11.1.10

Siri Kedua (3) : Coca-Cola Muslim (Terjemahan Teks Syarahan Dalam Bahasa Melayu)

Assalamualaikum.

Jika diikutkan,memang tiada masa.Tetapi,saya tidak mahu menangguh-nangguhkan kerja.Jadi,saya akan cuba menghabiskan terjemahan syarahan Coca-Cola Muslim Generation oleh Abdul Raheem Green ini dalam artikel ini juga.

Jika anda baru hendak membaca artikel ini,anda diminta untuk membaca post-post yang terdahulu mengikut urutan seperti di bawah :

Siri Pertama : Coca-Cola Muslim (Are You One Of Them?) 
Siri Kedua (1) : Coca-Cola Muslim (Terjemahan Dalam Bahasa Melayu)
Siri Kedua (2) : Coca-Cola Muslim (Terjemahan Dalam Bahasa Melayu)
Siri Kedua (3) : Coca-Cola Muslim (Terjemahan Dalam Bahasa Melayu)

Jika anda berminat untuk menyalin (
copy) artikel ini,saya benarkan.Tetapi,saya minta jasa baik dan budi pekerti anda untuk menyertakan link ke Pena Maya.

Bukannya saya hendak mendapat nama atau pingat,bukan.Tetapi,supaya apabila orang membaca artikel ini nanti,orang akan pergi ke blog saya dan membaca artikel saya yang lain.Jadi,tidaklah penulisan saya yang lain itu membazir begitu sahaja tiada gunanya.

Sekurang-kurangnya,ilmu yang ada pada penulisan saya yang lain itu dapat dimanfaatkan oleh mereka yang lain.Terima kasih untuk itu saya dahulukan.


Selamat Membaca.

*syarahan disambung*


Dan ini membawa saya kepada Generasi Coca-Cola Muslim.Tentu anda tahu.Mash Allah!

Anda lihat.Walaupun kejadian 9/11 itu adalah sangat teruk tetapi banyak orang kini bertukar arah memeluk agama Islam.Benar!Terdapat jumlah yang besar di Amerika Syarikat orang yang memeluk agama Islam setelah tragedi 9/11.

Mengapa?Kerana disebabkan 9/11,ia membuka hati mereka untuk menyelidik Islam,dan membaca Al-Quran dan melihat apa yang diajarkan oleh Islam itu.Dan mereka akhirnya menyedari "Ini bukan yang mereka beritahu kita.Ini bukan agama keganasan."

Orang ramai mula menyedari bahawa ini (Islam) adalah kebenaran.Ini merupakan agama dari Allah.Jadi,mereka pun memeluk Islam.Tetapi,bila saya berundur ke belakang dari situasi ini,dan menganalisa dan saya lihat apa yang sedang berlaku,dan saya melihat statement-statement orang Islam,pemimpin Islam dan sarjana Islam.

Dan saya juga melihat dari posisi dan attitude dan pemikiran pemimpin-pempimpin negara-negara Islam ini,dan satu buah fikiran datang kepada saya : adakah kita sedang melihat orang Barat sedang menuju ke arah Islam,atau kita sedang melihat pembaratan Islam?Adakah orang ramai sedang memeluk Islam?Atau Islam yang sedang dibaratkan?

Adakah sememangnya berlaku pertumbuhan dalam kalangan kita umat Islam?Atau "Islam" yang berkembang itu adalah "Islam Coca-Cola Muslim".Dalam kata lain: Mereka memang Islam.Mereka luarannya mengamalkan Islam.Mereka mengatakan mereka mempercayai Al-Quran.Mereka mungkin sembahyang 5 kali sehari.Mereka berpuasa Ramadhan.Mereka membayar zakat.

Tetapi,dan ini adalah TETAPInya: bila anda mula menganalisa mentaliti mereka,pemikiran mereka,kepercayaan mereka,motivasi mereka.Anda akan nampak apa yang sedang mengambil tempat adalah suatu campuran: mereka ambil setengah dari barat,dan mereka ambil setengah dari Islam.

Adakah mereka betul-betul pada masa ini terdorong untuk mencari keredhaan Allah?Yang mana bermaksud untuk melakukan hanya perkara-perkara yang diredhai Allah SWT?Ataukah mereka sekarang cuba untuk berkompromi?Mencari sesuatu untuk dikompromikan?

Bagaimana kita mahu mengaku kita ini umat Islam dan dalam masa yang sama terus menerus "melanggan" dan "membeli".Bagaimana kita sekarang ini masih lagi mengejar harta dunia?

Dan ini saya percaya - saudara-saudari - adalah penyakit yang paling tepat yang sedang melanda umat Islam masa kini.Dan ianya adalah penyakit yang amat-amat menggembirakan penyebar propaganda untuk menyebarkannya dan menanamkannya di dalam minda umat Islam.

