5.1.10

Jika Anda Di Malaysia Merasa Hidup Anda Paling Malang Di Atas Muka Bumi Ini,Ingatlah.Ada Manusia Yang Lebih Malang Dari Anda.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Saya sering membaca blog-blog yang di mana rata-rata pemiliknya adalah golongan mahasiswa yang sedang menuntut di universiti tempatan.

Dan,mereka dengan bangga menunjukkan result gagal mereka dalam blog mereka.Mereka mengatakan kursus mereka susah dan sebagainya.

Rakan-rakan,sebelum anda mengeluh kursus anda yang paling susah di dunia ini,ingatlah,ada orang yang lebih susah dari anda.Malah,masa depan mereka terus gelap dan malang.

Mahukah anda mendengar kisah segelompok manusia malang yang tidak didengar di arus perdana negara ini?

Anda mahu tidak mahu,saya tetap mahu berkongsi.

Begini,terdapat beberapa pelajar yang dahulunya semasa bersekolah boleh dikategorikan sebagai pelajar cemerlang.Mereka ini datangnya dari sekolah yang berlainan di seluruh negara.

Kemudian,selepas menduduki peperiksaan SPM,mereka-mereka ini Alhamdulillah berjaya mendapat result yang boleh dikatakan agak cemerlang.Sekali lagi diulang,mereka ini bukanlah pelajar yang lemah.

Dan seperti biasa,adat pelajar yang mendapat keputusan cemerlang,di dalam minda mereka,pastinya ingin melanjutkan pelajaran ke luar negara atau paling kurang,mengikuti kursus-kursus pengajian profesional di IPT tempatan.

Yalah,orang urban kata "what did you guys nak expectla kan from budak mentah 18 tahun yang baru abis sekolah" .

Dan mereka-mereka ini pun dengan bangganya memohon scholarship dan dengan izin Allah,Alhamdulillah berjaya mendapat tempat melanjutkan pelajaran ke luar negara.

Pada mulanya,memang gembira.Namun,hari demi hari berlalu,masa depan mereka kian kabur.

Dan kini,mereka telah tercampak di satu sudut dunia.Mereka belajar dalam satu bahasa medium yang cukup pelik dan asing bagi mereka.

Ya,memanglah ada kursus persediaan belajar bahasa.Tetapi,anda fikirkanlah.Sedangkan belajar bahasa Inggeris selama 10 tahun pun,pelajar-pelajar di IPT tempatan masih tidak dapat menguasainya dengan baik,apa yang anda harapkan dari pelajar yang hanya mengambil kursus persediaan bahasa selama 1 tahun.

Itupun bahasa yang diajarkan semasa kursus persediaan adalah bahasa baku rasmi mereka yang hampir 70% rakyat mereka tidak menggunakan bahasa itu di dalam komunikasi seharian.Rakyat mereka kebanyakannya menggunakan bahasa slang rojak yang amat sukar difahami.

Ditambah pula dengan kewujudan bahasa sains mereka.Hurm...

Anda mungkin berkata "ALASAN BOLEH DICIPTA OLEH ORANG YANG TIDAK MAHU BERUSAHA DAN TIDAK RETI BERSYUKUR".

Tetapi,masalahnya kawan,sebelum membuat kesimpulan,bear in mind okay.Mereka ini bukannya tidak berusaha.Ada di antara mereka yang cuba berusaha,tetapi itulah.Mereka ini kewujudannya seperti tidak diendah.

Sudahlah di institut,sering diperli-perli oleh kakitangan institut.Anda bayangkan.Di Malaysia mereka ini bukanlah seorang yang bodoh,sampai-sampai di perantauan,mereka dicop orang bodoh dengan tahap intelligence kosong?

Orang putih berkata "Oh Mi God" .

Perasaan ini sangat-sangatlah tekanan.

Dan,jika mereka berjaya mendapat keputusan yang "cemerlang" di dalam peperiksaan sekalipun,tiada bezanya dengan mereka yang gagal.Ini sangat menimbulkan resah di dalam hati mereka (mereka semua masih memikirkan masa depan diri mereka) .

Jadi,buat pelajar-pelajar di Malaysia,berdasarkan kisah rakan-rakan kita di atas ini,saya menyeru anda,janganlah sia-siakan nikmat/peluang belajar di tanah air.

Janganlah asyik merungut pelajaran susah,ini kerana,at least anda faham apa yang anda belajarkan.Kalau anda fail,itu memang salah anda.

Tetapi,di ceruk dunia ini,mereka yang malang ini,berusaha atau tidak,nasib mereka tetap sama.Tetap bingung.

Bukan mereka ini orang yang lemah suka memberi alasan,tetapi...

Dan diingatkan juga,mereka bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak kerana menghantar mereka ke mari.Kerana ianya merupakan pilihan mereka sendiri juga yang menyertai program baru ini.Jadi,tiada sesiapa yang boleh dipersalahkan.

Kesimpulannya,perkara yg paling malang di dalam dunia ini adalah seseorang yang terpaksa belajar tanpa dapat merasai nikmat keseronokan menimba ilmu.

Mungkin anda tidak akan dapat merasai apa yang mereka rasa.Tetapi,sekurang-kurangnya,hargailah peluang yang anda miliki.

Dan doakanlah mereka-mereka yang malang ini beroleh kejayaan di hujung pengajian mereka.Ingat,bukan mereka tidak berusaha.Ingat tu.


Tetapi keadaan yang menyebabkan mereka menjadi lesu dan bingung terhadap apa yang diajarkan.

Menurut pemerhatian saya,mereka ini cuma mahukan satu perkara sahaja buat masa ini.Mereka hanya mahukan "nikmat untuk memahami ilmu yang diajarkan kepada mereka" kembali.

Sekian.

Assalamualaikum.

p/s:artikel ini mungkin tidak lama dipublishkan.


12 comments:

  1. ada kah pemegang2 pemikir2 bangsa ini tahu????
    aku bukan tikus makmal.....tp hakikatnya aku itu...

    ak tetap salahkan pemikir yg tak tahu berfikir ttg perjalanan hidup manusia....

    fitrah gagal xpernah di fahami!

    aku bukan tidak berusaha!ak benci suda kata2 kamu yang tidak merasa pahitku di sini...

    dan terus...
    aku masih disni....

    terpinga merasa...

    wahai tuan puan pengarah,menteri menteri bermain politikus.....
    datuk datuk di kerusi parlimen..
    kamu cemar jarum halus anak bangsa mu sendiri...

    kami pasti bangkit..melawanmu kembali!

    ReplyDelete
  2. Teruskan perjuanganmu anak anak bangsaku! rakan rakan ku! ayuh buktikan kita bukan sekadar tikus makmal biasa! Jangan kita mati lemah longlai seperti tikus2 di makmal. Ayuh terus bangkit. Meneruskan usaha!

    ReplyDelete
  3. Benar tidak enak menjadi orang buta dalam terang.

    Baru faham erti kata-Tak faham bahasa,kan.Inilah sebetulnya.

    Sudah pelbagai ceruk cuba dibolosi.
    Tapi segala tampak samar-samar.Masih.

    Bukan berkata biar ia berlalu pergi begitu sahaja.
    Masih perlu usaha sebanyak perlu.

    Tapi terkadang,
    Perlu ingat tentu jatuh bangun bukan kerja kita.
    Itu kerja Yang Maha Kuasa.
    Memang penat kalau kita cuba buat kerja Dia,kan.

    Doa,usaha dan tawakal.
    InsyaAllah dan mudah-mudahan Dia tunjuk apa itu kebenaran dan beri ilham untuk faham.

    Kita sama-sama,ya :)

    ReplyDelete
  4. terima kasih rakan-rakan.

    assalamualaikum.

    ReplyDelete
  5. semuga saudara ku di perantauan sentiasa bersabar dan yakin dgn pertolongan Allah terhadap org2 yg bersabar....

    ReplyDelete
  6. "perkara yg paling malang di dalam dunia ini adalah seseorang yang terpaksa belajar tanpa dapat merasai nikmat keseronokan menimba ilmu"


    100% agreed.

    ReplyDelete
  7. sy selalu menyesal sbb lepas spm x apply schlrship.kwn2 1 kelas mostly pg oversea.even yg dpt result lg rendah pn ramai pg oversea.tp sy x dpt sbb msa org sbuk apply sy jga moyang yg sakit d kpg.msuk matrik pn nsb baik sbb wajib apply msa kt skolah.jeles jgk tgk kwn2...hmm

    tp brbnding dgn org yg xde peluang utk blajar..dpt bljr d ipta pun Ok je kn..=)

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Tertarik dgn kata2 saudara

    Dan,jika mereka berjaya mendapat keputusan yang "cemerlang" di dalam peperiksaan sekalipun,tiada bezanya dengan mereka yang gagal.Ini sangat menimbulkan resah di dalam hati mereka (mereka semua masih memikirkan masa depan diri mereka) .

    Tetapi keadaan yang menyebabkan mereka menjadi lesu dan bingung terhadap apa yang diajarkan.

    Tlg perjelaskan maksud bingung itu en.pena maya. Adakah bingung itu disebabkan susah hendak memahami proses pembelajaran dlm bahasa lain atau hilangnya motivasi disebabkan selalu diperkecilkan oleh bangsa asing.

    Mudah-mudahan dengan sedikit ilmu di dada saudara dptlah saya dan sesiapa yg lain yg teringin menimba ilmu di negara orang mendapat sedikit hint utk menyiapkan diri dari segi mental ,emosi dan rohani. Biar bangsa kita tidak terus dipandang kerdil oleh mereka yg bongkak itu.

    Mudah-mudahan kita semua mendapat petunjuk, rahmat dan perlindungan dari-Nya selalu.

    ReplyDelete
  9. salam anon.
    sorry lambat balas.
    agak sibuk kebelakangan ni

    tak
    bingung tu banyak sebab
    1 sebab belajar tak faham
    2 sebab keadaan sekeliling

    tidak semua mereka pandang rendah pada kita
    tapi tidak semua mereka suka kita

    saya tidak boleh bagi jawapan tepat
    kerana anda tidak tahu situasi sebenar

    tapi
    apa yang saya hendak pesan kepada orang yang ingin pergi oversea ini ada beberapa perkara :

    1) jangan lupa Allah.dalam keadaan apa-apapun.walau bagaimana dugaan susah sekalipon melanda,jangan lupakan-Nya.sntiasa berdoa

    2) jangan lupa diri.haaaaa..ni banyak jadi pada orang kita.dah dapat duit scholar sume,then malas pergi kelas tak belajar.sebenarnya,saya nasihatkanla diri saya dan anda semua,walau apa juga yang berlaku kat oversea ni,belajar susah ke ape ke...janganlah anda berputus asa.yang penting sebanyak mana pon kita gagal,kita berusahalah.kerana gagal dalam berusaha itu lebih mulia dari lulus disebabkan nasib.jangan takde usaha langsung.ini semua amanah.Allah tengok je kita buat ape ..ni sume akan dihitung..ingatlah.

    kesimpulan :

    jika mahu belajar oversea,kena berdikari kuat tabah tekun tekad dan istiqamah serta bermohon pada Allah.. jangan sesekali bila nak buat sesuatu tindakan,kita tunggu orang lain dulu.sebab selalu terjadi bila kita tunggu orang lain,keputusannya orang lain yang meninggalkan kita.

    yang penting kena berdikari..

    dan kesimpulan bagi yang berada di Malaysia : hargailah malaysia,jangan nak berpolitik membantai orang lain tak habis2,jangan nak itu jangan nak ini..jangan tak bersyukur..

    kerana ingatlah ramai lagi orang lain belajar susah..tak cam kita kat malaysia..

    bukan apa,kalau korang dah tahu ape erti hidup,boleh la nak berpolitik ke ape..ini kalau baju pon mak yang basuhkan lagi.tak payah nak cakap gebang okayh.

    tu je
    yang penting jangan lupa Allah.
    Assalamualaikum.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete