5.12.09

Muslims in Texas,The Story Of Cat Steven & The Assassination Of Malcolm X

Assalamualaikum Dan Salam Kedamaian.
Artikel ini ditulis di dalam Bahasa Melayu.Tajuk di atas di dalam Bahasa Inggeris kerana saya tidak mahu mengubah tajuk video asal.

Saya sebentar tadi membaca laman web Turn To Islam yang di sana banyak artikel-artikel dan perbincangan yang bagus.Dan saya menjumpai tiga video yang menarik untuk dikongsi.Kesemua video ini bercerita tentang tokoh-tokoh Islam dan keadaan umat Islam di Amerika.

Selamat menonton.



Di dalam video ini dipaparkan kisah beberapa orang di Amerika yang telah bertukar agama kepada agama Islam.Saya tidak mahu mengulas lanjut.Anda tontonlah.

Tetapi,saya ingin menarik perhatian anda dengan beberapa perkara.

- Mereka yang memeluk Islam ini amat kuat pegangan mereka walaupun mereka berada dalam kawasan majoriti bukan Islam.Mereka tetap memakai tudung,dan menjalankan cara hidup Islam.

- Kenapa? Kerana mereka faham akan keindahan Islam.Mereka memahami Al-Quran itu sepenuhnya.Mereka berfikir tentang kebenaran Al-Quran.Mereka mengikut contoh Nabi Muhammad SAW.

- Dan kita di Malaysia?Kenapa kita pula yang tergila-gila meninggalkan cara hidup Islam walaupun telah diberi petunjuk hidayah Allah dari lahir?

- Mungkin kerana kita leka dan selesa.Kurang ilmu.Tidak memahami Al-Quran.

- Menonton video ini saya berasa sebak mengenangkan nasib kita (termasuk saya) yang tidak menghargai Islam itu.

- Anda fikir-fikirkanlah.





Saya juga tidak mahu mengulas panjang tentang video ini.Sekadar mahu memberi persoalan kepada anda.

- Jika Cat Steven yang disebutkan di dalam video itu merupakan artis yang paling hebat jualannya di Island Records (syarikat rakamannya dahulu) boleh jatuh cinta akan kebenaran Islam,dan meninggalkan dunia popularnya,kenapa kita pula yang lahir Islam ingin pergi meninggalkan Islam dan mengagungkan dunia hedonisme itu?

- Dan satu lagi nasihat.Jika anda ada harta lebih,gunakanlah ia untuk membantu orang yang kurang bernasib baik.

Video ketiga adalah : The Assassination Of Malcolm X



- Video ini agak menyayat hati.

- Dan saya tertarik untuk quote ayat Malcolm X dari video ini yang jika diterjemah dalam bahasa Melayu berbunyi "Hanya agama Islam yang dapat membuang persepsi perkauman dalam kaum yang disebut sebagai "putih" di Amerika kepada kaum "hitam" .

- Ini bermakna Islam itu menyatukan kita.Islam itu indah jika difahami.Islam is the truth.

- Saya juga membuat kesimpulan ini : Dunia hari ini sungguh korupsi.

-Saya tidak ingin mengulas lanjut.Anda tafsirkan sendiri.

Kesimpulan keseluruhan yang ada adalah :

1) Kembalilah ke jalan Islam.

2) Berkatalah benar walaupun jika kita diancam oleh pihak yang tidak mahu kita mendedahkan kebenaran.Sabda Nabi Muhammad SAW juga ada menyatakan berkatalah benar walaupun kebenaran itu pahit.

3) Kita mengalami krisis kepimpinan sejati.

4) Kita semua umat Islam bersaudara.Menonton video ini,saya merasakan mereka dekat dengan saya.Seperti satu keluarga.Itulah pentingnya kita bersatu.Ingat.

5) Marilah kembali menghayati Islam itu dan memahami Al-Quran dan Hadis .Sesungguhnya dengan hanya berpegang kepada dua perkara ini kita tidak akan sesat dan disesatkan.Dan fahamilah dua perkara ini dengan sebaiknya.Bukan sekadar membaca kosong.Tetapi faham dan amalkan.

Sesungguhnya saya kongsikan ini untuk kebaikan kita semua dan peringatan kepada diri saya dan anda juga.Sebarang pendapat,teguran atau pertanyaan boleh dikongsikan di bahagian komen.

p/s:saya berminat dengan bahasa-bahasa sopan yang digunakan oleh ahli forum Turn To Islam ini.Walaupun terdiri dari pelbagai kaum,mereka berbincang dengan sopan dan berhemah.Sesungguhnya Islam itu indah.

link-link rujukan :

4 comments:

  1. entry yang baik. mesej sampai jelas.tahniah..=) ttg ulasan anda bg video pertama,ade persamaan dan kaitan dgn entry sy yang bertajuk bila dalam comfort zone: http://suaraserikandi.blogspot.com/2009/11/bila-dalam-comfort-zone.html
    sy rse yg menyebabkan kita xberpegang teguh pd Islam ialah krn xmghargai...xmrasa nikmat terselmat drpd kekufuran..sbb islam kita Islam baka,para2 muallaf,mereka sebelum ni hidup dalam satu suasana yg nyata brbeza dn bila dpt islam mereka sgt mghargai..dan msykt Islam minoriti(di negara bukan Islam) biasanya lebih mghargai Islam krn mereka perlu berusaha lebih utk mdalami islam. xmdah utk ajaran Islam untuk smpai kpd mereka,jd once dh dpt mereka mghargai.not like us. truly in comfort zone,Islam is all around us,so we tend to take it for granted

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum
    terima kasih kerana mengambil masa untuk membaca penulisan saya

    terima kasih untuk link itu.
    saya akan membacanya selepas ini.

    dan ye.
    kita memang dalam comfort zone.
    kadang2 , diri kita menanggap smbhyang itu sebgai rutin. kita lupa bahawa kita sdg menyembah Allah SWT.

    kita rushing smbhyg.

    kita tidak sertakan hati jiwa raga kita sekali dalam sembahyang kita itu (saya selalu juga macam ini)

    takpe
    orang yang berjaya adalah orang yang sentiasa membaiki diri

    jangan risau
    kita ini memang tidak sempurna
    yang penting kita sentiasa baiki diri dan memohon keampunan dari ilahi

    terima kasih kerana memberi ilmu di atas.

    ReplyDelete
  3. Salam Umar. Menarik usaha Umar ni. Mahu tak kita saling pautkan blog masing-masing?

    ReplyDelete
  4. MasyaALLAH..terharu tgk video Muslim di Texas
    ..kita yg born muslim patut kena lagi bangga dengan
    Islam .

    ReplyDelete