18.12.09

PeaceTv - 24-Hour Islamic Spiritual Edutainment International Satellite TV Channel (Perkongsian)

Semasa saya sedang berpusing-pusing di internet untuk mencari bahan untuk dibaca,saya telah menjumpai satu laman web yang agak bagus.

Laman web itu adalah kepunyaan Islamic Research Foundation (IRF) .

IRF ini diasaskan oleh Dr. Zakir Naik [link]

Apa yang menariknya adalah di dalam laman web ini anda boleh streaming atau dalam bahasa Melayunya menonton secara langsung saluran televisyen internet yang bernama PeaceTv

PeaceTv ini adalah (pada pendapat saya) sebuah saluran yang mengupas persoalan-persoalan tentang Islam dan kemanusiaan secara akademik dan berhemah.

Banyak tokoh-tokoh Islam pada masa kini yang terlibat dalam saluran ini.Mereka terdiri dari pelbagai bangsa.Ya,bukankah Islam itu bersifat
global?

Pengupasan isu juga adalah matang.


Jadi,jika anda berminat,silalah layari 
http://irf.net/ sekarang.

Dan untuk menonton PeaceTv sila halakan click di PeaceTv dan kemudian click di WatchPeaceTvLive.

Tetapi diingatkan.Anda perlu mendaftar di laman web tersebut terlebih dahulu.


Cara mendaftar mudah sahaja.Hanya memilih nama keahlian.Dan mengaktifkan
link yang bakal diberikan di email anda nanti.

Anda hanya perlu berusaha sedikit sahaja.Jangan malas.Banyak ilmu bakal yang bakal anda peroleh.

Dan bagi mereka yang berada di Malaysia,sila cuba pergi dahulu ke laman web ini.

Jika boleh membukanya,Alhamdulillah.

Jika tidak,tidak mengapa.Kerana kita sedia maklum dengan situasi kelajuan internet di Malaysia bagaimana.

Tetapi bagi mereka terutamanya pelajar-pelajar di luar negara,ambillah peluang dan kesempatan terhadap kemudahan internet laju yang anda nikmati untuk mendapatkan ilmu ini.

Itu sahaja dari saya.Semoga anda beroleh manfaat.

Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment