11.1.10

Siri Kedua (2) : Coca-Cola Muslim (Terjemahan Teks Syarahan Dalam Bahasa Melayu)

Assalamualaikum.

Alhamdulillah saya mempunyai waktu agak lapang petang ini.Jika mengikut kata nafsu,memang saya ini tiada masa untuk membuat perkara baik seperti menulis blog ini kerana terlalu banyak perkara boleh saya lakukan jika menurut nafsu semata.

Jika saya hidup berpaksikan nafsu semata,saya akan sibuk dan tiada masa.Saya akan sibuk bermain Facebook,selepas itu saya akan bermain permainan komputer pula,dan jangan dilupa,malam ini ada apa?Malam ini kita ada Anugerah Juara Lagu.Ya!Itu dia,hidup berhiburlah kita 24 jam.Ariba-ariba.

Bangun pagi berhibur,tutup mata berhibur,dalam tidur berhibur,waktu tengahari berhibur.Memang tiada guna kita mempunyai ilmu jika kita masih mengekalkan cara hidup berhibur 24 jam sebegitu.

Bukannya berhibur itu salah.Tetapi,mesti ada batasnya.Apakah batasnya?Islam sudah mengajarkan kita bukan?Menonton televisyen tidaklah salah,tetapi jika di dalam televisyen itu memaparkan aurat-aurat wanita yang menggoda nafsu,bagaimanakah hukumnya?Kita tidak boleh berkompromi dalam soal halal haram.

Itulah.Apabila kejahilan melampau telah melanda diri,pasti susah hendak memahami.Carilah ilmu.Saya ini dahulunya juga tidak banyak ilmu.Tetapi saya cuba mencari ilmu itu.

Dan ya saya ini pun banyak kesilapan.Tetapi,kita sama-samalah renung diri.Selagi boleh,kawallah nafsu.

Baiklah.Hari ini saya akan menyambung usaha saya dalam menerjemahkan teks syarahan The Coca-Cola Muslim Generation oleh Abdul Raheem Green.Anda boleh menonton video syarahan di sini jika masih tidak menontonnya.

Ini merupakan sambungan terjemahan bagi teks syarahan ini.Jadi,bagi anda yang masih tidak membaca teks syarahan dari awal,sila baca artikel terdahulu bagi membolehkan anda mendapatkan pemahaman yang jelas mengenai syarahan ini.

Akhir kata,sebelum anda membaca,berdoalah semoga ilmu yang kita bakal terima dapat digunakan ketika perlu.Supaya ilmu itu tidak membazir begitu sahaja.

Selamat membaca dari saya.

*sambungan syarahan bermula*

Islam mengajar kita cara yang ternyata berbeza untuk menjadi gembira.Ianya adalah seperti yang telah kita sebutkan sebentar tadi,melalui melakukan perbuatan yang diredhai Allah (ibadat) sahaja dapat menghasilkan di dalam jiwa manusia itu,satu perasaan kebahagiaan dan ketenangan.

Dan jika seseorang itu telah mengecapi perasaan ketenangan dan kebahagiaan ini (nikmat iman),dia akan dapat menghadapi sebarang cabaran dan dugaan yang paling berat di dalam hidupnya.Seseorang yang beribadat kepada Allah itu akan beriman.Dan seseorang yang beriman itu,dia boleh hidup di dalam apa-apa jua keadaan kehidupan.

Walaupun tiadanya kehadiran perkara yang kita panggil keperluan asas kehidupan di dalam hidup mereka,walaupun dalam kemiskinan,kita akan dapat melihat mereka yang mendapat nikmat iman ini - hidup mereka sentiasa tenang dan bersyukur.

Malah,mereka yang mengikut perintah Allah ini merasai kebahagiaan ini hanya kerana satu perkara.Mereka mengamalkan ajaran Islam itu sepenuhnya.Mereka menyembah Allah sepenuh hati.Mereka menyerahkan jiwa mereka hanya kepada Allah.

Dan di sini kita boleh nampak satu perkara.Cara hidup Islam ini sebenarnya secara langsung merupakan ancaman,pesaing dan bahaya yang besar kepada budaya materialisitik falsafah hidup Coca-Cola ini.Mengapa?

Ini kerana realitinya,terdapat satu fakta yang memualkan tentang budaya Coca-Cola ini.Perkara yang memualkan itu adalah untuk terus wujud di atas muka bumi ini,budaya Coca-Cola perlu bergantung dan berharap pada perasaan kosong,muram serta miserable yang melanda diri manusia.Faham tak?

Budaya hidup Coca-Cola ini memerlukan orang ramai untuk menjadi tidak gembira dan murung,kerana orang yang murung akan membeli,dan orang yang murung memerlukan sesuatu untuk mengisi kekosongan jiwa mereka dengan fesyen,muzik,fantasi berlebihan dari Hollywood,dadah,alkohol dan sukan yang berlebihan!

Mereka ini (orang berjiwa kosong),perlu untuk mengisi kekosongan jiwa mereka dengan segala benda-benda hiburan ini yang akan memberikan mereka "saat" di mana mereka merasai kegembiraan yang bersifat amat-amat sementara.

Jadi,orang-orang berjiwa kosong adalah orang yang suka berbelanja.Itu realitinya.Bukannya orang yang hatinya tenang dan dalamannya berasa bahagia yang suka berbelanja.Tidak!Orang-orang yang bahagia dalamannya (beriman) bukanlah pembeli yang baik.

Mereka tidak peduli jika mereka ada ini atau itu.Jika mereka ada barang itu,mereka gembira,jika tiada,tidak mengapa.Mereka tetap gembira.Ianya tetap sama bagi mereka.Inilah tahap di mana seseorang umat Islam (muslim) itu perlu untuk berada.Jika kita mempunyai harta,Alhamdulillah.Jika tiada harta,kita tetap bersyukur kepada Allah dan gembira.

Jadi,bagaimanakah anda boleh memujuk orang yang sebegini (orang Islam yang beriman) untuk membeli dan terus membeli?Ini bukanlah orang yang dapat membeli produk anda,membeli majalah lucah anda,membeli majalah kereta anda,mendengar muzik anda,pergi menonton filem-filem anda.

Mereka ini bukanlah pembeli yang baik!Jadi,realitinya,orang-orang ini (orang Islam yang beriman) secara ideologinya,malah mungkin secara ekonominya adalah ancaman,kerana seluruh budaya Coca-Cola dan masyarakat Barat ini bergantung kewujudannya atas keserabutan hidup seseorang.

Cara hidup yang diajarkan Islam ini dapat memberikan seseorang kebahagiaan luaran dan dalaman tanpa perlu mereka berbelanja material.Jadi,jika anda ada cara mudah dan percuma (Islam) untuk mengubat jiwa anda,anda tentu tidak perlu meminum Coca-Cola untuk gembira bukan?Anda tentu tidak perlu pergi ke wayang dan menonton Steven Seagal beraksi pahlawan membunuh beribu orang Islam bukan?

Betul tidak apa yang saya cakap?Anda tentu tidak perlu mendengar lagu muzik atau menari sepanjang malam semata untuk mengisi jiwa anda jika anda sudah punyai cara hidup yang lebih baik (Islam) bukan?Anda tentu juga tidak perlu membeli Gucci,Armani,Pierre Cardin dan lain-lain lagi,bukan?

Kerana anda tahu,itu semua tidak penting untuk anda.Anda tidak kisah semua itu.Jadi,mereka ini (orang Islam yang beriman) bukanlah pelanggan yang baik,malah Islam itu menjadi satu ancaman ideologi yang bertentangan dengan budaya Coca-Cola.

Saya pasti ramai dari intelektual/elit Barat telah menyedari (orang biasa seperti kita masih ramai tidak menyedarinya) hakikat ini.Dan sudah tentunya gergasi-gergasi perusahaan multinasional antarabangsa juga menyedari hakikat ini.Mereka nampak ancaman ini.Dan sebab inilah ajaran Islam itu sendiri adalah ancaman kepada mereka.

Ancaman di sini bukanlah ancaman kepada orang ramai yang hidup di dunia ini,bukan langsung.Malah,ianya adalah bertentangan.Kita tahu bahawa ianya adalah tabii manusia untuk mencapai keamanan dan kebahagiaan jiwa dalam hidupnya.Jadi,bukanlah ancaman kepada orang ramai.

Sebaliknya,ianya merupakan ancaman kepada mereka-mereka yang mempunyai kepentingan dalam industri ini.Mereka-mereka yang melabur.Bukan itu sahaja,tetapi juga kerana Islam adalah agama/cara hidup yang tidak berdasarkan material.

Malah,secara politikal dan ketenteraan juga kita dapat menyaksikan di mana begitu susah untuk berurusan dengan Islam.Apa yang boleh anda buat dengan orang yang tidak kisah samada mereka hidup atau mati,malah mereka lebih rela mati jika mati itu diredhai Allah SWT.

Dan mereka gembira untuk melakukannya,apa yang anda hendak buat dengan orang seperti ini?Apa yang anda hendak buat dengan orang yang anda tidak boleh rasuah mereka (kerana harta itu bukanlah perkara yang mereka bimbangkan).Anda tidak boleh mengancam untuk melakukan gencatan ekonomi dan sebagainya terhadap mereka kerana mereka ini tidak mementingkan kebendaan harta kekayaan.

Dan anda akan dapat lihat walaupun mereka ini kurang lengkap dari segi persenjataan tentera,mereka tidak punya senjata terkini,tetapi mereka merupakan ancaman besar dari segi politikal dan military.Dan ideologi Islam ini juga,adalah mentaliti yang berkembang.

Ideologi Islam itu memberi keberanian kepada orang ramai untuk bangun dan menentang sistem politik dan penguasaan ideologi oleh Barat.Ianya membuatkan orang berani (orang Islam yang beriman) untuk bangun mempertahankan hak mereka,tanpa perlu risau tentang akibatnya terhadap kehidupan kebendaan mereka,kerana apa yang penting kepada orang-orang ini bukannya kepuasan nafsu mereka,sebaliknya mereka mementingkan keredhaan Allah SWT dalam setiap perbuatan mereka.

Sekarang,saya ingin membawa anda kembali kepada sejarah sebentar.Dan sekarang ini kita berada di bahagian syarahan yang ditujukan pengisiannya kepada orang Islam.Begini.Jika kita melihat kembali sejarah,kita akan menjumpai sesuatu yang amat menarik.

Kita akan dapat menjumpai sesuatu yang amat menarik (amatlah malang kerana umat Islam tidak mengkaji dan tidak belajar dari sejarah).Tetapi,perkara yang menarik yang ingin saya sentuh di sini adalah tentang penyebaran agama Kristian.

*Sebelum diteruskan,elok dimaklumkan,saudara Abdul Raheem Green (penceramah kita) ini dahulunya merupakan penganut agama Kristian.Tetapi,beliau memeluk Islam setelah mendapati kesesatan agama Kristian itu.Anda boleh baca info tentang ini di sini.*

*Syarahan diteruskan*

Kristian bermula di suatu kawasan yang kini adalah negara Palestin/Israel.Tetapi pada masa itu,ianya diperintah oleh kerajaan Rom.Terdapatnya seorang lelaki,yang kita umat Islam percaya yang dia merupakan seorang Pesuruh Allah (Rasul) dan seorang lelaki dan dia bukannya Tuhan dan bukan juga Anak Tuhan.Nabi Isa itu seorang lelaki.

Nabi Isa Ibn Mariam ini merupakan Pesuruh Allah dari kalangan orang Yahudi.Dia datang untuk memanggil semula orang Yahudi ke arah jalan kebenaran kembali,yang mana mereka ini patut menyembah hanya satu Tuhan iaitu Allah SWT dan mematuhi perintah Allah.

Itu merupakan kisah Nabi Isa.Dan kini,pada hari ini,kita mempunyai satu agama yang dikenali sebagai Kristian,yang mengikut banyak sarjana Barat dan sudah semestinya diterangkan di dalam Al-Quran,yang mana Kristian (agama yang ada hari ini),tidak mempunyai sebarang persamaan dalam sebarang cara,bentuk dan kaedah ibadat yang diajarkan Nabi Isa AS.

Kristian pada hari ini adalah agama yang totally berbeza dengan ajaran asal Nabi Isa AS.Kristian pada hari ini tidak mengajar kita untuk menyembah Tuhan dan melakukan perintah-Nya,sebaliknya ia mengajar yang orang Kristian patut menyembah Jesus (Nabi Isa AS) dan mereka patut percaya yang Jesus itu Tuhan dan salvation akan datang dengan mempercayai Jesus mati di palang kerana disalib untuk dosa kita.

Saya tidak berniat untuk membincangkan tentang ini dengan lebih lanjut kerana ia akan membawa kita kepada satu persoalan yang lebih luas lagi,tetapi bagi sesiapa yang memikirkan ini secara mendalam,akan menjumpai sesuatu yang menarik di sini.

Anda akan tahu dalam tahun 325 sebuah Kerajaan Roman Pagan yang bergelar Constantine mengadakan satu sidang di dalam bandar yang dinamakan Nicaea.Ianya adalah sidang terkenal di Nicaea yang mengambil tempat 325 tahun selepas zaman Nabi Isa.

Dalam persidangan ini,diseliakan oleh seorang pemerintah pagan Roman,bishop-bishop dan beberapa orang ahli agama telah dipaksa untuk menerima dan bersetuju untuk membuat satu keputusan yang dapat menyatukan seluruh dunia Kristian.Mereka dipaksa untuk membuat keputusan tentang satu scripture yang boleh dijadikan medium penyatuan orang Kristian.

