7.12.09

Memaki Hamun Hanya Melatih Seseorang Menjadi Tidak Penyabar Dan Baran

saya baru sahaja menonton satu video ceramah di Youtube
ceramah politik mungkin,jika mahu dikategorikan

sengaja tidak dikongsikan link
kerana tidak mahu blog ini dijadikan tempat pergaduhan fahaman sempit

berbalik kepada video
di dalamnya
banyak makian,carutan,serangan peribadi
dan sebagainya

sebelum apa-apa
elok diingat
saya bukan peminat politik
malah saya berpendapat
obsesi politik boleh mengakibatkan perpecahan umat islam

apa yang ingin diulas adalah
saya amat sakit telinga dan hati mendengar ceramah saudara di dalam video itu

sedikit teguran
kita umat Islam
harus berperibadi sederhana
kena ada sifat sabar dalam diri kita
jangan emosi melebih terhadap sesuatu perkara

dan apabila berkata
jangan berkata-kata hentam kromo
berkata-katalah dengan akal
berkata-katalah dengan waras

jangan dihina orang
sekalipun orang itu salah
kerana setiap perkataan kita ini
akan dicatit
setiap perkataan yang diungkap
akan membentuk jiwa kita

kenapa kita perlu bermaki-makian?
saya mengaku
saya dahulu adalah kaki mencarut
(sekarang pun,tetapi saya sentiasa cuba mengawal tahap kecarutan itu)
namun
saya dapat rasa perubahan sementelah tidak mencarut lagi

ya
kerana apabila kita asyik-asyik memaki hamun sampah orang
jiwa kita
akan menjadi pembengis,akan menjadi pemarah
dan jika tidak silap saya
marah dan tidak penyabar itu
adalah sifat yang dicela oleh Allah (betulkan jika saya silap) (link)

namun
sejak saya kurang mencarut ini
saya merasa jiwa ini tenang sedikit
tiada lagi merasa hendak marah sahaja
kerana maki hamun akan membawa kepada marah
dan marah akan membawa kepada sifat keji lain
sabar dan istighfar itu pengubat penyakit ini

hurm.
saya memang kecewalah dengan saudara dalam video itu
memang amat kecewa
beliau bercakap dengan bengis
ego
dan bongkak

islam tidak menuntut kita bersikap sedemikian
Nabi Muhammad SAW itu sifatnya rendah diri dan sopan santun

kesimpulannya
berkata-katalah secara berhikmah
dan
jika anda ini orang berpengaruh
kurangkan kata-kata yang dipengaruhi emosi
kerana
pengikut dan penyokong anda
akan menyokong kata-kata anda kebanyakannya

jadilah umat yang beradab dan sopan
jangan apabila ditegur
kita pusing balik ayat orang itu untuk menghentam dia pula
jangan
itu semua ego dan permainan syaitan

dan bagi pengikut
janganlah menjadi taklid buta (mengikut tanpa memikir)
fikir guna akal dahulu sebelum menyetujui
banyakkan mencari ilmu
jangan hanya mendengar dari satu pihak

dan
yang terakhir
ingatlah
setiap perbuatan kita
akan dilihat Allah
takutlah kepada Allah
beristighfarlah selalu jika jiwa itu tidak tenang

sesungguhnya kata-kata dan percakapan itu
boleh menjadi punca pergaduhan dan dosa
berdiamlah diri ketika merasa percakapan yang bakal diungkap itu
bakal mengundang bencana
dan dosa
sesungguhnya orang yang diam
tidaklah bodoh
orang yang banyak berkata
tidaklah bijak

semoga mendapat apa yang saya ingin sampaikan
sesungguhnya ini adalah teguran untuk diri sendiri juga
tinggalkan komen,pendapat dan ulasan di bawah
jangan memberi pendapat yang emosi tiada rasional
fikirkan dahulu tulisan saya ini dahulu
jika salah
baru betulkan
tetapi dengan hikmah

mencarut-carut ini semua hanya bikin jiwa kabut sahaja
dunia ini sementara
jangan hanya kerana emosi
kita mendapat dosa

sekian

Assalamualaikum


3 comments:

  1. Salam Pena Maya. Bab mengawal emosi ini merupakan satu perkara yang penting sekarang ini sehingga kursus "Self-restraint" menjadi begitu popular sekali dalam dunia korporat. Ahli-ahli perlu diwajibkan menghadiri kursus seumpama ini supaya sikap cepat beremosi dapat dibendung. Orang yang terlalu beremosi apabila berhujah ialah orang yang selalu ingin mempertahankan bahawa merekalah yang betul. Sedangkan dalam dunia realiti, khalayak yang patut menilainya. Wallaualam.

    ReplyDelete
  2. sedikit teguran
    kita umat Islam
    harus berperibadi sederhana
    kena ada sifat sabar dalam diri kita
    jangan emosi melebih terhadap sesuatu perkara

    dan apabila berkata
    jangan berkata-kata hentam kromo
    berkata-katalah dengan akal
    berkata-katalah dengan waras

    jangan dihina orang
    sekalipun orang itu salah
    kerana setiap perkataan kita ini
    akan dicatit
    setiap perkataan yang diungkap
    akan membentuk jiwa kita

    kata2 ini sudah cukup mengajar manusia yang suka benar menggunakan kata2 kasar dan menghina manusia yg mereka pandang rendah...
    thans bro n nur minta izin copy paste this words...

    ReplyDelete
  3. terima kasih membaca
    hehe

    okay
    copy la
    insya Allah leh membawa kebaikan
    assalamualaikum

    ReplyDelete