5.12.09

m.a.s.a - memahami amanah sebalik anugerah

mungkin ada berkata
masa itu emas
masa itu bernilai
masa itu penting
masa tidak boleh diputarkan

ya
memang benar

tetapi pernahkah difikir
bahawa masa itu adalah amanah?
amanah yang amat tinggi nilainya

setiap 1 saat yang singgah
hanya sekali sahaja terjadinya
tidak bisa dipatah-balikkan
tidak boleh diulang

orang putih kata
"
every single second in your life is a valuable experience"
jadi kenapa dibiar masa berlalu begitu sahaja?

purata hidup manusia 70
jika dihitung mesin kira
secara kalkulus
inilah keputusan
kita hidup selama
840 bulan = 23520 hari = 564480 jam
yang bersamaan dengan 2032128000 saat.

WOW!
banyak bukan?

tetapi malangnya tidak.

20 tahun hidup sahaja
2/7 dari itu sudah diguna
2/7 = 580608000 saat.

betapa pelik ketika masih ramai berkata
"20?masih awal dan mudalah.hidup kena enjoy!"

diingatkan
hari-hari terakhir manusia
kualitinya tidak sama seperti mudanya
yakni berkuranglah lagi waktu bernilai hidup ini

jadi
berubahlah dari sekarang
jangan relakan 5/7 bahagian lagi
usam juga
kerana masa tidak akan kembali

jangan leka dengan dunia ini
lakukan amal ibadat
banyakkan ilmu fikir

dan yang paling penting
jangan terjual diri kepada masa
sebaliknya
belilah masa

tiada siapa dapat membantu anda
mula bezakan antara keperluan dan keinginan

ayuh
jangan bertangguh lagi
gunakan masa seiring dengan akal yang baik

sekian.

"i'd rather buy the time than be killed by it"




1 comment:

  1. Jika kamu menjaga masa mudamu...Allah akan menjaga masa tuamu jika ditakdirkan umurmu panjang..

    ReplyDelete