18.12.09

Menjadi Muslim Sejati Memerlukan Usaha Dan Tekad Yang Tinggi

Assalamualaikum

pernahkah kita terfikir
atau difikirkan kita
atau terfikir oleh kita

bahawa untuk mengaku diri ini Islam senang sahaja
terdapat dua cara mudah biasanya diamalkan manusia 

cara paling mudah adalah dengan menyebut "Aku Islam"
atau sekarang ini di identity card beliau ada perkataan Islam

mudah
memang mudah
sehinggakan umat Islam kini amat ramai di atas muka bumi
tetapi kenapa keramaian itu seakan tidak memberi hasil?

ini kerana
kita perlu faham dan ingat
mengaku Islam itu mudah
tetapi menjadi muslim itu memerlukan pengorbanan

muslim itu bermaksud seorang yang mengaku agamanya adalah Islam 
serta mengamalkan ajaran Islam tanpa sebarang kompromi

ya
ianya memerlukan pengorbanan nafsu
tetapi kita sering berfikir
kenapakah sangat susah berkorban?

saya pernah menonton video ceramah agama 
di mana penceramah menyebut
kita hidup di dunia ini 
kita bekerja
apabila bekerja
kita dapat gaji
dan kita ikut perintah orang yang bagi gaji

samalah juga dengan konsep kita dengan Allah
kita ini
hamba-Nya
kita diciptakan Allah 
dan kita ini bekerja (beribadat) untuk-Nya

gaji yang bakal kita dapat adalah semasa hari kemudian nanti
hari akhirat kelak
samada syurga atau neraka
baik buruk bergantung pada sekarang 
apa yang kita lakukan

jadi
menyentuh soal bekerja untuk Allah ini
apabila disebut kita ini hamba Allah
kita wajib mengikut perintah Allah
kita wajib meninggalkan larangan-Nya
kita tidak boleh hidup berpaksikan nafsu sahaja

kita jika hendak syurga kenalah berusaha beribadat
jika hendak neraka sebagai balasan kelak
orang putih kata 
keep your sins rollinglah bebeh
simple bukan?

faham setakat ini?
mari sambung lagi

berbalik kepada topik 
kita tahu untuk menjadi muslim itu 
kita perlu mengikut segala perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya
tetapi kenapa ramai yang masih tidak buat?

mungkin kadangkala kita terlupa rukun Islam
yang pertamanya mengucap dua kalimah syahadah
ini bermaksud kita naik saksi bahawa 
tiada tuhan yang patut kita sembah melainkan Allah Taala
dan 
Nabi Muhammad itu pesuruh Allah

jadi
sebelum melakukan suatu dosa itu
baik kita sematkan di dalam kepala kita
"Allah sedang melihat kita"
lawan nafsu kejahatan itu
insya-Allah boleh

dan 
kita mengaku hanya Allah sahajalah Tuhan yang patut disembah
jadi kita kenalah hentikan unsur-unsur tahyul dalam hidup ini
hentikan kepercayaan-kepercayaan karut yang tiada asas
hentikan penyembahan (pemujaan) berhala
berhala itu boleh jadi macam jenis
jika diteliti 
pemujaan bintang pop masa kini oleh remaja juga
boleh membawa kepada unsur pemujaan jika terlalu taksub 

dan
sebagai umat yang mengaku umat Nabi Muhammad SAW
bacalah hadis dan sunnah Baginda
tinggalkan perangai yang tidak elok
kerana Nabi Muhammad itu berperibadi mulia

ingat
sabar itu penting dalam perubahan

dan rukun Islam yang kedua 
solat lima waktu
sudah tahu begitu
kenapa masih ramai yang meninggalkan solat?
cuba anda fikirkan
jika anda tidak solat
adakah anda lengkap sebagai muslim?
jawapannya anda boleh fikir sendiri

jika masih tidak nampak
mari saya berkongsi jawapan yang saya fikir
jawapan saya adalah tidak

adakah anda tidak malu memakai baju raya 
dengan penuh mewah pada hari raya
tetapi anda tidak bersembahyang fardhu di hari lain?

