11.12.09

Berkahwin Awal Adalah Penyelesaian Kepada Permasalahan Sosial Yang Berlaku Hari Ini

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Merujuk kepada tajuk di atas,jika tidak penyelesaian optimum pun,mungkin dapat menyelesaikan sebahagian besar permasalahan ini.

Saya sebentar tadi membaca suatu artikel di blog ini. [LINK]

Pada saya,penulis artikel ini berniat baik untuk membanteras maksiat dalam kalangan muda-mudi pada hari ini.

Namun,saya mempunyai pendapat saya sendiri yang ingin saya kongsikan di sini.Harap saudara penulis artikel di atas tidak menyalah-ertikan niat saya.Saya sekadar menyatakan pendapat saya.Jika salah,harap ditegur.


Untuk pengetahuan para pembaca isu ini sudah lama bermain di dalam minda saya.

Memandangkan saya adalah seorang remaja,saya tidak terlepas dari nafsu untuk mempunyai pasangan.Kenapa?Kerana saya juga manusia.

Dan ramai juga kawan-kawan saya yang sebegini.Bukan ramai,tetapi semua.

Dan,pada pendapat saya,cara yang paling berkesan dalam zaman hari ini untuk membanteras maksiat adalah dengan menggalakkan anak-anak muda berkahwin awal.

Namun,seperti biasa.Pasti ada tentangan,kelemahan dan kebaikan.

Mari kita teliti.

FAKTOR TENTANGAN


Seperti kita sedia maklum,kita hari ini hidup dalam suatu zaman akhir zaman yang
sekular dan materialisme melampau.Jadi,anak-anak muda digalakkan menuntut ilmu untuk mendapat sekeping ijazah agar mendapat kerjaya yang elok.

Apabila mendapat kerjaya yang elok,diharap dapat membantu diri dan keluarga.Ini niat yang baik.Tetapi,sistem manusia pasti ada kelemahan.


Sistem ini membawa kita kepada persepsi dan teori "
seseorang anak muda itu tidak boleh berkahwin selagi dia tidak memiliki sebuah kereta,sebiji rumah dan kerjaya yang tetap" yang biasanya untuk mencapai matlamat ini memerlukan seseorang itu berumur paling minimum 28 tahun.

Mari kita bayangkan.Jika seseorang yang berumur 18 tahun,nafsunya sudah bergelora setinggi ombak laut yang mengganas membelah awan,anda fikir bagaimanakah keadaan nafsu seseorang yang berumur 28 tahun?

Pasti lebih dahsyat bukan?

Dan persepsi kahwin lewat ini telah berjaya menyulami otak kita.Kita terjajah dengan teori ini yang hanya membawa kepada kelemahan.


KEBURUKAN BERKAHWIN LEWAT

Merujuk perkara di atas,anda cuba bayangkan,bagaimanakah seseorang yang normal hendak mengharungi hidup dengan nafsu yang bergelora tanpa melakukan dosa selama 10 tahun (mengambil kira jarak 18-28 tahun)?

Dalam 10 tahun itu,pastinya beliau akan jatuh cinta dan berpasangan (jangan tipu diri sendiri,lihat keadaan sekeliling) .

Jika di sekolah sudah berpegangan tangan,apatah lagi sudah bekerja?Bukankah begitu?


Dan jika dia tidak berpasangan sekalipun,pasti dia akan terlibat dalam dosa-dosa lain.

Kita sedia maklum dunia hari ini kita disajikan dengan pelbagai godaan dunia.Hatta mahu menonton berita pun,kita disajikan dengan penyampai berita yang memakai pakaian yang boleh tahan mengancam.

Jadi,pastinya seseorang yang tidak berkahwin akan berimiginasi bukan-bukan yang hanya membawa kepada peringkat seterusnya iaitu menonton porn,masturbate dan sebagainya.

Ya.Kita boleh menafikan perkara ini dengan berkata,bukan semua orang begitu.Tetapi,bak kata orang putih "Why take a chance?" .


Kita ini bukan semuanya iman tebal-tebal belaka.Saya sendiri tidak pasti saya boleh hidup tanpa dosa jika berkahwin lewat nanti merujuk kepada cabaran hidup zaman sekarang ini.

KEBAIKAN BERKAHWIN AWAL

Jadi,cara yang paling bagus adalah dengan berkahwin awal.Kita kena ingat,dunia hari ini,anak-anak kita pada umur 13 sudah dibebaskan dan dihantar masuk ke sekolah berasrama dan sebagainya.

Apabila mereka sudah matang dari segi fizikal,mereka akan berkeinginan untuk mempunyai pasangan.Dan apabila berpasangan,teringin untuk meneroka.Ini mungkin kerana faktor hormon dan sebagainya.


Dan,apabila masuk ke universiti nanti,kita kena ingat,bukan semua universiti itu gadis-gadisnya bertudung litup belaka.Bagaimana jika anak anda dihantar melanjutkan pelajaran ke luar negara?Dan untuk pengetahuan anda,gadis-gadis di luar negara ini,sangat-sangatlah terdedah pakaian mereka.

Ini semua jika iman anak-anak anda lemah,boleh membawa padah.Akan mendorong mereka kepada dosa yang lain pula.


Dan jika mereka berpasangan sesama sendiri pula,mungkin menjadi lebih parah.Bayangkan,beribu batu jauh dari tanah air dan mata orang tua.Apa-apa bisa terjadi.

Jadi,itulah kepentingan kahwin awal!Apabila sudah berkahwin,sekurang-kurangnya mereka ada cara yang halal untuk melepaskan nafsu.

Berkahwin awal juga boleh meningkatkan produktiviti mereka.

Iyalah.Pasti anda pernah dengar frasa suami bahagia,isteri ketawa,keluarga sempurna.Jika anda tidak pernah mendengarnya,tidak mengapa.Kerana itu idea spontan saya baru sebentar tadi.

Berbalik kepada topik,mereka juga akan dilindungi dari potensi bertukar-tukar pasangan.Kerana jika tidak berkahwin awal,mereka mungkin bercinta dengan sehingga 8 orang dalam masa 4 tahun.

Bayangkan jika itu berlaku kepada anak anda?Tidakkah kelihatan seperti tidak manis pada pandangan orang dan dari sudut akhlaknya.

Tetapi,jika mereka sudah berkahwin semasa menuntut atau sejurus menghabiskan pengajian,perkara ini tidak akan terjadi.Mengapa?Kerana mereka akan setia pada pasangan masing-masing.Inilah hikmah perkahwinan.

Mereka juga telah melaksanakan perintah agama.

Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu mampu memikul tanggungjawab perkahwinan, hendaklah dia berkahwin, sesungguhnya perkahwinan itu dapat menahan pandangan dan memelihara kemaluan (kesucian). Dan bagi sesiapa yang tidak mampu (berkahwin) maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa akan dapat menahan nafsunya. [Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim]

Ini juga dapat menambahkan populasi umat Islam dengan segera.Kerana jika berkahwin lewat,jarak umur di antara seorang ayah dan anaknya akan menjadi sangat jauh.Tidakkah itu tidak seronok?

APAKAH YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENYERU ORANG RAMAI UNTUK MENYOKONG LANGKAH INI SERTA TENTANGAN YANG BAKAL DIHADAPI?

Sebenarnya media memainkan peranan penting dalam perkara ini.Kerana kita ini telah berjaya dipengaruhi cara hidup Barat yang sememangnya tidak beradab itu untuk melengah-lengahkan perkahwinan.Malah,lagi hebat,ada yang ingin berkahwin dengan kerjaya.

Adakah mereka tidak tahu salah satu hikmah perkahwinan adalah untuk mendapatkan anak yang soleh?Kerana doa seorang anak soleh adalah salah satu dari tiga perkara yang akan membantu kita kelak di akhirat selepas kematian.

Dan mesti diingatkan.Orang Barat tidak berkahwin.Tetapi mereka menjalani kehidupan seks yang bebas.Tetapi kita orang Islam tidak boleh menjalani kehidupan seks selagi tidak berkahwin.Tetapi kita masih mempunyai nafsu.

Akibatnya?Banyaklah anak-anak dara yang dirosakkan oleh jantan-jantan tidak bertanggungjawab sebelum perkahwinan.

Ibu bapa kita juga pasti tidak akan menyetujui jika kita ingin kahwin awal.Malah ada pandangan jika hendak kahwin perlu ada duit yang banyak.Paling kurang 10000RM.Jika tidak,kenduri bagaimana?Malulah nama keluarga.

Kita cuba fikir menggunakan akal.Ya.Akal.Kerana Islam itu agama yang menggalakkan umatnya berfikir.

Kita hendak berkahwin itu kerana apa?Untuk mengelakkan maksiat dan memenuhi tuntutan agama bukan?Ke hendak beriak-riak dengan sanak-saudara dan sahabat handai?


