29.12.09

Ibadat-Ibadat Sunat Dapat Menambahkan Ketenangan Jiwa Serta Melatih Diri Menjadi Insan Berperibadi Mulia

Assalamualaikum.

Artikel ringkas ini sudah lama saya draftkan.Sempena hari Selasa yang sejahtera ini saya ingin kongsikan bersama anda.

Seringkali masyarakat di sekeliling kita menyuruh kita melakukan ibadat sunat apabila menjelang bulan Ramadhan.

Ini seruan yang bagus.Tetapi persoalannya,mengapakah hanya ketika menjelang bulan Ramadhan kita terdetik untuk beribadat sunat?

Adakah baki-baki waktu bulan yang lain itu kita tidak mahu menambah amal?Seperti yang kita tahu,hidup ini tempohnya sebentar sahaja.Amat singkat.

Dan,kita mesti mencari peluang beribadat setiap masa.Dan untuk mendapat keredhaan dan rahmat Allah,ikhlas itu amat penting.

Jadi,di sini saya ingin menyenaraikan beberapa ibadat-ibadat sunat yang nampak seperti ringkas sahaja,tetapi pada hakikatnya amat-amatlah berat untuk dilaksanakan bagi kita.

BERPUASA SUNAT

Ibadat sunat ini sebenarnya tidaklah sesusah yang dibayangkan kita.Bagi golongan pelajar misalnya,apa salahnya mereka berpuasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.

Kerana tempoh dari terbit fajar hingga terbenam matahari itu bukanlah lama sangat.

Ianya ibarat anda mula pergi ke kelas (atau bekerja) hingga anda pulang ke rumah.Kemudian anda menunggu beberapa jam untuk berbuka.

Senang bukan?Pahala dapat,badan pun sihat.

Hikmah berpuasa sunat ini adalah melatih diri kita untuk menahan nafsu.Contohnya pelajar-pelajar di luar negara yang kita semua sedia maklum godaan "mata"nya amat tinggi.

Jadi,jika mereka berpuasa,mereka akan berusaha menjaga pandangan mata mereka.Mula-mula mungkin susah.Tetapi setelah lama berpuasa sunat,mereka akan terbiasa supaya menjaga pandangan mata dan percakapan mereka lantas mendisplinkan diri dalam melakukan perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

Berpuasa sunat juga dapat memberi kita ketenangan.Kerana kita akan terdorong untuk mengingati Allah dan berzikir terhadap-Nya semasa berpuasa sunat itu.

Dan tentu anda tahu yang doa ketika kita berpuasa mudah dimakbulkan.

Jadi,rebutilah peluang berdoa ketika berpuasa sunat ini.

Selain itu,sebagai tambahan kepada kebaikan berpuasa sunat,kita juga dapat melatih diri melawan nafsu kita.

MEMBACA AL-QURAN DAN TAFSIRNYA

Dengan membaca Al-Quran kita dapat memahami ajaran Islam itu dengan lebih kukuh.Kita juga tidak akan mudah tertipu dengan ajaran-ajaran sesat yang menyalahi agama.

Membaca Al-Quran juga dapat mengingatkan diri kita bahawa kita hidup di dunia ini hanya sementara sahaja.Akhirat itulah yang kekal abadi.

Malah,kita akan melatih diri kita untuk suka membaca.Nampak bukan?Dua dalam satu.Tidak perlu kita bersusah-payah membuat kempen "rajin membaca" .

Kita juga akan dapat menambah pahala.

Bukan susah sangat.Lepas sembahyang sebagai misalnya,ambillah kitab Al-Quran itu dan bacalah dalam satu muka surat sebagai permulaan.Lama-lama kita akan menambah bilangan muka surat itu dengan sendirinya.

Mula-mula memang payah,lama-lama jadi mudah.

BERZIKIR

Dari kita asyik menyanyi-nyanyi,baik kita lancarkan bibir kita dengan berzikir.Dengan berzikir kita akan sentiasa mengingati Allah lantas menghalang diri kita dari melakukan maksiat atau perkara kemungkaran yang dimurkai Allah SWT.

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. [13:28]

Dengan berzikir kita juga akan menjadi tenang hatinya.Jadi,dari dok memaki-maki jika berada dalam tekanan perasaan itu,baiklah berzikir dan mengambil wuduk.

BERSOLAT SUNAT

Solat sunat yang paling mudah dilakukan kita adalah solat sunat sebelum dan selepas solat fardhu.

Kenapa kita apabila makan,main bola,menonton televisyen dan membaca akhbar sebagai contohnya,kita tidak pernah hendak tergesa-gesa dan rushing?Tetapi apabila tiba waktu bersembahyang kita bersembahyang secepat mungkin sehingga wujud istilah sembahyang ekspress?

Ini merupakan teguran untuk diri sendiri juga.Sedang bersembahyangpun kita masih boleh berfikir tentang makanan di atas dapur dan segalanya.

Cuba khusyuk semasa sembahyang.Kita sembahyang bukan seperti bermain badminton,sebaliknya kita bersembahyang untuk menghadap dan menyembah Allah SWT.Bagaimana boleh kita berharap rahmat Allah jika kita sembahyang tidak fokus.

Sembahyang sunat sebenarnya tidak susah juga.Jika merasa penat dengan tekanan kerja,pergilah ke surau pejabat anda dan dirikan solat dua rakaat.

Pasti tenang.Kita di Malaysia patut bersyukur kerana ada surau disediakan.Jika di negara di mana umat Islam menjadi minoriti,tiada kemudahan seperti itu disediakan.Jadi,rebutlah peluang ini.

Sembahyang sunat juga membolehkan anda merehatkan minda.

Inilah sahaja yang dapat saya senaraikan.Sebenarnya banyak lagi.Seperti bersedekah dan lain-lain.

Tetapi apa yang penting dalam melakukan ibadat ini adalah niat mesti kerana Allah dan mesti ikhlas.Kerana jika ibadat kita itu untuk menunjuk-nunjuk,tiadalah guna ibadat kita itu.

Semoga kita semua sentiasa berusaha merubah diri dan mendekatkan diri kepada Allah.Rebutlah peluang beribadat sementara masih ada kesempatan.

Insya-Allah.

Anda boleh baca di sini untuk melihat hadis tentang ibadat-ibadat sunat lain. [LINK]

Assalamualaikum.


3 comments:

  1. insyaallah...
    hrp2 dpt lakukan ibadah2 diatas setiap hr...
    amin...

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Tuan. Dalam hal mengerjakan ibadat sunat (sunnah) ini, saya ada pandangan yang agak berbeza. Bagi saya bukan kuantiti yang menjadi ukuran, tetapi ketekalan (konsisten, istiqomah). Bukan hari ini solat sunat 20 rakaat, esok 2 rakaat dan lusa tiada rakaat (tak solat sunat lagi). Semenjak Ramadhan yang lepas saya cuba melakukan satu ibadat sunat yang dituntut secara konsisten tanpa meninggalkan sehari pun, iaitu solat witir (nota: ada sebahagian ulama mengkada solat ini jika tertidur hingga ke subuh). Alhamdulillah, ada berlaku beberapa perkara ganjil pada diri saya, tetapi susah untuk diterangkan. Biarlah hanya menjadi pengukuh iman di dada. Cubalah...Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. @mybabah
    waalaikumsalam

    aah.ayah saya pon ada suruh saya menunaikan solat witir setiap hari . betul pendapat tuan tu. terima kasih kerana berkongsi .

    assalamualaikum

    @zella

    selamat mencuba

    ReplyDelete