1.1.10

Peringatan Untuk Semua (Sesuatu Yang Perlu Difikirkan Bersama)

Assalamualaikum.

Hidup kita ini singkat sahaja.Di dalam surah Al-Takaathur Allah SWT berfirman :

"Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh).Sehingga kamu masuk kubur.Jangan sekali-kali (bersikap demikian)!Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! 

Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui - (apa yang kamu akan hadapi) - dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).(Ingatlah) demi sesungguhnya! 

Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.Selepas itu - demi sesungguhnya! - kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!"

Kita di dunia ini singkat sahaja hidup.Hidup di dunia jika dibandingkan dengan akhirat jauh bezanya.Nikmat dunia ini hanya sedikit berbanding akhirat.

Memang kita tidak disuruh mundur dalam kehidupan,tetapi janganlah kerana mengejar kejayaan,kita lupa akan Allah.


Kita sering menangguh-nangguhkan solat,padahal tahukah kita apakah hukum orang yang melewat-lewatkan solat?

"Kemudian mereka digantikan oleh keturunan-keturunan yang mencuaikan sembahyang serta menurut hawa nafsu dengan melakukan maksiat maka mereka akan menghadapi azab dalam neraka." (Surah Maryam : Ayat 59)

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda :

"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Kemudian,kita tahu hidup kita singkat.Jadi,janganlah membuang masa kita saudara-saudari dengan berhibur sahaja.

Baru sahaja kita menyambut tahun baru 1431 Hijrah baru-baru ini dan hari ini 2010 Masihi.Apa yang kita dapat?

Janganlah kita terus menerus membuang masa kita dengan berhibur lagi.


Di akhirat nanti,setiap perbuatan kita akan dihitung oleh Allah.Cuba kita berlaku jujur pada diri kita,apa yang telah kita buat sehingga saat kita hidup waktu ini?Apakah yang telah kita lakukan sebagai umat Islam?

Ingat,nanti setiap perbuatan kita akan dihitung.Samada kita melewatkan sembahyang,kita mencuri makanan,kita menonton video
porno,kita melihat aurat wanita,kita menengking ibu bapa,kita membuang sampah merata-rata dan sebagainya.Semuanya akan ditanya.


Dan setiap bahagian badan kita akan menjadi saksi perbuatan kita.

Astaghfirullahalazim.Semoga kita dilindungi Allah dari neraka dan kemurkaan-Nya.

Bayangkan,jika orang yang melewat-lewatkan sembahyang pun mendapat kemurkaan Allah,cuba bayangkan jika kita langsung tidak sembahyang?

Marilah berubah saudara.


Dan,sedikit teguran untuk saudari-saudari seagama.

Kita sedia maklum kaum wanita mudah mendapat dosa.Dan hari ini banyak remaja-remaja perempuan menangkap gambar mereka dan meletakkannya di internet.


Dan gambar itu diambil dengan mereka membuat pelbagai aksi yang boleh dikategorikan "membuat muka comel" .Dan pelbagai lelaki melihatnya.

Ya,memanglah mereka menutup aurat.Tetapi,di manakah hilangnya sifat malu kita?Bukankah kita sepatutnya menjaga peribadi kita.Jika di luar kita berperangai elok,tetapi tup-tup di dalam internet kita meletakkan 1000 gambar muka comel kita.

Tidakkah ibarat kita berkata "nah,tontonlah wajah aku".Selain boleh mendatangkan sifat riak di atas kecomelan wajah,saya rasa tidak elok jika remaja perempuan bersifat demikian.

Wanita sepatutnya menjaga maruah mereka.

Ini bukan bermaksud lelaki tidak perlu menjaga malu.Lelaki juga sama.Tetapi,kita hari ini,berada dalam dunia teknologi yang tiada batasan.Hiburan melampau membuatkan kita lupa batas-batas ini.

Tiadanya batasan dalam teknologi itu membuatkan kita selalu terlajak.Sehinggakan kita tidak terfikir perkara-perkara sebegini.Kita berusaha berpakaian lawa-lawa dan menggayakan diri,kemudian menangkap gambar,meletakkan di dalam profile Facebook.

Kemudian datang lelaki/perempuan,berkata "wah lawanya!".Kemudian kita pun berasa bangga.Tidakkah itu mendatangkan riak?

Saya hanya meluahkan pendapat.Jika salah,tegurlah saya.


Kita hidup banyak melakukan kesalahan.Mari sama-sama berubah.Kerana neraka itu terlalu seksa untuk kita.Lebih baik kita menjaga akhlak dan iman kita pada hari ini,dari terseksa kemudian hari.

Dan ketahuilah bahawa satu hari di neraka itu (jika tidak silap saya) bersamaan dengan 50000 tahun dunia (betulkan saya jika silap) .

Dan seksaan di neraka itu amat berat.Anda boleh baca di sini untuk mengetahui serba-sedikit tentang neraka jika masih tidak tahu .

Marilah berubah.Gunakanlah internet yang ada untuk mendapatkan ilmu.Bukan untuk terus berada dalam kejahilan dan dosa.Setiap nafas yang kita hembuskan itu hanya mendekatkan diri kita dengan kematian.

Peluang kita semakin singkat untuk bertaubat dengan setiap nafas dihembus itu.Sesungguhnya setiap manusia melakukan kesilapan dan manusia yang paling baik adalah yang sentiasa bertaubat.


Saya bukan menyuruh anda berfikir negatif,tetapi mengajak anda berfikir apakah yang anda telah lakukan setakat hidup anda sehingga hari ini.

Semoga Allah memberi petunjuk-Nya kepada kita semua dan mematikan kita dalam keadaan yang beriman nanti.

Insya-Allah.Janganlah kita membuang masa lagi.Ingat,setiap perbuatan akan dihitung.

Tegurlah saya jika saya salah.Semoga mendapat kebaikan dari penulisan saya.

Anda boleh menonton video ini jika mahu menonton ceramah yang bagus yang ada kaitan dengan penulisan saya ini.

Assalamualaikum.


1 comment:

  1. sama2 lah kita berdoa agar dilindungi dari fitnah dajal

    ReplyDelete