kecil seperti perkara-perkara ini?

ya
kerana apabila disebutkan hobi
ia bermakna rutin
jadi
banyak masa dari hidup kita dihabiskan ke arahnya

hurm
jadi apa yang perlu dibuat?
tiada apa-apa juga sebenarnya
tetapi ingat ayat ini
buatlah sesuatu yang dapat mengubah diri kita

dari keburukan kepada kebaikan
yang dapat menjadikan kita insan yang lebih matang dan berilmu
yang lebih mendekatkan kita kepada kebenaran
yang menjadikan kita manusia yang ikhlas
yang lebih membuka minda kita
agar boleh menafsir sesuatu perkara tanpa emosi
dan bukannya perbuatan kosong tanpa jiwa sahaja

sekian

harap ada sesuatu yang sampai kepada anda

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


1 comment:

  1. Salam. Satu curahan rasa yang sinikal untuk dihayati. Siapa memakan cili akan terasa pedasnya...Aku pun terasa juga. Tetapi yang baik harus diterima. Minda harus senantiasa terbuka menerima kritikan. Bukan rugi pun. Khidmat nasihat percuma... Alhamdulillah.

    ReplyDelete