Persoalannya,kenapa seorang pemerintah pagan Roman,lebih kurang 2000 tahun dahulu perlu berbuat demikian.Kenapa?Ini kerana,Kristian adalah objek yang amat-amat-amat berkuasa dalam Empayar Roman pada ketika itu.Constantine menyedari hakikat bahawa selagi orang-orang Kristian berpecah-belah sesama sendiri,kuasa kerajaannya bakal menjadi lemah.

Jadi,perancangannya pada ketika ini adalah untuk menyatukan orang Kristian pada satu doktrin.Apa yang berlaku pada persidangan pada persidangan Nicaea itu adalah orang Kristian dipaksa buat pertama kali untuk percaya pada doktrin keagamaan tertentu.Dan inilah yang kita kenal pada hari ini dengan konsep trinity,yang mana konsep ini menerangkan Jesus itu Tuhan dan dia merupakan Anak Tuhan,dan melalui persidangan ini juga banyak perkara baru diperkenalkan dalam agama Kristian ini.

Dan 4 gereja canonical dipilih.Tetapi apa sebenarnya yang berlaku?Rom menjadi pusat agama Kristian,malah ianya dikenali sebagai Holly Roman Empire.Tetapi apakah sebenarnya yang mengambil tempat di sini?Inilah perkara yang menarik.

Adakah benar Kristian mengkristiankan Rom atau Empayar Rom itu sendiri mengromanisasikan agama Kristian.Dalam kata lain,adakah Kristian yang menguasai Rom atau Rom yang menguasai Kristian?Jika anda lihat,anda boleh nampak bahawa kerajaan Romlah yang menguasai Kristian.

Malah,saya teringat ketika saya kecil (masih beragama Kristian) dan saya dibawa ke sekolah Katolik,saya telah belajar sejarah Roman dan Greek.Saya teringat memikirkan sesuatu semasa mempelajarinya.

Ini (sejarah Roman dan Greek) banyak persamaan dengan apa yang saya percaya dalam Katolik!Roman mempunyai trinity.Sertanilias,Sol Inviticus dan Mithra.Mithra itu anak Tuhan,dan dia merupakan Tuhan dan dia merupakan Kambing Tuhan yang mengambil dosa seluruh dunia.Dan ironinya,dia lahir pada 25 Disember.Dan dengan mempercayai ketuhanan Mithra,dosa anda akan diampunkan!

Dan mythology Roman ini juga mempunyai beberapa persamaan lain dengan Kristian.Roman mempunyai beberapa wakil Tuhan yang berlainan bagi setiap masalah anda.Sama seperti Katolik.Jika hilang sesuatu,anda berdoa kepada St Anthony,jika anda mengembara kepada orang ini,dan lain-lain!

Saya merasakan ini adalah sangat hampir dan keduanya mempunyai persamaan mendalam.Agama saya ini (Katolik sebelum memeluk Islam) mengajar saya sesuatu yang sama dengan Rom.Malah tiada bezanya!Konsep ketuhanannya sama,ideanya sama.Jadi,boleh dikatakan agama Kristian sekarang mewarisi ajaran Pagan Roman.

Menarik bukan?Susah untuk membezakan kedua-duanya.Terlalu banyak persamaan.Jadi adakah anda dapat menyimpulkan sesuatu di sini?

*Saya tidak dapat menghabiskan lagi proses terjemahan teks syarahan Coca-Cola Muslim Generation lagi buat masa ini kerana kesuntukan masa.Jadi Insya-Allah akan disambungkan dalam artikel seterusnya.*

Teruskan membaca dan mencari ilmu.Semoga mendapat apa yang saya terjemahkan di atas.

Semoga ilmu yang ada diamalkan dan janganlah menjadi umat Islam yang taklid buta dan penuh emosi.Jadilah umat Islam yang mengikut ajaran Islam sebenar yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

Jika anda berminat untuk menyalin (copy) artikel ini,saya benarkan.Tetapi,saya minta jasa baik dan budi pekerti anda untuk menyertakan link ke Pena Maya.

Bukannya saya hendak mendapat nama atau pingat,bukan.Tetapi,supaya apabila orang membaca artikel ini nanti,orang akan pergi ke blog saya dan membaca artikel saya yang lain.Jadi,tidaklah penulisan saya yang lain itu membazir begitu sahaja tiada gunanya.

Sekurang-kurangnya,ilmu yang ada pada penulisan saya yang lain itu dapat dimanfaatkan oleh mereka yang lain.Terima kasih untuk itu saya dahulukan.


Semoga Allah merahmati usaha kita.Amin.

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.


1 comment:

  1. best2....aku impikan sesuatu yg lebih berharga dalam idup.dan menjalani kehidupan..cuma tercari2 sampai sekarang..
    biarlah jom..kita sama2 terus meneroka =)-edy

    ReplyDelete