6.12.09

Subuh

Assalamualaikum

dingin pagi
sebelum mentari
kabus tebal

hurm...

enak sungguh dibaluti selimut
disulami nafsu tidur
serta erat bantal peluk nafsu

hurm...

susah benar untuk bangun subuh
susah benar untuk sembahyang sekadar dua rakaat
susah benar mencelikkan mata barang 5 minit

bagaimanakah kita ingin menjadi muslim sejati
jika subuh tidak bangun

haih...

mungkin ini punca
masih lemah

tetapi punca segala punca ini
mungkin juga disebabkan
gaya hidup yang terlalu duniawi

berhibur sehingga tengah malam
yang akhirnya membawa kepada tidak cukup tidur

jika tidak cukup tidur
bagaimanakah mahu bangun subuh?

hurm...

sesal terasa sebaik sahaja bangun celik matahari sudah menari-nari di atas kepala
bukan satu dua hari
kadang-kadang
banyak hari

haih...

Ya Allah.
ampunkanlah dosaku dan umat Islam yang lain
bantulah kami melawan nafsu kami
berikanlah kami yang lain kekuatan untuk bangun subuh
kami ini amat lemah

semoga kita diberi kekuatan bangun subuh

amin.



4 comments:

  1. Salam Umar. Mahu bertukar-tukar pautan tak? Datang tengok blog saya dan buat keputusan. Saya rasa ada sesuatu yang unik di blog tuan ini.

    ReplyDelete
  2. haha
    dia kalau tak sedar tu
    tak sedar gak doe
    ada yang pasang lagu sampai 5 jens
    tak bangun gak
    dia leh selamba off alarm.samung tido
    haha
    member marah je kan dekat bilik..

    ReplyDelete
  3. Dengan haq Ismul 'Adzam pohon tutupkanlah ya Allah segala jalan DAP keturunan Juj wa Ma'juj ini.

    Demi keagungan Asma-u-lhusna pohon ya Robbana lumpuhkan DAP keturunan Juj wa Ma'juj ini.

    Dengan Nama Tuhan bagi Muhammad dan sekelian Nabi Rasul a.s.w.s.; minggir engkau (noor-M-mu) hai DAP keturunan Juj wa Ma'juj.

    Bis-mil-lah ... gelap seluruh sudut mu hai DAP keturunan Juj wa Ma'juj.

    Bis-mil-lah ... tersumbat seluruh rongga mu hai DAP keturunan Juj wa Ma'juj.

    Bis-mil-lah ... dipohonkan bantuan bagi kaum yang (mengaku) kelemahan.

    ReplyDelete