20.12.09

Taksub Dunia Tiada Gunanya

buka langkah
buka mata
buka minda
buka tekad
buka dada

terima ilmu
terima kritik
terima nasihat
terima semuanya sepanjang perjalanan

tetapi jangan lupa untuk membuang yang keruh

ingat
hidup ini proses mencari
mencari amal untuk hidup abadi

jangan terlalu taksub dengan fana
jangan terlalu menyayanginya
jangan takut berkorban untuk berjuang
jangan takut mendedah pembohongan melawan arus

dan jangan juga takut meredah kegelapan
mencari kebenaran

kerana pada akhirnya nanti
hanya yang kuat,berani,berakal dan bijak sahaja
yang menemui cahaya di hujung jalan

sesungguhnya kepada Pencipta yang satu kita bakal kembali
carilah keredhaan-Nya dan pengampunan-Nya
semasa masih bernyawa

Assalamualaikum





1 comment:

  1. peringtan yang bagus. manusia harus sentiasa diingatkan yg harta bukan segala-galanya. tapi insan,selalu lupa. yg kaya nak lebih kaya,yang miskin dah tentu nak kaya..

    ReplyDelete