30.12.09

Mata Hati,Akal,Nafsu Dan Zahir



Gambar di atas merupakan gambar sebuah pulau.

Jika anda melihat melalui mata zahir (mata biasa yang kosong),anda hanya nampak sebuah pulau yang indah sahaja.

Jika anda melihat melalui mata nafsu mengingati wang sahaja,anda mungkin akan berkata "kalau buat resort atau pusat peranginan kat pulau ni mesti dapat duit berjuta" tanpa menghiraukan kesan alam sekitar yang bakal berlaku.

Jika anda melihat melalui mata akal anda akan nampak pulau yang penting untuk keseimbangan ekosistem dan segalanya.

Tetapi jika anda melihat melalui mata hati berserta akal,anda akan nampak suatu pulau yang indah dan berfikir di dalam hati "wah,indahnya ciptaan Allah SWT.Maha Suci Allah.Dia menciptakan dunia yang besar ini.Dia Maha Berkuasa untuk berbuat apa sahaja yang Dia mahukan.Betapa kecilnya diri aku ini.Dan teruknya perangai aku ni,dah la mengaku Islam,tetapi masih lagi berterusan meninggalkan perintah-Nya" .

"Dan tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya, secara main-main" [44:38]

Jika anda melihat dengan mata hati berserta akal anda akan memikirkan kebesaran kuasa Allah dan akan insaf dengan kelemahan diri anda.



Begitu juga dengan karipap ini.

Jika anda melihat melalui mata zahir (mata biasa yang kosong),anda hanya nampak karipap.


Jika anda melihat melalui mata nafsu mengingati kekenyangan sahaja,anda akan berkata "WAH!Karipap!Nak makan sekuali la!" Dan makanlah anda tanpa dimulakan dengan nama Allah (Bismillah).

Jika anda melihat melalui mata akal yang suka bertanya,anda akan berkata "bagaimanakah mahu menghasilkan karipap yang lazat ini?"

Tetapi jika anda melihat melalui mata hati berserta akal,anda akan mengucap syukur kepada Allah kerana telah mengurniakan rezeki untuk anda makan di dunia ini.Anda akan makan dengan penuh kesyukuran dan nikmat.Membaca doa selepas dan sebelum makan.Dengan harapan dengan memakan karipap itu anda akan jadi orang yang lebih mengingati Allah.

"Engkaulah (wahai Tuhan) yang memasukkan waktu malam ke dalam waktu siang, dan Engkaulah yang memasukkan waktu siang ke dalam waktu malam. Engkaulah juga yang mengeluarkan sesuatu yang hidup dari benda yang mati, dan Engkaulah yang mengeluarkan benda yang mati dari sesuatu yang hidup. Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya". [3:27]

Jadi kesimpulannya,melihatlah dengan mata hati berserta akal yang dikurniakan Allah SWT.

Kerana ianya akan membuatkan anda semakin bersyukur kepada Allah SWT.Ingatlah,di dalam Al-Quran ada menyebutkan bahawa segala yang diciptakan Allah itu sebenarnya ada suatu untuk difikirkan oleh orang beriman.

Janganlah hanya mengingati kepada-Nya ketika susah.Ketika senang,bersyukurlah kepada-Nya juga.

Semoga apa yang ingin disampaikan difahami.

Marilah bermusahabah diri dan merenung kesilapan yang telah dilakukan.

Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment