2.12.09

Pemikir Yang Menelusuri Situasi Akan Membawa Kepada Perubahan Awan Hitam

masyarakat
kebanyakan dari kita selesa
sebati dengan sistem
enggan memikir kenapa begini dan begitu

masyarakat
di dalamnya perlu ada yang memikir
jika bukan kita
siapa lagi bakal?

perlunya pemikir
jika mahukan perubahan
perlunya pemikir
untuk wujudkan kemenangan

dan pemikir itu bukan pejuang agenda peribadi

jangan malu melontar idea
jangan segan berkongsi pandangan
kita hidup bersama sesaudara
bukan semua yang dilihat serupa

dan kini ramai yang mula sedar..

membaca konspirasi
mengkaji teorinya
mencuba memahami situasi
siapa yang menguasai

itu perbuatan yang tepat
walau agak terlewat
tetapi tidak mengapa

lebih bijak mengkaji lewat
dari terus mati tersekat
dari terus percaya bulat-bulat
dari terus mengobses sebiji bulatan
dari terus membiarkan otak dimakan anai-anai

kerana bimbang jika makin lewat
mata sudah buta
apa yang berlaku
dilihat sebaliknya
diiyakan sahaja

jangan sampai begitu ya
fikirkanlah

tetapi dalam pengkajian
jangan hanya teori dilakukan
jangan hanya ilmu dipersembah
tetapi penghayatan aplikasi?

haram tiada
sama juga
balik-balik buka kotak itu
tutup
dan buka kembali

benda sama ulang-alik
saban hari
kian teruk
padanlah mereka fikir kita ini mudah dan lemah
rupa-rupanya minda kita memang lemah

hurm..
jangan begitu ya

dan sambil mengkaji
jangan digentar musuh berlebihan
jangan hanya kagum kepintaran mereka

yup.
mereka pintar (gila?)
tetapi sistem mereka akan rapuh
jika kita gunakan kepala otak kita

jangan hanya sibuk mencari
tetapi tidak bersedia
jangan terlalu leka

tetapi
jangan risau saudaraku
mereka juga manusia
bisa dikalah

tetapi bezanya kita dan mereka

kita punya doa
kita punya nur
kita punya rahmat Pencipta
kita di pihak-Nya
Dialah perancang paling hebat
dan kita pasti menang

jadi lekas
mari bangun
banyakkan doa
tingkatkan ilmu kefahaman
juga iman di dada
kerana perlu diingat
yang menang adalah yang tebal imannya
itulah faktanya

adakah kita berada di golongan itu?
jika tidak
fikirkanlah

agama bukan untuk bacaan semata
ianya hidup
pandanglah dunia dari sudut berbeza
jangan terlalu taksub pada satu suara
mulalah buka mata

ibarat burung yang dilepaskan
bebaskan minda kita

pasti boleh!

"your generation will witness the ultimate decisive victory"






No comments:

Post a Comment