29.12.09

Mengenal Kelemahan Diri,Mendekatkan Diri Dengan Maha Pencipta (Bahagian Terakhir)

PERHATIAN: Sila baca siri pertama dahulu sebelum membaca artikel ini. [LINK]

Assalamualaikum.

Orang yang selalu membaca blog ini mesti perasan bahawa saya sering menulis tentang perkara yang sama sahaja.Cuma ayat sahaja yang berbeza.Perkara yang ditulis oleh saya adalah tentang menjadi manusia yang lebih baik.

Elok juga dinyatakan,saya ini juga bukan manusia sempurna.Dan sebenarnya tujuan utama saya menulis blog selain daripada menyampaikan ilmu yang ada kepada anda semua,adalah untuk memberi peringatan kepada saya.

Kita ini bukankah sering terlupa.Itulah sebab kita kena sering diingatkan.

Dan saya juga sebenarnya menulis untuk memastikan masa saya melayari internet diisi dengan perkara berfaedah.Kerana saya dahulu juga seperti orang lain,suka membuang masa dengan berbual kosong dengan menggunakan perkhidmatan messenger,berbalas-balas komen di Facebook dan berpusing-pusing di Youtube tanpa arah.

Tetapi,apakah guna semua itu jika difikirkan?Sesekali mungkin boleh.Tetapi jika sudah menjadi rutin?Dan jika difikirkan lagi,masa itu amat-amatlah bernilai.Sesaat yang berlalu tidak mungkin kita lalui kembali selama-lamanya.

Di dalam Al Quran juga selalu dinyatakan kepada kita bahawa hidup ini adalah proses mencari amal (mendapatkan keredhaan Allah) dan dalam menjalani kehidupan fitrah manusia,jangan lalai sehingga lupa kepada tujuan asal kita hidup.

Kita akan kembali kepada Allah satu hari nanti.Itulah sebenarnya destinasi akhir kita.Dan disebutkan juga di dalam Al-Quran bahawa Neraka itu adalah seburuk-buruk tempat untuk kembali.Dan Syurga itu adalah balasan untuk orang yang beriman kepada Allah dengan ikhlas.

Dan balasan syurga itu adalah selama-lamanya.Nikmat dunia ini "tiada apa-apa" jika dibandingkan dengan syurga.Oleh itu,dalam mengharungi hidup dunia,janganlah leka dan lalai.

Anda juga tentu pernah mendengar istilah hedonisme.

Hedonisme ini secara ringkasnya adalah budaya "tiada identiti" dan mengejar nama popular dunia secara berlebih-lebihan.Yang jika diterjemahkan kepada perkataan lain bermaksud hidup berlandaskan nafsu semata tanpa kehadiran akal.

Budaya ini sebenarnya telah menguasai segolongan besar umat manusia di dunia ini terutamanya remaja (termasuklah saya) .

Sebagai contoh mudah,seorang remaja pada hari ini akan dikatakan tidak remaja jika tidak dress up seperti Gallagher Brothers.Mereka tidak remaja jika tidak berbicara tentang perlawanan bola sepak atau band-band muzik.Dan remaja juga sering dimomokkan dengan prinsip don't take life too seriously.

Itu contoh mudah.

Tetapi,sampai bila kita hendak menjadi seperti itu?

Saya juga dahulunya seperti itu.Saya dahulunya mempunyai koleksi muzik dari dalam dan luar negara yang begitu banyak.Anda hendak tahu berapa bilangannya?

Lebih kurang 10000 MP3 dari pelbagai genre saya miliki yang berkapasiti 30GB.

Namun lebih kurang sebulan yang lalu,saya telah bertekad untuk memadam semua Mp3-Mp3 itu.Tujuan saya memberitahu anda tentang semua ini bukan untuk riak.Tetapi supaya anda tahu bahawa saya juga mangsa hedonisme ini dahulunya.Supaya anda tidak mengatakan kepada saya "eleh,engkau cakap lebat leh la" .

Kenapakah saya memadam semua itu?

Kerana saya merasakan bahawa semakin saya tergila-gilakan muzik itu,semakin saya kelihatan seperti orang gila yang mengejar sesuatu yang tiada arah.

Benar.Jika sudah 10000 lagu di dalam koleksi,sudah tentu saya akan menonton sekurang-kurangnya beratus-ratus video klip muzik dalam sebulan.Dan,sudah tentu banyak masa saya diluangkan mencari lagu-lagu baru.

Dan secara ringkasnya saya terjemahkan ayat di atas bahawa,mendengar muzik itu tidak salah,tetapi anda kena ingat bahawa apabila anda mendengar muzik,akan ada budaya (cara hidup sampingan) yang akan mempengaruhi anda.

Anda akan terdorong untuk meniru imej artis X,menonton konsert dan sebagainya.

Akibatnya,anda lebih banyak berhibur dari hidup secara bertamadun.Anda hidup mengejar arus populariti.Menjadi mangsa fesyen.

Dan akhirnya,anda berhibur lebih dari anda mengingati dan beribadat kepada Allah SWT.Jika itu sudah berlaku,apakah maksud dan tujuan anda hidup?Jika hiburan telah bertukar menjadi kiblat kita,layakkah kita untuk mengaku diri ini sebagai umat Islam?

Sebenarnya,cara untuk membanteras hedonisme ini adalah dengan cara kembali ke jalan Allah,iaitu mengamalkan ajaran Islam yang sebenar.Ajaran Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW.

