11.12.09

Menggalakkan Kelucahan Dalam Membanterasnya?

Assalamualaikum.

Artikel ini saya akan tulis seringkas mungkin.

Saya pasti anda pasti biasa dengan membaca blog-blog yang memaparkan kisah-kisah pengajaran seperti kisah pelajar ditangkap berkhalwat dan sebagainya.

Memang bagus kisah-kisah seperti ini.

Tetapi kenapa dalam berkongsi kisah-kisah seperti ini,kadangkala detail-detail lucah itu juga turut disertakan?

Malah,lebih memeningkan kepala,gambar-gambar yang menghairahkan turut disertakan sebagai "gambar hiasan" di dalam post/artikel itu.

Situasi ini juga sering berlaku di dalam akhbar-akhbar harian.Terutamanya akhbar tabloid.

Konon hendak menginsafkan orang.Tetapi artikel yang ditulis berbaur menghairahkan sehingga teransang orang yang membacanya.

Pada saya,ini tidak betul.Malah niat hendak menegur itu juga boleh dipersoalkan.

Hendak menegur maksiat atau hendak melariskan blog/majalah? 

Begitu juga halnya di dalam laman-laman web hiburan.Mereka menulis artikel-artikel yang bertajuk seperti :

MASYA-ALLAH! ARTIS X PAKAI BERKEMBAN!
ARTIS V BERBOGEL DI KELAB?

dan pelbagai lagi berita-berita sampah yang kononnya hendak dijadikan pengajaran.

Kemudian dalam setiap artikel pasti ada komen dari orang yang sama yang merasakan diri pandai,berdebat berbicara tentang moral di bawah itu.Nak menasihat boleh.Tetapi jika sudah setiap artikel anda ulas dengan terperinci,tidakkah tindakan anda itu menampakkan anda seperti pembaca setia blog itu?

Hurm..

Bukan tidak boleh hendak berdakwah.Tetapi apa guna kita hendak berdakwah tetapi dalam masa yang sama kita menggalakkan penyebaran artikel/gambar lucah.Dan kita sebagai manusia yang berilmu dan beriman,jika sudah tahu laman web itu ada unsur-unsur sebegitu,tidak perlu disinggahi.

Kerana jika kita buka juga,nak tak nak mata kita akan disajikan dengan gambar-gambar seksi pengajaran itu.Bagi seorang yang lemah,pastilah terkecundang juga sedikit imannya.

Dan,ada juga blog-blog yang menulis artikel agama.Tetapi di bahagian iklan-iklan,semuanya adalah iklan lucah.Apakah itu?Di manakah terletaknya akal fikiran kita?Adakah masyarakat kita ini ramai benar yang mati pucuk?

Boleh jika hendak mencari rezeki,tetapi tapislah iklan yang bakal ditayangkan di blog anda.Pilihlah iklan yang sopan untuk dipaparkan.

Itu sahaja yang ingin saya sampaikan.Sesungguhnya setiap perbuatan mesti disertai dengan niat yang ikhlas kerana Allah dan berlandaskan akhlak Islamiah.Bukan untuk menunjuk-nunjuk atau publisiti.

Harap difahami.

Assalamualaikum.

link lain untuk dibaca [LINK]



5 comments:

  1. amat setuju dengan ideamu. seolah ada agenda buruk disebalik berita ini (iaitu menggalakkan maksiat). media mesti dan jangan tidak tidak menggunakan method selain yang telah digariskan oleh Islam. baru aman masyarakat insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. " Dan,ada juga blog-blog yang menulis artikel agama.Tetapi di bahagian iklan-iklan,semuanya adalah iklan lucah.Apakah itu?Di manakah terletaknya akal fikiran kita?Adakah masyarakat kita ini ramai benar yang mati pucuk? "
    Macam kelakarlah pula Pena Maya cakap macam tu.

    Tapi ada kebenarannya. kadang-kadang saya pun naik pelik, banyak blog/website menjurus kepada Islam tapi iklan-iklan yang dipamerkan bab hubungan suami isteri.

    Saya yang mengunjungi blog itu pula terasa malu sendiri.

    ReplyDelete
  3. @semua

    assalamualaikum semua.haha.ni artikel lama ni.masa zaman muda2.tu sebab cam haha je.

    kalau anda semua baca artikel saya yang lama2 yang saya dah padam2 sume tu,lagi pelik.

    tapi betullah,tu sebab kadang2 ada je nafsu nak taruk iklan kat blog tu (kat sini la),tapi bila pikir duit iklan tu pamer model perempuan tak tutup aurat sume,papar iklan arak,filem yang berunsur maksiat2 etc etc,terfikir jugak,halal ke duit tu?

    mungkin ramai yang tak sedar.itu sebab kita kena bagitau.sebab bila dah terlampau dalam comfort zone,benda yang tak betul kita dah tak nampak dah.sebab kita nampak semua betul je.kita fikir untuk diri kita je.

    jadi last2,saya tak taruk iklan kat sini.semoga Allah kekalkan saya supaya sntiasa ikhlas .amin.

    ReplyDelete
  4. amin. smoga hidayah Allah sentiasa bersamamu. iklan2 ni untung sementara tp rugi selama-lamanya.

    ReplyDelete