ini sedikit nasihat untuk saya juga
cuba anda bayangkan
anda bersolat itu bermakna anda menghadap Allah SWT
menjalankan perintah-Nya
bersujud kepada-Nya meminta pertolongan 

tetapi
jika seumur hidup anda ini
anda tidak pernah menghadapkan muka anda kepada-Nya sekalipun
bagaimanakah anda fikir mungkin bagi Allah 
untuk mengampunkan dosa kita dan membantu kita?
anda fikirkanlah
masih belum terlewat untuk bertaubat
Allah itu Maha Pengampun

"Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri."  [2:222] [LINK]

dan yang ketiganya adalah berpuasa di bulan Ramadhan
saya musykil apabila perbuatan tidak berpuasa itu pada masa kini
boleh dijadikan jenaka setiap kali datangnya Ramadhan
dan yang paling menyedihkan
lawak ini dipaparkan pula di dalam akhbar
seolah-olah tidak bersalah jika melakukan perbuatan itu
tidakkah mereka tahu akhbar itu mampu membentuk pemikiran orang ramai?
jika orang yang kurang ilmu dan lemah imannya
pasti terpengaruh
tetapi itu bukan isu sebenarnya

isu yang sebenarnya
kenapa kita masih tidak mahu berpuasa jika mengaku Islam?
malulah
brother

budak kecil umur 7 tahun pun dah berpuasa penuh

kemudian
membayar zakat

sebenarnya paling bagus waktu untuk kita menderma/memberi sesuatu
adalah ketika kita amat memerlukan sesuatu itu

jadi di sini
moral yang kita boleh ambil
umat Islam tidak boleh menjadi kedekut dan selfish
kita hendaklah saling membantu di antara satu sama lain

tetapi perlu diingatkan juga kepada golongan yang hanya suka dibantu
untuk dibantu oleh orang lain
kita hendaklah sentiasa membantu orang lain juga
kita jangan bersifat jengkel dan selfish melampau 
dalam komunikasi sesama manusia

kemudian menunaikan haji
kenapa kita jika ada wang
dalam kepala kita
hanya ada perkara-perkara remeh sahaja
shopping,beli kereta,tambah rumah,beli tv plasma dll,
yang pada hakikatnya perkara-perkara di atas hanyalah pembaziran

kenapa tidak kita melatih diri jika ada wang
kita menyimpan untuk pergi ke haji?
kenapa kita latih minda semasa tua baru hendak pergi ke haji
semasa muda jalanlah europe dulu

anda fikirkanlah
saya juga sebenarnya sama-sama menasihati diri ini

jadi
kesimpulannya
marilah meneliti kesalahan dalam hidup kita ini
segala dosa kita 
baik yang kecil atau yang besar
dan sama-samalah kita bertaubat

sedangkan Nabi Muhammad SAW sendiri walaupun bersifat maksum
bertaubat kepada Allah setiap hari
bagaimanakah kita yang banyak dosa ini? [link]

jadi
mari merubah diri kita dan mulakan dengan ibadah asas
lengkapkan asas ini dengan baik dan sempurna
kerana asas akan membawa kepada selanjutnya

Insya-Allah

Assalamualaikum


semoga kita semua mendapat kebaikan dan hidayah Allah SWT.Amin

p/s:betulkan saya jika saya melakukan kesilapan dan kesalahan dalam artikel ini.sesungguhnya saya seorang manusia biasa.



3 comments:

  1. Salam Umar. Selamat menyambut Maal Hijrah 1431. Semoga kita semua dirahmati Allah hendaknya.

    ReplyDelete
  2. Umar Zakir..

    Salam Maal Hijrah 1431. Semoga kita menjadi muslim yang lebih baik. Saya juga berdoa, semoga anda dan keluarga selalu disayangi Allah (SWT). Amin;-)

    ReplyDelete
  3. Amin

    Assalamualaikum mybabah dan Ustaz Cahaya

    semoga kita semua dirahmati Allah dan dikekalkan hidayah terhadap kita.

    Mari sama-sama berubah ke arah kebaikan.Jangan pernah berhenti di dalam perubahan.

    Insya-Allah

    ReplyDelete