24.1.10

Sedikit Tazkirah Di Pagi Hari (Petikan Ayat-Ayat Al-Quran Dan Hadis Sahih)

Assalamualaikum.

Baru sebentar tadi saya menonton sebuah video yang bertajuk Inspiring Quotes From The Qur'an And Sunnah atau dalam Bahasa Melayunya bermaksud Petikan-Petikan Dari Al-Quran dan As-Sunnah.

Videonya ringkas sahaja.Anda boleh menontonnya di sini.

Walaubagaimanapun,saya akan berkongsi dengan anda quote-quote itu di dalam artikel ini.Dan akan saya ulas beberapa quote itu.

Sengaja saya letakkan quote-quote itu di dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu supaya jika berlaku sebarang kesalahan dalam penterjemahan,anda boleh memperbetulkan saya.

Dan,di setiap ulasan-ulasan itu,saya ada sertakan link untuk artikel-artikel berkaitan petikan-petikan ayat tersebut.Anda boleh klik di atas ulasan itu untuk pergi ke link-link itu.

Selamat Membaca.Semoga Mendapat Ilmu Yang Membawa Kejayaan Di Dunia Akhirat.

Kita mulakan dengan petikan maksud beberapa ayat-ayat Al-Quran dahulu.

And seek help in patience and prayer [2:45]
Dan mohonlah (kepada Allah) dengan bersabar dan mengerjakan sembahyang [2:45]
Ulasan : Kita umat Islam janganlah mudah berputus asa.Sebaliknya,bermohonlah kepada Allah apabila ditimpa kesusahan.

And speak good to people [2:83]
Dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik [2:83]
Ulasan : Janganlah kita suka mencarut.Mencarut itu hanya membentuk jiwa yang keruh.

And fulfil the Covenant of Allaah when you have covenanted [16:91]
Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah apabila kamu berjanji [16:91]
Ulasan : Kita sebagai umat Islam mestilah mematuhi janji yang telah dilakukan kita.

Verily! Allaah commands that you should render back the trusts to those to whom they are due [4:58]
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya)[4:58]
Ulasan : Sesungguhnya amanah itu adalah sesuatu yang berat.Janganlah memandang ringan terhadapnya.

Eat and drink, but waste not by extravagance [7:31]
Makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau [7:31]
Ulasan : Janganlah mengamalkan pembaziran dalam kehidupan.Itu amalan Syaitan.

And whosoever fears Allaah and keeps his duty to Him,He will make a way for him to get out (from every difficulty) [65:2]
Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya) [65:2]
Ulasan : Jika kita beriman kepada Allah sepenuhnya,Allah akan mempermudahkan segala urusan kita di dunia dan akhirat.

And whosoever puts his trust in Allaah, then He will suffice him [65:3]
Dan sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). [65:3]
Ulasan : Hanya kepada Allah sahajalah tempat kita bermohon.Kerana Allah sahajalah yang memberikan sesuatu itu kepada kita.

He who obeys the Messenger has indeed obeyed Allaah [4:80]
Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah taat kepada Allah [4:80]
Ulasan : Kita umat Islam perlu mengikuti ajaran Rasulullah SAW.

And walk not on the earth with conceit and arrogance [17:37]
Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong [17:37]
Ulasan : Janganlah kita hidup berlagak meninggi diri.

And turn not your face away from men with pride [31:18]
Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia [31:18]
Ulasan : Kita ini manusia janganlah suka memandang hina orang lain.Kita diciptakan sama sahaja oleh Allah SWT.

And be moderate (or show no arrogance) in your walking, and lower your voice [31:19]
Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata) [31:19]
Ulasan : Islam mengajar kita untuk hidup bersederhana dalam setiap perbuatan.

And give not a thing in order to have more (or consider not your deeds of obedience to Allaah as a favour to Allaah) [74:6]
Dan janganlah engkau memberi (sesuatu, dengan tujuan hendak) mendapat lebih banyak daripadanya. [74:6]
Ulasan : Ikhlas itu adalah penting dalam setiap perbuatan.Jangan asyik memikirkan balasan.

Di atas ini tadi merupakan quote-quote dari Al-Quran.Di bawah ini pula beberapa keratan Hadis Sahih yang boleh anda renungkan.

Pay attention to Allaah and He will pay attention to you.
Ingatlah Allah dan nescaya Allah akan mengingatimu.
Ulasan : Jika kita di dunia ini tidak pernah datang menghadap Allah (Solat),adakah kita expect untuk Allah mengampuni dosa-dosa kita?

If you feel no shame, then do as you wish.
Jika kau tiada merasa malu,lakukanlah apa sahaja yang engkau inginkan.
Ulasan : Malu itu merupakan sifat terpuji.Tanpa malu,kita ini ibarat hidup tiada pegangan agama.

Make sure your food is good (halaal and bought with halaal earnings), and you will be one whose prayers are answered.
Makanlah dari makanan yang halal dari sumber yang halal,nescaya doa-doamu akan dimakbulkan.
Ulasan : Carilah rezeki yang halal di dunia kerana makanan halal itu memelihara hati dan membentuk peribadi mulia.

Fear Allaah wherever you may be.
Takutilah Allah di mana sahaja engkau berada.
Ulasan : Allah itu adalah Tuhan yang menguasai Hari Pembalasan.Ingatlah,setiap perbuatan kita diketahui oleh-Nya.

Mix with people with a good attitude.
Bergaullah dengan orang yang berperibadi mulia dan elok.
Ulasan : Adakah anda mengharapkan seorang pelumba haram untuk mengajak anda ke arah kebaikan?Fikirkanlah.

Keep away from prohibited things and you will be the best of worshippers.
Jauhilah dari perkara terlarang,nescaya kau akan menjadi sebaik-baik hamba-Nya.
Ulasan : Kawallah nafsu anda.Lindungi diri dari melakukan perkara dimurkai Allah.

Be content with what Allaah has given you, and you will be the richest of people.
Bersyukurlah dengan pemberian Allah terhadapmu,dan kau akan menjadi orang yang kaya.
Ulasan : Bersyukur itu adalah penting bagi kita.Jika kita tidak bersyukur,ada Sejuta Ringgit pun nescaya masih tidak mencukupi.

Love for other people what you love for yourself.
Sayangilah orang lain sebagaimana kau menyayangi diri kau.
Ulasan : Janganlah bersikap mementingkan diri.

Do not laugh too much, for excessive laughter deadens the heart.
Janganlah ketawa berlebihan,kerana ia menggelapkan hati.
Ulasan : Orang ketawa banyak ini gelap hati.Agak ironi juga apabila pada hari ini banyak sitkom di televisyen.No wonder.

Do not become angry, and Paradise will be yours.
Bersabarlah.Syurga pasti menjadi milikmu.
Ulasan : Bersabar itu sifat mulia.Ini kerana kemarahan itu bermula dengan kepanasan,dan berakhir dengan penyesalan.

The most beloved of deeds to Allaah is the one that is continuous, even if it is little.
Amalan yang paling disukai oleh Allah adalah,yang sedikit,tetapi berterusan.
Ulasan : Yang penting di dalam ibadat atau apa sahaja yang kita lakukan bukannya kuantiti,tetapi kualiti serta istiqamah dalam melakukannya.

The most beloved of places to Allaah are the mosques.
Tempat paling disukai Allah adalah masjid-masjid.
Ulasan : Berapa kalikah kita pergi ke masjid dalam sehari?

Control your tongue.
Kawal lidah (percakapan) anda.
Ulasan : Sesungguhnya kerana lidah,badan binasa.

If you feel uncomfortable about something, then leave it alone.
Jika kau berasa tidak selesa dengan sesuatu,tinggalkanlah ia sendirian.
Ulasan : Jangan melakukan sesuatu yang dipenuhi syak wasangka.

Make things easy for people, not difficult.
Permudahkanlah sesuatu itu untuk orang ramai.
Ulasan : Sesuatu yang senang,jangan disusah-susahkan.Tetapi,hari ini terlalu banyak birokrasi mengelilingi kita.Ironi bukan?

Itu sahaja petikan-petikan hadis yang dapat saya salin dan terjemahkan.

Semoga anda semua mendapat manfaat.

Tujuan saya menterjemah ini,agar kita semua mendapat manfaat dan merenung tahap iman diri kita.Saya juga berharap,selepas ini,kita akan lebih selalu membuka al-Quran dan membaca tafsirnya.Kerana di situ,terdapat panduan lengkap kehidupan bagi sesiapa yang ingin berjaya di dunia dan juga di akhirat.

Dan sebelum mengakhiri penulisan,sekali diingatkan,pada setiap ulasan di atas,saya ada sertakan link artikel-artikel bermanfaat yang anda boleh baca dengan mengklik di atas ulasan itu.

Semoga apa yang ingin disampaikan difahami.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


4 comments:

  1. saya sukan entri nie.. betul 2.. dalam hidup nie kite harus sentiasa menjaga adab, percakap dan tingkah laku kite supaya hidup kite sentiasa diberkati Allah dan disukai semua orang, insyaAllah.. :D

    ReplyDelete
  2. alangkah bagusnya kalau media di negara kita ni (terutamanya TV) menyiarkan petikan2 ayat dari Al-Quran dan As-Sunnah setiap hari supaya ianya sebati dan diamalkan dalam kehidupan kita..tapi malangnya media sudah pun dikuasai oleh mereka2 yang mementingkan hiburan..

    ReplyDelete
  3. ana mntak copy petikan ayat di atas.. jazakallah khair.. :)

    ReplyDelete