27.12.09

"I didn't become Muslim just to follow some culture,I became Muslim to worship Allah according to the Quran and Sunnah of the Prophet SAW"

Saya sebentar tadi menonton beberapa video di Youtube.

Dan Alhamdulillah.

Banyak ilmu yang saya dapat.

Jadi ingin saya kongsikan dengan anda satu siri syarahan agama yang sungguh bagus dan membuka minda saya.Syarahan ini diberi oleh Syeikh Abdul Raheem Green,seorang pendakwah dari Britain.

Ada 7 episod.Setiap satunya adalah 10 minit.Saya rasa tiada masalah bagi anda yang berada di Malaysia untuk menonton video ini (merujuk kepada kelajuan internet) kerana tempohnya tidaklah terlalu lama dan video ini tidaklah terlalu berat.

Syarahan ini bertajuk Culture Confusion yang di dalam bahasa Melayunya bermaksud Kekeliruan Budaya.Ia menyentuh tentang salah tafsir agama dalam kalangan orang Islam sendiri.

Banyak yang terkena pada diri kita sebenarnya.Jadi,sama-samalah menonton.Semoga mendapat kebaikan dari video ini.

Bagi anda yang tidak boleh menonton video ini oleh sebab kelajuan internet yang amat perlahan,jangan risau.Saya akan buat ulasan ringkas tentang video-video ini dalam masa terdekat.

Itu sahaja untuk kali ini.Saya akan meletakkan video-video lain pada hari-hari yang akan datang InsyaAllah jika dipanjangkan umur (Banyak video telah dibookmark oleh saya) .

Teruskan mencari kebenaran dan merubah diri ke arah kebaikan.Semoga usaha anda diberkati.

Sesungguhnya membiarkan diri untuk kekal dalam kejahilan hanya dek kerana kemalasan diri untuk mencari ilmu adalah sesuatu yang paling jelek anda boleh lakukan.

Assalamualaikum.
















2 comments:

  1. teriamkasih share video yang bagus ni, sempat tengok vc pertama - akan usaha tgok yg lain2

    ReplyDelete
  2. takde hal bro
    sampaikan juga pada orang lain
    insya Allah

    ReplyDelete