1.1.10

Dajjal - Fitnah Terbesar Akhir Zaman

Assalamualaikum.

Saya tidak biasa menulis tentang perkara sebegini.Tetapi,saya merasakan perlu untuk memberitahu anda juga.

Saya sebelum ini banyak membaca tentang konspirasi/penipuan sistem dunia kita hari ini.Dan sebentar tadi saya menonton video di Youtube yang berkisar tentang Dajjal.

Jadi,saya ingin berkongsi dengan anda ilmu yang saya ada.Jika saya salah,sila betulkan.Dan sila tambah jika perlu.

Maafkan saya jika cara penyampaian tidak menarik.Tetapi,yang penting anda dapat apa yang saya ingin sampaikan.Dan sila klik di link-link yang ada dalam post ini.

Kita umat Islam hari ini adalah umat akhir zaman.Kita sedia maklum.Dan kita wajib beriman dengan hari akhirat (salah satu rukun Iman) yang mana kita wajib percaya bahawa hari akhirat itu akan berlaku juga.

Bila ia akan berlaku hanya Allah sahaja yang tahu.

Tetapi,Rasulullah telah memberitahu kita tanda-tanda besar berlakunya kiamat.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata: “Datang kepada kami Rasulullah saw. dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”.Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari qiamat”. Lalu Nabi Muhammad SAW bersabda: “Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. 

Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka“. H.R Muslim

Dan kita sebagai umat Islam hendaklah sentiasa bersedia untuk menghadapinya.Yakni,kita hendaklah sentiasa meningkatkan iman kepada Allah dan bertaubat.


Adakah anda fikir tanda-tanda ini masih tidak berlaku?Banyak sebenarnya yang sudah berlaku.

Kita kena buka minda kita.

Siri The Arrival ada mengupas beberapa penipuan (fitnah) yang terdapat berlaku dalam dunia kita hari ini.

Dan,sebagai yang kita tahu,Dajjal itu adalah manusia yang membawa fitnah terbesar.Nabi Muhammad SAW banyak bersabda tentang bahaya fitnah Dajjal.

Dajjal juga adalah seorang manusia.Anda boleh baca lebih lanjut tentang Dajjal di sini .

Dan di sini saya hendak berkongsi suatu video yang menjelaskan tentang siapa Dajjal bersumberkan Al-Quran dan Hadis Nabi.



Dan Dajjal ini akan mengaku dirinya sebagai Penyelamat Akhir Zaman.Yang kita sebagai umat Islam tahu bahawa sebenarnya Nabi Isalah penyelamat akhir zaman.Nabi Isa akan membunuh Dajjal ini sendiri nanti.

Anda boleh menonton video di atas untuk pemahaman lanjut.

Dajjal ini buta sebelah mata.Di celah mata,ada tertulis perkataan kafir.Hanya orang beriman sahaja yang boleh melihatnya.

Dan,Dajjal sebelum itu juga akan mengaku dirinya Tuhan.Orang yang tidak beriman akan mempercayainya.

Inilah yang patut kita bimbang.Berdoalah kita supaya kita tidak mempercayai Fitnah Dajjal ini.Kerana terlalu dekat sudah waktu kemunculannya.Kerana jika dilihat,tanda-tanda kecil sudah banyak yang berlaku dan sebagainya.

Anda boleh kaji sendiri di internet.

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: 

“Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak
mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. 
Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin. "


Jadi,adakah kita masih tidak sedar?Bukalah mata anda.Carilah maklumat (yang berdasarkan al-Quran dan Hadis Nabi).Tambahkan iman.

Adakah anda rasa dengan cara hidup anda yang malas dan leka sekarang ini dapat menghadapi fitnah penipu Dajjal ini?

Adakah anda rasa cara hidup anda yang gila glamour sekarang akan dapat membantu anda di akhirat kelak?Saya ini menasihati diri sendiri juga.Bukanlah bermakna saya ini sempurna.

Kerana,Allah hanya akan melindungi orang yang beriman kepada-Nya.Bukan orang yang tidak mengingati-Nya.Bukan orang yang munafik,fasik dan melanggar larangan-Nya.

Marilah berubah.

Semoga kita semua mendapat rahmat Allah.

Assalamualaikum.


5 comments:

  1. Erm~~~ feed yg bagos... i like to read(-_-")

    ReplyDelete
  2. dah tengok the whole 50 episodes dan sangat cuak..

    ReplyDelete
  3. erm. saya seorang yg tidak berpgetahuan. cume ingin berkongsi. mengenai perkataan "ka-fi-ra" di celah mata Dajjal tersebut. terdapat beberapa web yg saya baca mengenai dajjal ini. ada yg menulis bahawa perkataan "ka-fi-ra" tersebut dapat dibaca oleh semua org walaupon orang itu seorang yg buta huruf. bukan hanya sekadar orang yang beriman dapat membaca nya. bole sesiapa beritahu saya mana satu yg benar?

    ReplyDelete
  4. salam.
    saya terangkan mengikut apa yang saya tahu okay

    tulisan itu rasanya bukan tulis jelas gedabak gitu
    ada pendapat mengatakan ianya perumpamaan kesesatan dajjal

    maksudnya
    hanya golongan yang beriman sahaja yang dapat mengesan kesesatan itu

    manakala yang tak beriman tak dapat kesan,lalu hanyut dengan tipu helah beliau

    bila beriman = baik budi pekerti semua.

    dan dajjal itu bawa kesesatan.

    dan bila tidak beriman = perangai pon teruk
    jadi
    tidak dapat detect
    faham tak?

    itu mengikut apa yang saya tahu
    jika salah
    betulkan

    btw
    kalau nak baca web2 ni
    saya cadangkan baca web yang amek sumber hadis sahih dan al quran









    problem kita sekarang kerana kita terlalu mudah percaya semua info

    tak semestinya semua info tu betul
    dan jangan taksub dalam mengkaji tentang isu ini
    pastikan sumbernya berlandaskan syariat

    itu pesanan untuk semua
    termasuk diri
    assalamualaikum

    ReplyDelete