29.12.09

Mengenal Kelemahan Diri,Mendekatkan Diri Dengan Maha Pencipta (Bahagian Pertama)

Assalamualaikum.

Ini merupakan bahagian pertama dalam siri artikel Mengenal Kelemahan Diri,Mendekatkan Diri Dengan Maha Pencipta.Siri ini bakal disambung selepas ini.

Tujuan dipecah-pecahkan siri ini kepada beberapa bahagian agar anda tidak merasa beban yang berat untuk membacanya.

Siri yang pertama ini lebih kepada pengenalan tentang siri ini.

Artikel yang bakal ditulis dalam siri ini tidak tertakluk kepada tajuk di atas sahaja.Skop penulisan siri artikel ini adalah luas.Dan diingatkan sila baca siri ini dengan memahami apa yang ingin disampaikan dan sehingga habis.Jika dibaca sekali imbas,bimbang tidak sampai maksudnya kepada anda para pembaca.

Sebelum meneruskan pembacaan siri artikel ini,eloklah anda menonton video di bawah ini dahulu (AMAT DIGALAKKAN MENONTON).



Video di atas memaparkan seorang artis Hollywood Loon yang dengan izin Allah SWT telah mendapat petunjuk dan hidayah-Nya.

Loon ini jika anda tidak tahu,dahulunya merupakan Hip-Hop Star yang pernah bekerjasama dengan selebriti-selebriti ternama dunia.Malah beliau juga merupakan selebriti ternama.

Namun,beliau merasakan semua kejayaan dan kemewahan itu masih tidak dapat mengisi hati dan dadanya.

Beliau masih mencari-cari sesuatu untuk mengisi jiwanya.Ada seorang kawannya yang menasihatinya untuk membeli kereta dan melanggan perempuan,namun beliau merasakan itu tidak memberi kesan.

Sehinggalah dengan izin Allah beliau berjumpa dengan agama Islam.Beliau segera tertarik dengan agama ini dan memeluknya dengan izin Allah.

Beliau kini merupakan aktivis dakwah yang giat menjalankan kegiatan dakwah.Anda boleh saksikan sendiri video di atas untuk menonton sendiri penjelasan beliau mengenai sebab beliau memeluk Islam.

Saya tertarik untuk memetik pernyataan beliau yang berbunyi di dalam bahasa Melayunya seperti ini "Anda perlu membayar untuk penyakitnya (kerosakan jiwa),namun ubat baginya adalah percuma".

Saya rasa ini sahaja untuk siri 1 ini.

Sekian buat masa ini.Tepuk dada tanya selera.Jika seorang Star seperti Loon boleh meninggalkan kejahilan yang pernah beliau kecapi,apatah lagi kita yang tiada apa-apa ini.

Anda fikir-fikirkanlah dahulu.

Artikel 2 akan ditulis dalam masa yang singkat.

Teruskan merubah diri ke arah kebaikan.Jangan pernah berputus semangat.InsyaAllah dibantu Allah usaha kita itu nanti.

Assalamualaikum.

LINK UNTUK SIRI KEDUA (TERAKHIR) ARTIKEL


1 comment:

  1. "Anda perlu membayar untuk penyakitnya (kerosakan jiwa),namun ubat baginya adalah percuma".

    =) Sangat betol !

    ReplyDelete