23.1.10

Jangan Berputus Asa.Berusahalah Sedaya Upaya.Cuba Yang Terbaik.Berdoa.Dan Serahkan Kepada Allah SWT.Insya-Allah Kejayaan Milik Kita.Sebuah Artikel Motivasi.

Assalamulaikum.

Sebelum anda membaca,elok diingatkan,artikel yang bakal ditulis ini tidak tertakluk hanya kepada skop tajuk di atas.Selamat membaca.

Saya baru sahaja menonton sebuah video di Youtube yang bertajuk Dr. Zakir Naik:How He Became From A Stammerer To A Great Islamic Preacher.

Jika anda masih tidak tahu,Zakir Naik ini adalah seorang pendakwah dari India.Beliau merupakan seorang yang berkelulusan ijazah dalam bidang perubatan.Video ini menerangkan apakah turning point dalam kehidupan beliau yang menyebabkan beliau terdorong untuk menjadi pendakwah.

Sebelum meneruskan lagi penulisan,eloklah saya membawa anda lari sedikit dari topik asal.

Dari video di atas ini,kita dapat lihat,Dr. Zakir Naik ini yang merupakan seorang doktor perubatan,telah menjadi pendakwah.Dan,beliau melakukan dakwah dengan bersungguh-sungguh.

Cuba kita bandingkan kisah beliau,dengan keadaan sekeliling kita.Bagaimana tahap kita di Malaysia?Pada pendapat peribadi saya,secara jujurnya,kita umat Islam di Malaysia majoritinya tidak menghargai agama Islam itu.Kita mengabaikan ajaran Islam itu.Kita berkompromi dalam beragama.

Kita di Malaysia (umat Islam) amat lalai sekali dalam beragama.Ya.Memang kita sembahyang.Tetapi,kita tidak mengaplikasikan konsep Islam itu sepenuhnya ke dalam kehidupan.

Okay.Sebut pasal mengaplikasikan Islam ke dalam kehidupan,jangan fikir jauh lagi.Cuba lihat sekeliling.Ambil contoh mudah.Kita masih lagi bersifat membazir ketika makan,bersikap pengotor,bersikap menangguhkan kerja,mengumpat orang,berhibur,pantang ditegur dan lain-lain sifat buruk.

Islam tidak mengajar semua ini.Belum lagi kita melihat perkara-perkara yang lebih jauh.Lagilah mengecewakan.Semua ini sebenarnya terjadi mungkin kerana kita kurang ilmu.

Yalah.Bagaimana hendak mendapatkan ilmu hidup jika makna ayat-ayat Al-Quran yang sepatutnya menjadi panduan hidup kita pun kita tidak pernah tahu?Tidakkah anda malu boleh membaca novel cinta dari kulit ke kulit,tetapi tidak pernah membaca tafsir Al-Quran dari kulit ke kulit?

Di sinilah punca kelemahan kita sebenarnya.Kita ibarat hidup beragama tanpa arah.Ya.Kita berpuasa dan bersolat sebagai misal.Tetapi,kita tidak pernah memahami mengapakah diwajibkan kita berpuasa dan bersolat itu.Nampak?Fikir-fikirkanlah.

Anda boleh menonton video ini jika anda mahu melihat bagaimana orang yang baru memeluk Islam (mualaf),betapa mereka menghargai Islam itu.

Okay.Kembali kepada tajuk.

Dr Zakir Naik ini dahulunya merupakan seorang yang gagap.Anda tahu.Gagap.Tentu pelik bukan,orang yang gagap boleh berceramah di hadapan orang ramai dengan lancar?

Sebenarnya begini.Beliau berkata,dalam hidup ini,apa juga yang kita lakukan,pastikanlah kita berniat melakukannya untuk Allah.Kerana jika kita melakukan suatu kebaikan dan berniat kerana Allah,pasti Allah akan membantu kita.Dan memberikan yang terbaik untuk kita.

Jika Allah menolong kamu mencapai kemenangan maka tidak ada sesiapa pun yang akan dapat mengalahkan kamu; dan jika Ia mengalahkan kamu, maka siapakah yang akan dapat menolong kamu sesudah Allah (menetapkan yang demikian)? Dan (ingatlah), kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman itu berserah diri. [3:160]

Lihat sahaja Dr Zakir ini.Beliau dahulunya gagap.Tetapi kerana kesungguhan beliau untuk berdakwah,akhirnya,dengan izin Allah,gagapnya pun hilang.Dan dakwahnya pula makin berkembang lancar.

Nampak?

Ini bukan bermaksud menyuruh kita tidak berusaha.Tidak sama sekali.Tetapi,apa yang boleh kita teladani di sini adalah dalam melakukan sesuatu,kita hendaklah melakukannya kerana Allah dan tidak pernah berputus asa.

Masih tidak nampak?

Begini.Saya bagi contoh yang dialami saya sendiri.

Saya sebenarnya merupakan pelajar yang sedang menuntut di luar negara dalam bidang kejuruteraan.Dan untuk pengetahuan anda belajar di perantauan ini amat-amat-amat-amatlah susah.Anda boleh baca di sini jika ingin tahu betapa susahnya belajar di sini.

Dan,oleh kerana belajar di sini susah,gagal dalam peperiksaan itu adalah perkara yang wajib saya lalui pada setiap semester.Ini bermakna,paling kurang,mesti ada satu paper yang saya dan rakan-rakan lain sangkut.

Tetapi,Alhamdulillah,setiap masalah pasti ada ubat dan jalan keluar.Kami boleh mengambil repeat paper.Dan hendak dijadikan cerita,untuk semester ini,saya mempunyai satu subjek yang amat susah untuk saya lepas.

Sudah berapa kali repeat,masih tidak lepas.Tetapi,saya ini jenis manusia tidak suka buat kerja tak settle.Jadi,selagi ada peluang,selagi itulah saya akan repeat.

Dan,untuk pengetahuan anda,sepanjang saya berusaha itu,saya berdoa kepada Allah SWT tanpa henti.Memanglah ada ketika seperti ingin putus asa.Tetapi,saya percaya bahawa Allah itu Maha Adil dan akan membantu hamba-Nya yang berusaha.

Jadi,baru-baru ini saya pun pergilah ke kampus untuk repeat.Dan ditakdirkan Allah saya luluslah kertas itu.Saya merasa sangat-sangat bersyukur kerana subjek itu amat-amat susah untuk saya lepas.

Ya,serious tak tipu.Kalau ikut kemampuan saya,memang sampai bila-bilalah saya tidak akan lepas subjek ini.Yalah.Sudah berkali-kali repeat.Logiknya pasti mustahil bukan untuk lulus?

Tetapi,itulah namanya kasih sayang Allah SWT.Berkat doa dan keyakinan saya terhadap bantuan Allah,saya akhirnya berjaya melepasi peperiksaan ini.Syukur.

Kita mesti ingat.Allah itu Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.Hampir semua orang mendapat rezeki masing-masing.Tetapi,berapa ramaikah orang yang mendapat berkat dalam kehidupan mereka?

Apa yang ingin disampaikan saya pada anda melalui kisah saya ini adalah,dalam hidup,jangan give up.Ini kerana Allah sentiasa ada bersama kita.Allah menciptakan kita.Dia melihat kita setiap waktu.Dia tahu apa yang kita fikir dan buat.Jika niat kita baik,pasti Allah akan melimpahkan rahmat-Nya kepada kita dan memenangkan kita.

Dan,dalam berusaha,dalam beribadat,kita hendaklah istiqamah.Yakni tekun,tekad,tabah dan tekal dalam melakukan sesuatu.Selepas kita berusaha itu,serahkanlah segala-galanya kepada Allah.Jika kita masih gagal,jangan terus mengamuk.Redhalah dengan keputusan itu.

Kerana,pasti itu bukan yang terbaik untuk kita.Tidak percaya?Cuba lihat kisah saya tadi.Saya sudah repeat paper ini lebih dari 3 kali tetapi masih gagal.Tetapi,selepas saya mencuba untuk kali yang ketiga,barulah saya lulus.Ada hikmah sebenarnya di sini yang saya nampak untuk diri saya.

Okay.Berbalik kepada Dr. Zakir Naik.Beliau berkata,semasa mula-mula hendak berdakwah,beliau terpaksa membahagi-bahagikan waktunya antara kerjaya perubatan dan dakwah.Tetapi,selepas itu beliau mula berdakwah sepenuh masa.

Dan,beliau juga ada membuka sebuah sekolah untuk anak-anak Islam.Semasa membuka sekolahnya,ada beberapa orang yang datang kepadanya dan berkata "Awak dah pergi international level.Why susah-susah buka sekolah?Ini bakal merendahkan reputasi awak."

Tetapi,beliau tidak mendengar nasihat orang itu.Kemudian,datang satu lagi peluang kepadanya,untuk membuka Peace Tv.Masih ada juga orang yang berasa skeptikal dengan usaha beliau ini.Tetapi,beliau tetap meneruskan usaha beliau dan berdoa supaya Allah memberi kejayaan kepadanya.

Akhirnya,kini Peace Tv mencapai kejayaan yang agak hebat.

Dari sini,apa yang boleh dipelajari adalah,jika kita mahu berjaya,jika kita mahu menjadi orang yang hebat,kita tidak boleh hidup berasaskan pandangan orang lain semata.Sebagai contoh,jika kita mahu mendapatkan keredhaan Allah,kita tidak boleh mengikut cara hidup orang lain.

Kerana,kita kini hidup dalam zaman di mana masyarakat kita dilanda kejahilan melampau.Jadi,jika kita inginkan keredhaan Allah,kita tidak bolehlah mengikut pandangan orang ramai.Kita kena membuat apa yang difikirkan betul.Tetapi,mestilah berlandaskan Al-Quran dan Hadis.

Dalam kata lain,perkara pertama yang harus dirujuk kita dalam hidup adalah apa yang disuruh oleh Allah dan Rasulullah SAW.Jika pendapat orang lain itu selari dengan Al-Quran dan Hadis,barulah kita terima.Jika tidak,buatlah apa yang kita tahu dan fikir betul.

Dan,jika ada peluang yang datang kepada kita,jangan sesekali ditolak.Cuba dahulu.Walaupun peluang anda untuk berjaya adalah tipis,tetapi cuba dahulu.Berdoalah kepada Allah.Samalah seperti kes Dr Zakir,cuba kalau dia mendengar nasihat orang itu,pasti Peace Tv tidak akan berjaya pada hari ini.

Dalam kata lain,orang yang berjaya adalah trend-setter dalam sesebuah kelompok masyarakat,bukannya seorang follower.

Begitu juga jika anda seorang pelajar,jangan sesekali hidup anda mendengar nasihat rakan-rakan secara berlebihan.Jika rakan anda tidak mahu pergi ke kelas,abaikan beliau.Anda jangan ikut beliau.Beliau hanya mengajak anda tidak pergi ke kelas,supaya ada orang menemani beliau.

Buatlah sesuatu perkara menggunakan akal anda.Jangan hidup menjadi Pak Turut.

Itu sahaja yang ingin ditulis saya pada hari ini.Agak bercelaru juga isinya.Tetapi,saya sekadar mahu menulis apa yang difikir saya ketika ini.Bimbang jika ditangguh,lama-lama lupa.

Dan terakhirnya,ingatlah bahawa hidup di dunia ini merupakan sebuah lebuhraya menuju Hari Akhirat.Setiap persimpangan dan perhentian yang kita ambil (lakukan) akan membawa kesan kepada perjalanan kita kelak.

Semoga apa yang hendak disampaikan difahami.Anda boleh menonton video Dr. Zakir Naik itu di Youtube untuk maklumat lanjut.

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment