7.1.10

101 Pembaca Setia (Merungkai Sejarah)

Assalamualaikum.

Entri kali ini merupakan entri ringkas sempena penambahan pembaca setia (follower) saya yang kini bilangannya adalah seramai 101 orang.Pembaca setia yang ke 101 itu adalah saudara Mazru.

Sebelum itu,elok diingatkan.Saya tidak dapat menjanjikan keringkasan entri ini kerana saya ini apabila sudah mula menulis,banyak idea yang bakal muncul yang biasanya menukarkan suatu entri ringkas kepada panjang berjela.

Sedikit sejarah tentang blog ini.

Saya mula menulis blog sejak tahun 2006 ketika masih di bangku sekolah.Pada waktu itu,isunya berkisar tentang pemerhatian saya terhadap masyarakat Melayu.

Ini kerana saya ini seorang yang suka memerhati dan menulis.Ditambah dengan kemudahan internet yang meluas,jadi saya memulakan langkah menjadi penulis blog.

Tetapi,tidak lama blog itu bertahan.Kemudian,saya tidak lagi menulis sehinggalah saya memasuki ke salah sebuah institut pengajian tinggi bagi mengikuti program persediaan ke luar negara.

April 2008,saya kembali menulis.Subjek utama yang mendorong saya menulis kembali secara jujurnya adalah Pilihan Raya Umum 2008.

Anda sendiri boleh agak kenapa peristiwa ini menjadi punca saya mula menulis kembali.Penulisan kembali inilah yang membawa kepada kelahiran Pena Maya.

Dan seperti dahulunya,penulisan saya masih lagi berkisar tentang mengkritik tabiat buruk masyarakat negara kita seperti suka bertangguh membuat kerja dan lain-lain yang saya rasakan tidak betul mengikut pemerhatian seorang remaja mentah.

Agak lama juga saya menulis sehingga saya dapat mengenal pelbagai ragam manusia melalui blog.Secara jujurnya,sejak dari awal lagi,saya berblog bukan kerana untuk mencipta nama atau duit.

Itulah sebabnya tiada ads di dalam blog ini.

Saya menulis untuk menyuarakan pendapat saya terhadap masyarakat.Dan,diingatkan juga,saya tidak pernah menulis bagi mana-mana parti politik.Sekadar menyuarakan pendapat saya dengan bebas.

Jun 2008,saya berangkat ke sebuah negara untuk melanjutkan pelajaran.

Dan,Alhamdulillah di sini kemudahan internetnya agak laju.Jadi,kesempatan ini saya gunakan untuk mencari ilmu di internet.Sejak itu,saya menjadi penulis blog yang aktif.

Sehinggalah,pada bulan Jun 2009,saya tidak berminat lagi untuk menulis dan menetapkan setting blog saya kepada private.

Ini berlarutan selama tiga bulan sehinggalah September 2009 baru-baru ini.

Sepanjang tiga bulan saya tidak menulis,saya bertanya kepada diri saya,apakah tujuan saya menulis selama ini?Apakah kebaikan yang saya dapat beri kepada orang ramai?

Adakah falsafah hidup berpandukan akal manusia semata dapat melahirkan seseorang insan yang berperibadi mulia,berjiwa tenang?

Ternyata,setelah diteliti segala tulisan artikel-artikel saya,saya menyedari ada sesuatu yang hilang dari diri ini.Saya bukan hendak membuka pekung di dada,tetapi untuk pengetahuan anda,dahulunya saya sering menulis dengan menyelitkan perkatan-perkataan kasar seperti bodoh,bangang dan sebagainya.

Walaupun begitu,saya menulis tentang memperbaiki tabiat buruk masyarakat.Kelihatan seperti saya menggalakkan pencarutan dalam membanterasnya.Bukankah begitu?

Saya mula mengenal-pasti kesilapan diri dan cuba untuk berubah.Dan,bermula September 2009,dengan izin Allah saya menulis kembali di dalam blog yang sama.Segala penulisan lama saya telah padam.

Ini kerana jika kita di dalam dunia realiti menjaga peribadi dan percakapan,tetapi,di dalam alam maya,kita menulis menggunakan perkataan kesat,tiada gunanya bukan?Allah Maha Mengetahui setiap apa yang kita lakukan.

Jadi,menulislah saya.Tetapi,kali ini saya niatkan penulisan saya kerana Allah.Semoga Allah membantu saya menulis dan menjauhkan saya dari perkara buruk yang mungkin lahir dari penulisan-penulisan saya.Ini kerana setiap perbuatan kita sehari-hari akan membentuk jiwa dan peribadi kita.

Saya mula mendekatkan diri dengan ilmu-ilmu agama.Kerana setelah membuat suatu pemerhatian yang mendalam,saya mendapati,hanya dengan kembali kepada Allah sahajalah yang dapat menjadikan hidup seseorang itu tenang dan merubah dia menjadi seseorang yang mencintai kebenaran dan meninggalkan kejahilan.

Ya.Hanya dengan kembali kepada Islam yang sebenar (tidak dicampur-adukkan dengan sebarang unsur yang berkepentingan peribadi) anda boleh menjadi insan yang baik.

Oleh sebab itu,saya berazam menulis kembali.Tetapi,kali ini,saya ingin menulis ilmu yang dapat dikongsikan dengan orang lain dan diamalkan oleh mereka juga sehingga bila-bila.

Saya juga menulis kembali kerana saya ingin berkongsi ilmu yang ada di dada.Ini dengan harapan supaya jika ilmu yang saya tulis itu salah,ada orang akan memperbetulkannya.

Dan,saya juga menulis kerana saya pernah membaca suatu ayat yang menyebabkan saya berfikir.Ayat itu berbunyi seperti begini "Kita mengaku kita ini umat Nabi Muhammad SAW dan sayangkan Baginda SAW.Tetapi,apakah buktinya kita ini sayang kepada Baginda?"

Jawapannya adalah kembali kepada hadis Baginda yang berbunyi "Sampaikanlah ajaranku walaupun satu ayat kepada orang lain".

Ayat ini sudah cukup untuk menyebabkan saya menulis kembali.

Dan,Alhamdulillah,walaupun saya bukannya menulis untuk populariti,ramai orang yang masuk ke blog ini,memberikan sokongan dan teguran.

Yang paling kerap memberi komen dan memberi teguran adalah Samsudin Jidin.Walaupun bagi anda mungkin tidak membawa sebarang makna,tetapi bagi saya,segala teguran dan nasihat atau pandangan yang diutarakan terhadap penulisan saya itu amat penting bagi saya memperbaiki diri dan ilmu yang ada.

Dan,Alhamdulillah juga saya ucapkan apabila semakin bertambah follower saya dari hari ke hari.Ini bermakna penulisan saya itu diterima oleh orang lain.

Harapan saya adalah supaya semua dari kita umat Islam dapat kembali kepada ajaran Islam yang sebenar dengan memahaminya kembali.Apakah caranya?Tentu itu persoalan yang bermain di dalam minda anda.

Caranya senang sahaja.Kembalilah merujuk Al-Quran Dan Hadis.Kerana seseorang yang berilmu tidak boleh diperbodohkan oleh orang lain.Seseorang yang berilmu akan membawa dia dekat dengan perkara-perkara baik.

Dan jika kita semua memahami ajaran Islam,kita dapat menarik minat orang bukan Islam kepada Islam.Itu barulah dinamakan umat Islam yang sebenar.

Jadi,sekian sahaja untuk kali ini.Semoga Allah merahmati usaha kita semua yang berusaha mendapatkan rahmat Allah.

Berdakwah itu bukannya memerlukan anda menjadi tabligh sahaja,kerana jika anda itu merupakan seorang pelajar,bila masa pulak anda hendak beraktiviti.

Dengan perkembangan blog masa kini,anda juga boleh berdakwah dengan menulis blog menyampaikan ajaran Islam kepada orang ramai.

Ia juga boleh menjadi nasihat kepada diri anda jika dibandingkan daripada anda menulis perkara-perkara mengarut di dalam blog anda.

Akhir sekali,semoga apa yang ingin disampaikan saya dapat difahami.Terima kasih di atas segala sokongan yang diberi.

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.


6 comments:

  1. Tahniah dan teruskan perjuangan anda...

    ReplyDelete
  2. Salam, tahniah. Teruskan menyebar kebaikan dan mencegah kejahatan melalui penulisan.

    Saya paling suka baris ini:

    "Jadi,menulislah saya.Tetapi,kali ini saya niatkan penulisan saya kerana Allah.Semoga Allah membantu saya menulis dan menjauhkan saya dari perkara buruk yang mungkin lahir dari penulisan-penulisan saya.Ini kerana setiap perbuatan kita sehari-hari akan membentuk jiwa dan peribadi kita."

    Semoga kita menjadi orang yang sabar dan berjaya dalam kehidupan kita, amin;-)

    ReplyDelete
  3. nice umar..proud of you!
    -kambeng-

    ReplyDelete
  4. terima kasih semua
    semoga kita semua mendapt manfaat
    assalamualaikum

    ReplyDelete
  5. terbaik!

    ada tak tips utk mengekalkan kita supaya sentiasa ikhlas dalam beramal dan istiqomah dalam beramal?

    ReplyDelete