Jika kita kembali kepada Allah dengan beribadat kepada-Nya,kita akan mengenal suatu kebenaran tentang diri kita.

Mahukah anda tahu apakah kebenaran itu?

Kebenaran itu adalah,kita semua manusia adalah sama.Kita ini diciptakan Allah hidup di dunia ini dan kita akan kembali kepada-Nya juga suatu hari nanti.Dan segala amalan kita di dunia ini akan dihitung untuk menentukan di manakah akan kita tuju di hari akhirat nanti.

Dalam kata lain,apabila anda hidup tidak berlandaskan nafsu semata,sebaliknya berpegang kepada akal,iman,dan ilmu anda akan tahu hakikat bahawa anda merupakan hamba Allah.

Dan apabila disebut bahawa anda itu hamba Allah,jadi adalah wajib bagi kita yang dicipta dan diberikan nafas oleh Allah ini untuk melakukan segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.

Bukankah begitu?

Nampak mudah bukan.Tetapi sebenarnya amat mudah.Kerana untuk menjadi hamba Allah yang beriman,kita mestilah tidak terlalu menurut hawa nafsu dalam hidup ini.

Jangan risau.Semua orang juga begitu.Memang susah.Tetapi ingatlah kepada Allah.Mohonlah kepada-Nya supaya dikuatkan iman dan taqwa.

Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW pernah bersabda "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar,maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil".

Jadi,anda hayatilah sabda Rasulullah SAW di atas.Ya,memang anda akan berkata "kau ingat orang yang hedonisme akan baca ke benda-benda macam ni?" .

Memang mereka tidak baca benda-benda sebegini.Tetapi bagi anda yang baca artikel ini sekurang-kurangnya ubahlah diri anda dan keluarga anda.Dan sampaikanlah perkara-perkara ini kepada orang ramai.

Kita mengaku kita umat Nabi Muhammad SAW,jadi ikutilah apa yang diajarkan baginda.Berdakwahlah juga kepada orang ramai.Ya,memang sukar untuk dilakukan dalam zaman ini,tetapi bukankah kita ada kemudahan seperti blog?

Ingat,hidup tidak lama.Jangan buang masa dengan berhibur 24 jam.Mana tahu ini merupakan hari terakhir kita melihat dunia.Bukankah tiada guna untuk menyesal saat nyawa sudah dicabut dari badan?

Jadi,kesimpulan yang dapat diberi oleh saya adalah kita manusia memang sering terlupa dan leka dengan godaan syaitan.Lebih-lebih lagi zaman akhir zaman yang terlampau banyak dugaan ini.

Tetapi,banyakkanlah beristighfar kepada Allah memohon keampunan dan cuba untuk memperbaiki diri setiap hari.Jangan pernah putus semangat.Tiada guna membuat azam setiap tahun baru jika hasilnya tetap sampah.

Kuatkan semangat dan iman.Ingat,setiap nafas kita ini dikurniakan kepada kita oleh Allah.Jadi,kita hendaklah melahirkan rasa kesyukuran dengan patuh pada arahan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya.Banyakkan usaha untuk mencari ilmu.

Insya-Allah.

Sesungguhnya saya manusia biasa juga dan artikel ini ditulis sebagai peringatan kepada diri ini juga.Jika terdapat kesalahan dalam artikel ini,harap dapat dibetulkan.

Semoga usaha kita merubah diri mendapat rahmat Allah.

Sekian.

Semoga apa yang hendak disampaikan difahami.

Assalamualaikum.


7 comments:

  1. hmm..banyak tuh 10000 MP3...nangis gak nak delete sume lagu2 tuh...tapi baik nangis skang dari nangis kat akhirat nanti..xgitu..huhu..

    ReplyDelete
  2. lebih dari tu sebenarnya...
    padam tak susah
    benda paling susah nak buat adalah hilang kan minat terhadap muzik...

    hurm..
    sebab sbnrnye muzik ni banyak buruk dari baik...

    http://www.youtube.com/watch?v=RthlUOYkI7M

    tngok ni
    http://www.youtube.com/watch?v=RthlUOYkI7M

    ReplyDelete
  3. yup..mmg susah..sebab dari kita kecil lagi smp dewasa ni seolah2 macam ada sesuatu tak kena kalau kita tak bukak radio atau tv bila celik mata..kita mmg tak boleh nak 100% hilangkan minat ke muzik tu tapi cuba alihkan minat ke arah mendengar muzik berunsurkan ketuhanan, alunan zikrullah..insyaAllah boleh..mcm kat M'sia ni boleh dgr radio Ikim.fm..banyak pengisian...

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah...mencegah lebih baik dari mengubati..^_^

    ReplyDelete
  5. Mmg benar, terlalu leka dengan benda2 melaghakan smpaikan tak tersedar masa berlalu begitu je, bila teringat, insaf tapi dalam masa sama, terjebak lagi huhu, benarlah manusia selalu lupa dan tma kasih sebab mengingatkan saya dan semua, at least ad jugak peringatan drp org lain, terima kasih =)

    Kagum dengan anda huhu, saya pon masih rasa tak dpt nak buat sebegitu.

    ReplyDelete
  6. @anon latest

    saya manusia biasa.sedang berubah.dan akan tetap cuba untuk berubah.kita semua tidak pernah sempurna.

    tapi ingat lah Hadis Rasulullah SAW "Setiap anak Adam melakukan dosa.Manusia terbaik adalah yang sering bertaubat".

    ReplyDelete