Jika itu niat kita,sudah lari jauhlah konsep perkahwinan itu.

Kita kena buang persepsi ini.Jika ada persepsi duit materialisme melampau dalam diri kita ini,ramailah orang miskin tidak kahwin.Akibatnya?Banyaklah pengguguran janin berlaku dalam kalangan remaja yang rosak akhlaknya.Mereka ini tidak berkahwin kerana tiada duit mungkin.

Jadi,anda pilih.Hendak glamour atau hendak anak anda terpelihara akhlaknya?

Dan,kita juga haruslah menukar persepsi perlu ada kereta sebelum berkahwin.Jika benar sudah cinta,kenalah berkorban sedikit.Seharusnya rela bersusah-susah bersama pasangan.Bukankah begitu?Atau mahu hidup bergelumang dosa?Kita fikir.Kita ini bila-bila masa boleh menemui ajal.Janganlah menangguh-nangguhkan perkara baik.

Jadi,apa yang perlu sekarang adalah menukar persepsi masyarakat dan diri kita sendiri.Kita tidak boleh terlalu sayangkan dunia.Kena belajar bertanggungjawab.

Jangan dengar provokasi slogan "bila anda berkahwin,game over" .Itu hanya propaganda yang mahu menambahkan dosa kita.Berkahwin awal hanya membuktikan cinta anda pada pasangan anda.

Ya.Lebih awal,lebih bagus.Si lelaki dapat membuktikan pada si wanita bahawa dia tidak mensia-siakan cintanya,manakala si wanita dapat memastikan kesucian dirinya terjaga.

Lagipun,manusia ini bukankah diciptakan mempunyai nafsu.Jadi,berkahwinlah anda sejurus menemui pasangan yang baik.

Kadang-kadang kasihan juga dengan sesetengah anak muda.Bukan tidak mahu berkahwin.Tetapi,ada kontrak pula yang menghalang mereka dari berkahwin sehingga pada tempoh sekian-sekian.

Memang bagus.Supaya tumpu pada pelajaran.Tetapi,kita kena juga menjaga agama kita.Bukankah begitu?

Jadi,untuk usaha ini berhasil,perlulah disebarkan fahaman berkahwin awal ini ke semua pihak.Media (tidak semestinya media massa sahaja,blog ini juga merupakan media utama pada masa kini) harus menyokong idea ini.

Idea untuk anti-couple itu mungkin tidak berapa praktikal.Kerana kita tidak boleh menghalang perasaan manusia.Untuk tahap anak-anak di sekolah,apa yang perlu dilakukan adalah pendidikan agama yang mantap.Supaya anak-anak itu ada jati diri yang kukuh.

Pendidikan ini tidak semestinya di dalam buku teks sahaja.Tetapi nasihat oleh guru-guru dan ibu bapa.Semua kena main peranan.Dan apabila masuk ke universiti,bolehlah difikirkan untuk berkahwin.


Siapa kata berkahwin tidak boleh fokus belajar?Sama sahaja.Jika tidak berkahwin,mereka bercouple.Bezanya tiada ikatan sah.Tentang anak pula,rancanglah keluarga.

Bukankah begitu?

Dan sebelum berkahwin itu,pastikan anak-anak kita sudah ada asas kefahaman agama yang baik.Itulah kenapa kita tidak boleh membiarkan anak-anak muda terlalu berhibur.Latih mereka sejak dari kecil untuk mencintai ilmu dan berfikiran matang.Jangan biarkan mereka hanya tahu berhibur.

Pastikan juga mereka tidak menjadi seperti artis-artis tempatan yang suka bercerai dan berkahwin dan bercerai dan berkahwin sampai kiamat.

Tetapi,pada pendapat saya,jika seseorang itu berilmu,perangainya juga berilmu juga.


KESIMPULAN

Islam itu mudah sebenarnya.Yang menjadikan ia susah adalah sistem kita pada hari ini.Terlalu banyak kerenah yang remeh untuk kita hadapi.

Jadi,janganlah menyusahkan orang yang ingin menjalankan syiar Islam.

Berkahwinlah awal.Kerana berkahwin lewat itu hanya mendorong anda kepada lebih banyak maksiat.Ringan atau tidak maksiat itu,sama sahaja.Tetap berdosa. (Nasihat kepada diri sendiri juga).

Sampaikanlah artikel ini kepada yang lain.Harap apa yang cuba disampaikan dapat difahami.

Dan dimohon juga supaya tidak lupa untuk menyertakan link kepada blog ini.

Sekian.

Semoga mendapat keredhaan Allah dalam usaha melahirkan Generasi Muslim Sejati.

Assalamualaikum.

p/s:link lain untuk dibaca [LINK]








17 comments:

  1. setuju dgn pndpt saudari..
    Islam itu mudah..
    mengapa perlu melambat-lambatkan perkara yang baik?
    mengapa perlu merumitkan perkara yang mudah?
    fikir-fikirkanlah..

    ReplyDelete
  2. Gua pun seorang remaja.. terasa juga.. he3 ~ Tapi memandangkan tepung susu anak belum mampu gua sponser.. lebih baik jgn fikir pasal soal khawin ^^

    ReplyDelete
  3. terima kasih membaca
    @mohamed
    saya seorang lelaki sebenarnye
    hehe
    ape2 pon terima kasih

    @eldy
    hehe..
    ape2 pon terima kasih membaca ..

    @mummynora dalam petak shoutbox
    itulah pentingnya ilmu . kita hari ini ,cara pengajaran agama di sekolah sndiri tidak betul.kalau tak,masakan orang dapat A1 agama,tapi sampai oversea tudung hilang malah cara hidup bagaikan tidak pernah belajar agama. kalau ada ilmu boleh je. yang bercerai awal itu kerana tiadanya ilmu.
    sebenarnya,memang banyak pro kontra .tapi ini cara terbaik sebenarnya. pada pendapat saya aa.kalau tak kahwin pon..memang dosa gak.. kita kena tekad aa..doa pada Allah dibantu kita. yakin tu penting.niatkan kahwin kerana menjalankan agama Allah dan menjaga maruah.bukan kahwin sebab benda lain semata je.

    ReplyDelete
  4. saya sokong cadangan saudara.. kerajaan pusat dan setiap kerajan negeri patut mengenengahkan idea nie.. program kawen beramai2 bagi pasangan yang tak berkemampuan.. =)

    psst:Hi! Salam ziarah. Jom xchange link & sila komen entri blog saya di http://putraalmaliki.via.my/ . TQ.

    ReplyDelete
  5. Artikel yang menarik.

    Kawin awal o lewat, terserah. Dua dua ada baik buruk. Yang penting sifat kebertanggungjawaban kann kesediaan untuk belajar mendewasakan diri itu penting.

    Niat mesti betul.
    urut dada tanya iman terjemahkan ke amal.

    ReplyDelete
  6. Salam Umar.

    Suatu hal yang kita perlu sedar adalah kenapa persepsi masyrakat khususnya ibu bapa menjadi sebegitu rupa? Pastinya kondisi ini berkaitan dengan masa dan suasana (waqi') setempat.

    Sebagai contoh, mengapa seringkali yang kita dengar kalangan mereka yang berkahwin awal adalah daripada golongan pelajar aliran agama. Lihatlah umpama pelajar-pelajar di Mesir, dan jika di Malaysia, UIA menunjukkan hal yang sama.

    Hal ini sebenarnya bergantung kepada persepsi sikap dan kesungguhan tanggungjawab yang ada pada remaja sendiri.

    Seringkali kita akan mengeluh dan menyalahkan adat setempat mengatakan sebagai tidak membenarkan berkahwin awal. Sedangkan bagi ibu bapa; macamana aku nak bagi anak aku kahwin awal, kalau duk rumah tu bangun pun matahari dah terang. Nak masak, huh jauh sekali. Tolong buat kerja rumahpun liat. Komunikasi dengan saudara-saudarapun tak mesra. Cari duit? Aku je kena bagi duit.

    Ia hanyalah sedikit petika senario. Tujuannya, untuk memilih berkahwin awal, sikap yang lahir atas kesedaran tanggungjawab akal tu perlu diutamakan. Akal yang dimaksudkan berteras pada Al-Quran dan As-sunnah.

    Jadi harap artikel ini dapat membantu Umar untuk lihat penyelesaian dengan lebih mendalam. Tidak hanya secara superficial sahaja.

    Terima kasih.
    Salam Ukhwah Fillah.

    ReplyDelete
  7. kawin awal tu baguih...tapi kalau tak cukup kemampuan lahiriah dan batiniah akan timbul gejala lain pulak lepas tu...cerai berai...anak2 jadi mangsa..terjerumus jugak ke alam gejala sosial kerana kasih sayang keluarga...sekadar pandangan

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum semua
    bagus2 cadangan anda
    terima kasih kerana membaca dan memberi ulasan
    saya menghargainya
    betul
    memerlukan penelitian mendalam
    biasalah
    saya tulis tidak semestinya betul
    yang penting kita berbincang
    bukankah begitu?
    hehe
    assalamualaikum

    ReplyDelete
  9. Salam. Babah bersetuju anti. Semua poin dikupas dengan baik dan mudah difahami. Syabas!

    ReplyDelete
  10. salam babah
    terima kasih kerana sudi membaca
    tetapi
    apakah maksud ayat "babah bersetuju anti"?
    saya kurang faham.
    hehe.
    terima kasih sekali lagi

    assalamualaikum

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    Artikel ini memang menarik.
    Alhamdulillah, saya berkahwin agak awal. Hehe.
    Sepatutnya 2008 tp akhirnya 2009 juga. Banyak juga rintangan yang terpaksa di lalui.
    Apabila berkahwin, kita akan mula belajar untuk lebih bertanggungjawab terhadap diri dan pasangan.

    ReplyDelete
  12. walaikumsalam
    at last
    ada gak orang yang faham dan telah melaluinya

    itulah yang ingin saya sampaikan
    jika kita hendakkan sesuatu kenalah belajar bertanggungjawab

    kalau orang yang bangun tido lewat ,kalau mereka kawin lewat,adakah mereka akan bangun awal?rasa2 nya kalau dah suke tido tu,sampai tua same gak.

    hanya kita yang boleh ubah diri kita.kawen awal ni benda baek.kita kalau nak benda baek kena bertanggungjawab la.

    bukan saya melihat secara superficial sahaja.
    saya melihat dari konteks saya sebagai seorang pelajar di negara eropah yang terlampau banyak dugaan hidupnya.

    ReplyDelete
  13. salamu'alaykum warahmatullahi wabarokatuh...[30]

    [Ini juga dapat menambahkan populasi umat Islam dengan segera.jika berkahwin lewat,jarak umur di antara seorang ayah dan anaknya akan menjadi sangat jauh.Tidakkah itu tidak seronok?]
    ::hanya hiasan.agak smart::

    tulis2 ajak manusia lain berkahwin awal. kamu sudah ke?

    kalau belum. meh rujuk surah as-saf.ayat 3.

    "kabura maqtan 'indallahi 'an taqulu ma la taf'alun."

    rujuk maknenya.moga bermanfaat.

    .sekian.

    ReplyDelete
  14. Tolonglah post benda ni kat mak aku.

    ReplyDelete
  15. Salam...
    Pendapat saya...jika sudah bertemu pasangan yg sesuai..harus disegerakan perkara yg baik..duit xcukup itu selalunya menjadi isu sbb dunia sekarang yg mmg membuatkan manusia materialistik..dalam Al-Quran pun ada menyebut..dgn berkahwin rezeki seseorg itu akan dipermudahkan..tp dgn syarat niat dia utk berkahwin tu hanya kerana semata2 utk beribadat kpd Allah..
    tapi jgn pula salahkan mereka yg berkahwin lewat tu sbb mereka terlalu taksub dgn kerjaya atau sebagainya..bukan semua mcm tu..mereka juga ada niat utk berkahwin awal tapi jodoh tak sampai lg atau tidak ditemukan dgn org yg sesuai...mungkin..ajal maut, jodoh pertemuan ni ditanganNya...jika belum bertemu jodoh..persiapkanlah diri dgn ilmu2 yg bermanfaat..saya percaya janji Allah yg semua manusia tu telah diciptakan berpasangan2...jadi zaman sekarang mmg ssh nak cari yg betul2 baik, kena berusaha lebih sbb takda yg dtg menyerah diri...dan diri sendiri harus diperbetulkan dulu kalau nak cari yg betul2 baik..
    sekadar pendapat...

    ReplyDelete
  16. walaikumsalam.
    ada betul apa yang akak cakap.

    pandangan saya tak smstinya semua betul.tapi itulah.kenalah kita saling betul memperbetulkan.

    tapi kalau macam yang dah berkepit sana sini tu elok lah kawen dari berkepit sana sini.

    kalau tak sampai jodoh lagi tu takpe la .

    ape2pon niat kita.kerana Allah.

    thanks tegur silap.

    ReplyDelete