25.1.10

Adakah Kita Layak Mendapat Kemenangan Itu?

Assalamualaikum.

pernahkah kita terfikir
atau difikirkan
kenapakah kita tidak diberi kemenangan oleh Allah?

sebelum menjawab soalan itu
tanya kembali diri kita
adakah kita layak mendapat kemenangan yang diharap?

apakah yang kita buat sehari-hari?
adakah kita berbuat apa yang diperintah Allah
adakah ianya cukup untuk melayakkan kita mendapat kemenangan?

mari renung diri

adakah kita bangun untuk bersolat subuh setiap hari?
jika bersolat pun,khusyukkah kita?

tentang aurat pula
adakah anak-anak kita menutup auratnya?
adakah isteri-isteri kita menutup aurat mereka?
jika memakai tudung,adakah tudung ditutup dengan sempurna?
kita sendiri,adakah menjaga pandangan mata dari perkara haram?

akhlak jangan dicerita
adakah kita menjaga percakapan seharian kita?
apakah perkataan pertama yang disebut apabila perkara buruk berlaku?
adakah kita menjaga hati jiran kita?
mengapakah kita masih mengumpat di belakang orang?

silaturahim sama juga
adakah kita berpegang pada persaudaraan sesama islam?
adakah kita menganggap semua orang islam saudara kita?
adakah kita tidak menghebohkan fitnah terhadap orang?
adakahh kita bermaafan sesama sendiri?

harta pula
adakah harta kita dari sumber yang halal?
adakah kita pasti kita tidak terlibat dalam riba dan sebagainya?
adakah kita jujur dalam perniagaan?
adakah kita menyumbangkan zakat kita?

penggunaan masa juga patut direnungkan
adakah masa seharian kita digunakan ke arah yang betul?
berapa lamakah sehari kita beribadat kepada-Nya?
berapa lama pula kita berhibur memuaskan nafsu?
adakah kita expect untuk mendapat pertolongan-Nya
sedang kita tidak pernah menghadap-Nya?

bagaimana pula dengan ilmu?
berapa banyak salah faham dalam perkara asas Islam itu sendiri?
berapa ramai remaja kita rosak tatkala kita bersembang kedai kopi?
adakah anak kita dijaga dengan elok?

politik juga sama
adakah kita benar-benar berjuang kerana Allah?
atau sekadar polimik kebencian terhadap parti lain?
adakah kita benar-benar mahu menegakkan Islam?
jika benar kenapa bermusuhan?
adakah benar kita ini ikhlas?

tentang isu hari kiamat pula
kita berbicara tentang hari kiamat dan sebagainya
tetapi
adakah kita setelah tahu perkara-perkara itu
kita berubah dan bertaubat kepada Allah?
adakah kita kembali kepada jalan Allah?
atau kita sekadar membaca ilmu-ilmu itu untuk keseronokan?

ingatlah
Allah tahu segala yang disembunyikan kita
dan kepada Allah sahajalah tempat kita bergantung
kerana hanya Allah sahaja yang menguasai hari pembalasan
janganlah berkompromi dalam beragama dan hidup

adakah kita bersyukur kepada Allah?
adakah kita bekerja untuk-Nya?
jika kita tidak pernah bekerja untuk-Nya
kenapakah kita mengeluh tidak dibantu-Nya?

anda fikir-fikirkanlah

berapa ramai dari anak muda sedang hanyut tiap-tiap hari
jahil akan ilmu
tiada rasa malu
sesat dalam dunia kebendaan
sesat dalam arus nafsu
sesat dalam pemikiran hedonisme tiada arah
sesat tanpa agama
sembahyang tiada dijaga
inikah caranya anda expect untuk Allah membantu kita?

Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasulNya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan ugama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).

(Dengan itu) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat tinggal yang baik dalam Syurga " Adn ". Itulah kemenangan yang besar.Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan dari Allah dan kemenangan yang cepat (masa berlakunya). Dan sampaikanlah berita yang mengembirakan itu kepada orang-orang yang beriman.
[As-Saff:10-13]

tanya diri
adakah kita semua berbuat apa yang diperintah Allah dalam ayat di atas?
fikirlah sendiri
kita ini umat akhir zaman
bertaubatlah sekarang
sebelum terlambat

ingat
hidup ini satu pengembaraan panjang
dunia ini sekadar tempat persinggahan
adakah anda fikir selepas dunia ini tidak ada lagi perjalanan?

ada
malah perjalanan masih panjang
tetapi perjalanan seterusnya
bergantung kepada segala perbuatan kita di dunia fana ini
baik buruk
semuanya terletak kepada kita sekarang
hendak berubah atau tidak?
tepuk dada tanya selera

adakah syurga atau neraka yang kita mahu
dan sekali lagi saya ingin bertanya
tetapi kali ini di dalam bahasa Inggeris
do we deserve the victory?

saya serahkan kepada anda untuk menjawabnya
semoga apa yang ingin disampaikan difahami
tiada guna membaca ini jika masih kekal dalam kegelapan
marilah kembali ke jalan yang benar
hidup dunia ini terlalu singkat untuk dibazirkan waktunya

Assalamulaikum dan Selamat Beramal


3 comments:

  1. subhanalloh, mantab gan puisinya.

    maaf saya numpang pasang link blog ya gan.
    http://didinhotmix.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. salam
    ana (saya) selalu bertanya adakah amalan ana di terima? tapi ana tahu Allah s.w.t selalu mengampunkan dosa2 hamba2nya..

    moga2 kita semua umat Islam tergolong dalam orang2 yang beriman amin...

    ReplyDelete
  3. Salam. Banyak pertanyaan yang kelu lidah untuk menjawab. Semoga Allag mengampuni dosa-dosa kita yang sering alpa ini...

    ReplyDelete