2.1.10

Halal Tube - The Easiest and Fastest Way To Locate Islamic Lectures (Perkongsian Laman Web Bermanfaat)

Assalamualaikum.

Sebentar tadi ketika berpusing-pusing di internet,saya menjumpai sebuah laman web perkongsian video (seperti Youtube) yang menempatkan koleksi-koleksi video syarahan agama Islam dalam satu tempat.

Mungkin ada yang sudah tahu.Tetapi,tidak mengapa.Perkara baik elok dikongsikan bersama demi kemaslahatan manusia sejagat.

Seperti yang kita tahu,kita sebagai umat Islam susah hendak mencari sumber Islamik di internet.Silap langkah,kita akan memasuki laman web yang telah dikorupsikan maklumat di dalamnya.

Jadi,dengan adanya laman web seperti ini,adalah amat dialu-alukan.

Laman web yang saya maksudkan adalah Halal Tube .

Anda boleh lihat sendiri koleksi video di sana.

Dari kita melayari laman web seperti Youtube menonton video-video yang tidak mendatangkan sebarang manfaat,baik kita mula mendengar ceramah ilmu seperti ini.

Saya ini bukannya kolot,saya berkata begitu kerana saya dahulunya juga manusia yang ketagih hiburan.Tetapi,lama kelamaan saya sedar bahawa itu semua hanya sementara.

Setiap detik hidup yang kita bazirkan hanya merugikan diri kita sendiri sahaja.Kerana ajal maut itu kuasa Allah.Jadi,kita mesti sentiasa merubah dan mendekatkan diri ke arah kebaikan.

Itu sahaja untuk kali ini.Bagi pelajar di luar negara,gunalah kemudahan internet laju yang ada untuk menonton video-video ilmu ini.Jangan hanya berhibur sahaja.

Semoga kita semua dirahmati Allah SWT.

Link Halal Tube

Sekian.

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.


2 comments: