30.12.09

Perkongsian Laman-Laman Web Ilmu Islamik Bermanfaat (Bahasa Melayu)

Assalamualaikum.

Semalam saya telah berkongsi dengan anda beberapa laman web yang saya rasa bagus di dalam Bahasa Inggeris.

Kemudian,salah seorang pembaca blog ini iaitu pemilik blog School Of Tots meminta saya meletakkan lebih banyak blog di dalam Bahasa Melayu.

Sebelum meneruskan penulisan,eloklah dijelaskan kepada anda walaupun saya rasa anda sudah tahu.

Kita di Malaysia kurang laman web bermanfaat kelolaan organisasi besar-besar seperti Islamic Research Foundation dan sebagainya.

Ini mungkin kerana kekurangan modal dan sebagainya.Tetapi,kita patut bersyukur kerana masih ramai anak muda dan golongan berilmu yang sudi berkongsikan ilmu mereka menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan blog.

Dan,kita juga patut bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana mempunyai saudara seagama sejiran yang menggunakan rumpun bahasa yang sama iaitu Indonesia.Jadi,bahan-bahan bacaan agama dari Indonesia juga boleh kita gunakan.

Jadi,di bawah ini beberapa laman web yang bagus.Jika terdapat keraguan tentang artikel/info yang ada dalam laman-laman web tersebut,sila maklumkan kepada saya.

Maklumlah,mereka juga manusia seperti kita.Jadi adalah mustahil hasil kerja mereka sempurna.

Selamat membaca dan beramal.Insya-Allah.

(Sila klik di atas nama laman web)

Al-Azkar
Laman web ini adalah usaha pemilik blog tersebut yang menukarkan ilmu-ilmu yang ada dari buku poket berjudul Al-Azkar kepada bentuk blog.Banyak perkara bermanfaat yang ada di situ,contohnya cara-cara menunaikan solat-solat sunat.

Pertubuhan Kebajikan Al-Nidaa' Malaysia
Ini merupakan laman web sebuah badan dakwah kebajikan di Malaysia.Di dalamnya terdapat link-link dan video-video ceramah agama yang bagus.Mereka juga kerap menganjurkan program-program ilmu yang ada diberitahu di laman web ini.

Tahu,Faham & Amal
Blog ini mengandungi pelbagai ilmu yang berguna bagi anda dalam menjadi insan yang lebih berperibadi sopan.Contohnya terdapat satu artikel yang bertajuk Mencontohi Salafussoleh yang saya rasakan bagus dan ada sesuatu untuk difikirkan oleh kita semua.

Bahtera Wawasan Rise Of Islam MistisFiles
3 blog ini merupakan blog-blog tentang artikel-artikel konspirasi.Banyak lagi blog seperti ini sebenarnya yang anda boleh lihat di bawah link Manfaat dalam blog saya.Tetapi,saya ingatkan kepada anda,dalam membaca artikel seperti ini,jangan percaya bulat-bulat.Gunakan akal dalam menafsir setiap ayat.


Tetapi,bukan bermaksud kita tidak perlu tahu.Kita perlu untuk tahu.Tetapi,jangan ketakutan kepada musuh Islam melebihi ketakutan kepada Allah SWT.

Dan diingatkan juga,selepas membaca artikel-artikel seperti ini,janganlah ilmu itu hilang sebegitu sahaja.Tetapi,ubahlah diri anda.Jika anda sudah tahu bahawa televisyen dan hiburan itu semuanya agenda-agenda musuh Islam,janganlah berterusan hidup menuruti nafsu sahaja.

Di Ambang Maut
Saya suka blog ini secara peribadinya.Kerana penulisnya kreatif.Dia menulis artikel-artikel dakwah dalam bentuk penceritaan kisah-kisah ringkas.Jadi,kepada yang sudah mempunyai anak-anak,bolehlah membaca blog ini dan kisah-kisah di dalamnya pula boleh diceritakan kepada anak-anak anda.

dan blog-blog lain adalah seperti di bawah :

Sebuah Perjalanan Kehidupan
Kumpulan Artikel Islam
Laman Emjay
Renungan
Blog Ustazah Azimah
Maksud Menyembah Allah
Sacred Knowledge

Itu sahaja buat kali ini.Insya-Allah saya akan kongsikan lagi bila ada kelapangan.

Apa yang penting,dengan ilmu itu kita beramal.Tetapi sebelum mendapatkan ilmu,anda perlu membuang kemalasan anda.Jangan takut menggunakan masa ke arah kebaikan.Jika boleh menonton wayang selama dua jam,anda fikirkanlah mengapa tidak boleh meluangkan 10 minit untuk membaca ilmu.

Kerana,minda yang berilmu adalah minda yang tidak boleh diperbodohkan.

Sekian.

Semoga apa yang hendak dikongsikan dapat sampai kepada anda semua.

Assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment