21.1.10

Mati - Adakah Anda Sudah Bersedia Menghadapinya?Sesungguhnya Mati Itu Boleh Berlaku Bila-Bila Masa Dan Di Mana Juga Anda Berada.

Assalamualaikum.

Dua berita kematian telah disampaikan kepada saya dalam tempoh 24 jam.Berita-berita ini begitu menyentap hati saya.Tersentap saya mendengarnya.

Sentapan ini membawa saya berfikir satu persoalan.Bersediakah kita untuk menghadapi kematian?

Cuba anda bayangkan.Mati ini bila-bila masa sahaja boleh berlaku.Mungkin selepas saya habis menulis artikel ini saya mati.

Mati itu boleh berlaku bagaimana?Ia berlaku apabila nyawa kita dicabut dari jasad kita.Ya,mark my words.Dicabut.Bukan diambil.Apabila kita sebut perkataan cabut,cuba fikirkan,adakah anda cabut sesuatu dengan penuh lemah lembut?Sudah semestinya sangat kuat.

Dan,saya pernah membaca suatu artikel (betulkan saya jika saya silap).Di dalam artikel itu,ditulis,orang yang beriman,nyawanya bakal dicabut oleh Malaikat Izrail dengan penuh lembut.Orang yang beriman ini maksudnya,orang yang menjaga solatnya dan amal ibadatnya elok belaka.

Tetapi,jika orang itu tidak beriman,nyawanya akan ditarik dengan begitu kuat,disentap,sehingga begitu terseksa orang itu ketika itu.Ini adalah kerana,rohnya terlalu sayangkan dunia.Selama ini semasa hidupnya beliau terlalu menyayangi dunia.Dan tidak beramal ibadat.Jadi,sudah semestinya rohnya tidak mahu meninggalkan jasadnya bukan?

Orang beriman itu nyawa mereka dicabut secara lembut kerana mereka sentiasa berusaha dan bersedia untuk menghadapi kematian.Mereka sentiasa mengingati mati.Itulah kenapa roh mereka senang dicabut.Anda nampak bukan konsep ini?

Itu baru sahaja proses pertama sudah seksa sebegitu.Belum lagi sampai step-step seterusnya.Astaghfirullahalazim.

Dan apabila mati itu,jenazah kita akan dimasukkan ke dalam kubur.Kubur itu gelap.Apabila jenazah kita siap dikuburkan,di bawah tanah,semua orang pun beredar.Semua saudara-mara kita beredar meninggalkan kita.Dan anak-anak kita juga tiada lagi di samping kita untuk membantu.Harta kita apatah lagi bukan.Facebook?Jangan disebutlah Akaun Facebook kita.Itu sudah tidak termasuk senarai langsung dalam topik ini.

Kemudian,dalam kubur itu,selepas semua orang beredar,akan datang Malaikat Munkar dan Nankir.Tentang ini,anda boleh cari sendiri di internet [link].Apa yang ingin saya sentuh ini adalah mengenai di dalam kubur itu.

Jika tidak silap saya,jika seseorang itu beriman semasa hidupnya,kuburnya akan luas,wangi dan bersih.Layanan di dalam kubur jika baik.Tetapi,jika seseorang itu berpaling tadah dari perintah Allah semasa hidupnya,maka kuburnya akan sempit,busuk,akan ada ular dan binatang berbisa,dan layanan di dalam kubur juga amatlah teruk.

Cuba anda bayangkan.Itu baru di kubur.Belum lagi di Neraka.

Dan,jika kita beriman,tempoh kita berada di alam kubur,amat sekejap dirasakan.Tetapi,jika kita tidak beriman,amat panjang waktu itu dirasakan.Anda bayangkan sekarang.Tidakkah ini menggusarkan anda?

Saya mengaku.Saya bimbang.

Okay.Tentang bagaimana keadaan neraka anda boleh baca di sini.[link].

Apa yang saya ingin sentuh di sini adalah,cuba anda renung kehidupan anda sehari-hari.Adakah anda layak mendapat perkara-perkara baik selepas kematian jika melihat pada cara hidup anda sekarang?

Kita kena ingat.Seluruh alam ini adalah milik Allah SWT.Ini bermakna dari permulaan masa sehinggalah ke akhir nanti,segala-galanya adalah milik Allah SWT.

Jika di dunia,kita tidak pernah mengingati Allah,kita mengkompromikan agama dan perintah Allah,bagaimanakah anda expect Allah akan bantu kita?

Memanglah apabila kita meninggal,akan ada Al-Fatihah dibacakan kepada kita.Tetapi,adakah cukup bacaan Al-Fatihah oleh orang lain untuk kita itu untuk mengampuni dosa-dosa kita sepanjang hayat?

Itupun entah ya entah tidak mereka baca.Entah-entah sekadar mengucapkan "al-fatihah kepada arwah" sebagai tanda takziah sahaja.

Cuba anda bayangkan.

Adakah cara hidup anda sekarang cukup untuk membantu anda?

Adakah anda rasa anda sanggup untuk pergi ke neraka?

Cuba anda fikirkan.

Di sini,saya sebutkan kehidupan seharian kita di zaman moden ini untuk anda renungkan.

"Bangun pagi,kita terus panic kerana bangun lewat hendak pergi ke kerja/kelas.Kemudian di dalam hati mencarut-carut jalan jam.Kemudian nampak jiran yang annoying dalam hati kita mengumpat.Kemudian pergi kerja,muka masam.Tak ikhlas buat kerja.Mencarut-carut dalam hati.Kemudian,masa kerja layan Facebook.Borak-borak kosong sikit.Kemudian,tengahari,makan di kantin borak-borak kosong mengumpat orang kereta buruk,mengutuk parti politik.Kemudian balik kerja,bermalas-malasan kerana hari sudah petang.Amanah diabaikan.Kemudian balik,sembahyang Asarnya tidak didahulukan,sebaliknya,mengejar rancangan drama kegemaran di TV.Kemudian,Maghrib baru mandi.Nak dekat pukul 8 baru sembahyang.Kemudian malam tengok reality show.Kemudian malam tidur.Entah baca doa entah tak tidur."

Ini contoh ringkas.Anda tambah-tambahlah.


Tetapi,dari pengamatan anda terhadap kisah di atas,cuba lihat,di manakah waktu kita membaca dan memahami Al-Quran?Di manakah waktu kita beristighfar kepada Allah?Di manakah waktu kita menyucikan hati dari perasaan dengki?Di manakah ketika dan saat di mana kita berprasangka baik?Di manakah waktu di mana kita bersyukur kepada Allah kerana menghidupkan kita kembali setelah mati (tidur)?Dan lain-lain.

Cuba bayangkan,anda mengumpat orang politik atau jiran anda.Anda fikir-fikir bagaimanakah anda hendak meminta maaf kepada mereka ini?Sedangkan kita tahu mengumpat itu berdosa.Jika orang yang diumpat tidak memaafkan kita,tentu buruk bukan balasan nanti?Di sini,kita dapat lihat,betapa penting kita untuk memaafkan kesalahan orang lain.Kerana di dalam Islam,memaafkan kesalahan orang itu amat dituntut.

Itulah dia.

Saya tidak mahu mengulas lanjut lagi.Tetapi,cuba anda fikir sejauh mana tahap anda pada hari ini.Renungkan dan marilah berubah.Kerana sesungguhnya maut itu boleh datang pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.Hatta anda menyorok dalam gua pun,maut tetap boleh mendatangi anda.

"Sesungguhnya,setiap anak Adam itu melakukan dosa.Tetapi,manusia yang paling baik adalah yang sentiasa bertaubat dan mengingati mati".

Berdoalah semoga Allah memberi kita keredhaan dan syurga-Nya.

Amin.

Sesungguhnya juga,batu-batu nisan di kubur anda nanti,sedikitpun tidak dapat membantu anda di dalam kubur.Itu hanya hiasan di atas sahaja.Tidak dapat membantu anda yang berada di bawah pun.Harap anda fikir-fikirkanlah.

Semoga mendapat manfaat dari penulisan saya.Saya menulis kerana menasihati diri juga.

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. Mengingati mati ialah dengan membanyakkan persediaan amal baik, mengurangi keutamaan hidup yang melampaui batas. Menjadikan menusia zuhud terhadap dunia dan menerima apa adanya tanpa meninggalkan usaha. Menjauhkan sifat2 tercela yang akan memberatinya sebagai beban.

    ReplyDelete
  2. alhmdulillah buat mase skrg sy tggl di tempat yg sering gempa bumi n selalu predict tsunami membuatkan sy sntiase mengingati mati....bersyukur sgt...bila kita duduk kt tmpt yg aman,kita akan rasakan selamat...sbenarnye itu hanyalah tipu daya semate....kematian itu mmg ade di mana2.....

    ReplyDelete