7.1.10

Adakah Anda Fikir Segala Benda Percuma Yang Ada Di Atas Muka Bumi Ini Betul-Betul Percuma?Jika Ya Merupakan Jawapan Anda,Maaf.Anda Tersilap.

Assalamualaikum.

Artikel ini mungkin tidak sesuai untuk dibaca jika anda merupakan seorang yang enggan membuang sifat kemalasan anda dalam mendapatkan maklumat yang mungkin penting bagi diri anda dan keluarga.Jika anda ingin membaca artikel ini,dinasihatkan,luangkan masa anda untuk baca sehingga habis artikel.

Hari ini,kita sering disogokkan dengan perkataan percuma.Malah,perkataan percuma ini begitu senang diaplikasikan orang untuk menarik perhatian seseorang yang lain.

Jika dilihat betapa meluasnya perkataan percuma ini,pasti kita akan dapat menyimpulkan betapa mudahnya hidup pada hari ini kerana terlalu banyak barang percuma.

Tetapi,hakikatnya tidak.Tiada apa-apa yang percuma dalam dunia ini.

Mari saya sebutkan beberapa contoh mudah.

1) Beli satu kotak bijiran sarapan,anda bakal mendapat sebuah mangkuk secara percuma.Hakikatnya tidak.Anda perlu membayar harga bijiran itu untuk mendapatkan mangkuk itu.

2) Daftar sebagai Ahli Kelab Perabut X.Anda bakal mendapat pelbagai hadiah percuma.Hakikatnya?Semestinya tidak.Anda perlulah sekurang-kurangnya membelanjakan minimum RM XXXX untuk melayakkan anda menerima hadiah percuma.

3) Perbuatan anda sehari-hari.Adakah tiada balasan apa-apa?Jawapannya sudah semestinya pernyataan ini tidak benar.Hakikat yang sebenar adalah anda buat baik,anda dapat pahala.Anda buat jahat,anda dapat dosa.

Nampak bukan?Semua perkara di atas muka bumi ini mempunyai harga yang perlu anda bayar untuk setiap satu darinya.Bayaran tidak semestinya berbentuk wang.

Dan sebentar tadi,saya baru membaca satu artikel yang menarik perhatian saya.

Sebelum saya sertakan link kepada laman web itu,elok saya bertanyakan kepada anda sekali lagi.Adakah anda fikir semua kemudahan teknologi sosial atau apa-apa sahaja yang anda gunakan secara "percuma" di dalam internet ini adalah benar-benar percuma?

Adakah anda fikir teknologi yang menelan biaya perbelanjaan yang tinggi ini dicipta semata-mata untuk membenarkan anda untuk terus berhubung dengan rakan-rakan anda untuk berborak-borak manja sahaja?

Adakah anda fikir Facebook itu dicipta begitu sahaja?

Jika anda terlalu susah untuk berfikir,saya nasihatkan anda untuk membaca artikel ini dan anda adalah dicadangkan untuk membaca semua link yang ada dalam artikel tersebut kerana di situlah terletak jawapan bagi persoalan ini.

Jangan malas sangat.Saya tidak akan bercerita panjang lebar tentang apakah rahsia terlindung di sebalik Facebook/the hidden truth of Facebook kepada anda di sini.Jika anda malas,memang anda akan rugilah.Ingat,malas itu boleh membawa padah.

Tetapi,saya ingin menimbulkan beberapa persoalan kepada mereka yang berminat untuk berfikir.

1) Pernahkah anda terfikir,di manakah hala tuju maklumat-maklumat peribadi anda itu sesaat selepas sahaja ia disubmitkan di Facebook (dunia maya)?Tahukah anda,setiap gambar-gambar anda di internet,walaupun setelah anda padam,akan kekal di dalam simpanan Google selama tiga bulan?

2) Untuk pengetahuan anda,Facebook bergantung kepada iklan-iklan di tepi setiap halaman mukanya untuk mendapatkan keuntungan dan hampir kebanyakan manusia di atas muka bumi di dunia hari ini menggunakan teknologi ini.Satu klik iklan menghasilkan $0.50 USD.Dan jumlah dalam masa sesaat duit itu adalah?Pernahkah anda terfikir ke manakah arahnya duit itu digunakan?

3) Mark Zuckerberg pengasas Facebook merupakan salah seorang tetamu kehormat (selebriti dunia) yang dijemput khas semasa ulang tahun negara Israel yang ke 60 pada tahun 2008 yang lalu.

4) Adakah anda pernah terfikir,jika hampir semua manusia bertamadun di atas muka bumi ini menggunakan Facebook,secara logiknya,bolehlah kita ibaratkan Facebook itu sebagai pusat pengumpulan data terbesar dunia?

5) Dan bagi menambah persoalan kepada persoalan nombor 4) adalah persoalan ini.Adakah anda pernah terfikir,ini bermaksud bahawa sesiapa atau lebih tepat pihak mana yang menguasai Facebook adalah pihak yang paling berkuasa di dunia?

Nampak mudah,tetapi itulah dia.Jika kita hanya mengetahui kehidupan peribadi seorang manusia mungkin tiada keuntungan.Tetapi bagaimanakah pula jika seluruh dunia ini berada dalam genggaman kita?

Tidakkah anda pernah terfikir semua ini?

Begitu juga dengan kemudahan-kemudahan lain seperti Friendster,Myspace dan rakan seangkatannya.

Tidakkah anda terfikir ketika anda menulis blog tentang kisah peribadi anda yang agak privacy bagi anda,terdapat kemungkinan sesaat selepas anda publish cerita itu,cerita itu akan disimpan oleh pihak lain?Dan tidak dapatlah anda berbuat apa-apa selepas itu jika anda memadamnya dari sumber asal sekalipun.

Tidakkah anda pelik kenapa cara hidup kita pada hari ini terlalu bergantung pada semua ini?Padahal tiada apa-apapun yang boleh diborakkan jika kita berjumpa dengan rakan kita secara face to face.

Tidakkah anda pernah membuka minda anda?

Think is the key.

Sekadar memetik ayat dari suatu artikel yang anda boleh baca di di sini . 

Perangilah Ibahiyyah :

Kebebasan yang mengghairahkan, kemewahan yang mempersona, membuang masa dan berfoya-foya di jalan-jalan raya,dalam perhimpunan-perhimpunan, tempat-tempat peranginan di musim panas dan di musim bunga kesemua ini telah diwasiatkan supaya umat Islam meninggalkannya,malah Islam telah mewasiatkan mereka supaya bersifat menahan diri,serius,wibawa,sentiasa bersungguh-sungguh dan menjauhi perkara yang sia- sia.Allah suka perkara-perkara yang bernilai tinggi dan benci perkara yang sia-sia”.

Adalah menjadi kewajipan kepada ummat Islam mengorbankan tenaga dan usaha dalam lingkungan kekuasaan dan undang-undang untuk menghapuskan perkara-perkara seperti ini dengan tidak mengenal putus asa dan menyerah kalah.

Mungkin bagi orang yang ego dan buta mata hatinya,akan berkata "rileksla brother" .

Tetapi,saya hanya menyampaikan apa yang saya tahu kepada orang yang sedar dan ingin tahu.

Kepada yang sedar,nasihat saya kepada anda dan diri sendiri adalah seperti di bawah :

"Guna Facebook boleh.Tetapi,kurangkan menggunakan Facebook.Sebolehnya tidak menggunakan langsung.Tetapi,jika dilakukan secara mendadak adalah mustahil.

Step pertama yang boleh anda lakukan adalah dengan mengurangkannya.Ingat.Islam tidak mengajar kita hidup menggunakan masa secara sia-sia.Dan ingat,Syaitan itu telah bersumpah untuk menyesatkan anak-cucu Nabi Adam A.S sehingga ke hari kiamat.

Dan Nabi Muhammad SAW pernah bersabda bahawa Syaitan telah give up nak sesatkan kita dalam perkara-perkara besar,maka berhati-hatilah dalam perkara-perkara kecil supaya tidak disesatkan Syaitan & Rakan-Rakan.

Dan ingat,gunakan Facebook jangan melebih-lebih.Jika tidak guna pun tidak mengapa.Gunakan sahaja kemudahan yang lain untuk menghubungi ibu bapa anda.Elakkan budaya bercakap kosong bersama rakan.Budaya itulah yang akan akhirnya membawa kita kepada budaya "mula-mula guna Facebook sikit-sikit,lama-lama ketagih dan kita akhirnya menjadikan Facebook sebagai kiblat hidup.

Cuba bayangkan,sehari berapa lama kita hadap Facebook.Berapa lama pula kita beribadat?"

Itu sahaja nasihat saya kepada anda.Anda fikir-fikirkan.

Dan diingatkan juga,selagi anda tidak membaca link-link yang saya sertakan di atas,terutamanya link artikel ini dan link-link di dalamnya,anda tidak akan mengetahui apakah rahsia terlindung di sebalik Facebook.

Ingat,jika tiada angin,masakan pokok bergoyang.Seseorang yang berpengaruh mampu melakukan apa sahaja untuk melindungi namanya dari sebarang keburukan.

Anda fikir-fikirkanlah.

Saya hanya menyampaikan dan berkongsi.Akal yang dikurniakan Allah jangan dibiarkan basi di bawah otak.

Dan jangan pula apabila sudah tahu keburukan Facebook,anda pakat buat Facebook versi tempatan pula dengan alasan kita tahu dari mana ia datang.Ingat.Ia tetap tidak lari dari konsep Ibahiyyah seperti di atas.

Semoga mendapat manfaat dan memahami apa yang ingin dikongsikan.Sila berikan komen anda di bawah selepas habis membaca.

Assalamualaikum dan semoga Allah merahmati kita umat Islam akhir zaman

Amin.




8 comments:

  1. ermmm, rasanyer pokok pangkalnyer dri sendiri, tapi bagus gak juga ada insan yang saling ingat mengingatkan dri agar x terpesong... THX

    ReplyDelete
  2. same2

    p/s:sebenarnya dalam link2 di atas ada menyebut bahawa duit yang dapat dari facebook itu disumbangkan kepada israel...

    dan pengasas fb itu sndiri adalah ahli persatuan yahudi yang menyumbang kepada israel

    :)

    ReplyDelete
  3. saya ada buat artikel ttg Facebook ni bulan lalu. Lihat entry ini:
    Tajuknya manipulating enemy's weapon.
    xsilap sy sy ade sertakan link ke satu artikel sy ambil dr 'the Guardian' ttg bahaya dan muslihat di sebalik facebook. kalau sebelum ni sy cdgkan supaya febuk digunakan sbg alat utk memanfaatkan islam,kini sy berhenti terus dr mggunakan fesbuk.

    ReplyDelete
  4. terima kasih serikandi islam kerana membaca
    saya akan membaca artikel anda dalam masa terdekat.
    insya-Allah.
    assalamualaikum.
    teruskan menulis sesuatu yang dapat mendatangkan manfaat kepada kita semua dan yang diredhai Allah SWT.

    ReplyDelete
  5. salam...dah click kat link 'artikel ini' tp x dpt nak bace...;-(

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum.
    Maafkan saya
    artikel ini sudah ditulis 3 bulan lepas
    kemungkinan tuan blog sudah privatekan blog beliau
    tetapi sebenarnya
    di dlaam artikel itu
    ada ditulis
    sedikit2 sbnyk tentang

    - setiap kali kita klik log in ,dikatakan,fb akan dapat duit
    -duit tu akan diberi kepada negara zionis
    -fb ni agenda badan penyiasat negara 'polis dunia'

    tapi
    sebenarnya
    fb memang tak baik pon
    anda boleh google
    atau baca link ni


    http://www.rohaizad.com/2009/01/30/facebook-dark-side-fakta-yang-perlu-kita-tahu-mengenai-facebook/

    dan link ini

    http://baikiminda.blogspot.com/2010/03/sesempurna-manapun-kelihatan-suatu.html

    harap dapat membantu

    Assalamualaikum dan Selamat Beramal

    ReplyDelete