Dan itulah sebab mengapa mereka membahagikan kita pada hari ini kepada dua kumpulan.Satu kumpulan kita punyai golongan Islam sederhana dan di sebelah lagi satu kita ada Islam fundamental.

Anda lihat,kita (mereka orang Barat) tidak punyai masalah dengan Islam sederhana,mereka ini OK,kerana Islam sederhana (moderate) itu adalah golongan Coca-Cola Muslim.Coca-Cola Muslim ini,mereka katakan "kami Islam,kami sembahyang,tetapi kami gembira menerima konsep demokrasi.Kami gembira menerima konsep penyatuan semua agama.Kami gembira mengatakan poligami itu ketinggalan zaman.Kami sukarela untuk menjayakan semua idea ini dan kami kini hendak mengliberalisasikan wanita pula.

Oh ya.Liberisasi wanita.Tetapi tidak mengapa.Itu topik yang lain.Kami gembira mengambil faedah dan membuat pinjaman bank dan mendapatkan insurans dan menikmati muzik dan filem-filem dan apa lagi.Ya.Anda tahu.Coca-Cola Muslim.

Dan baki yang lain pula dilabelkan sebagai : Fundamentalist.Apakah yang dimaksudkan sebagai Fundamentalist ini.Jika kita teliti dan periksa betul-betul,orang-orang yang digelar Fundamentalist ini - adalah tanpa sebarang keraguan pasti ada di antara mereka yang bersifat ekstremist.

Memang ada orang yang melakukan sesuatu di luar batasan yang dibolehkan Islam.Memang ada orang yang melakukan tindakan atas nama Islam,tetapi sebenarnya bukan dari Islam.Saya tidak akan menjustifikasikan apakah itu semua (kerana saya yakin anda tahu),tetapi terma fundamentalist kepada kumpulan ini,apakah bangkangan yang sebenarnya kepada mereka ini?

Jika anda teliti sekali lagi betul-betul,apakah masalah dengan Fundamentalist ini?Apakah yang golongan ini fikirkan?Golongan ini menyatakan : Islam itu cara hidup yang menyeluruh.Kita perlu menjadi orang Islam yang sebenar.Kita kena sertakan Islam dalam setiap perlakuan seharian kita,kehidupan peribadi kita,politik dan ekonomi kita.

Menjadi Islam itu bukan hanya setakat sembahyang lima kali sehari.Bukannya setakat mengiktiraf kebenaran Al-Quran itu.Tetapi sebaliknya adalah,memastikan setiap perbuatan kita dari segala segi diredhai Allah.Termasuklah apa yang kita fikirkan.

Dan itu termasuklah undang-undang dan peraturan untuk kehidupan seharian kita : undang-undang jenayah,antarabangsa dan semua jenis undang-undang yang lain.Semua ini terkandung di dalam Islam.

Al-Quran itu mengajar semua perkara ini kerana Islam itu cara hidup menyeluruh.Dan inilah kumpulan yang "mereka" gelarkan sebagai berbahaya.Kumpulan Fundamentalist Islam.Kerana realitinya,Coca-Cola Muslim telah dimiliki (ditawan) oleh mereka.

Mereka (Coca-Cola Muslim) hanya membawa sedikit sahaja Islam ke Barat berbanding dengan Barat membaratkan mereka,dan sekarang anda akan saksikan pelbagai jenis Islam yang baru yang dibaratkan sedang keluar dan telah muncul.

Dan ini anda akan dapati terlalu banyak merebak di seluruh dunia,sampaikan orang yang mengaku mereka adalah Fundamental Islam juga ,anda akan dapati mereka terpengaruh secara kritikal idea-idea dari Barat ini tentang Islam.

Malah,saya berani cakap,untuk berlaku jujur,jika anda tanya saya,pasti akan ada sedikit cebisan Coca-Cola Muslim dalam diri saya ini juga.Betul.Saya serius.Kita kena berlaku jujur dalam merenung kesilapan diri kita.

Sebelum memberi ucapan ini,saya berfikir,adakah ini adil?Semua ini bakal terkena batang hidung saya sendiri juga nanti.Saya mengkritik orang,mungkin saya juga tersilap.Saya akui ada perkara yang saya sukakan dalam dunia hiburan.Malah banyak juga sebenarnya.

Dan itu mungkin bermaksud tidak bagus,tetapi bukanlah perkara yang anda dilarang melakukannya.Perkara-perkara ini adalah seperti mungkin perkara yang tidak haram tetapi boleh jadi melalaikan.

Tetapi,Alhamdulillah,dalam Islam - ianya satu agama yang indah,ianya agama yang seimbang antara dunia akhirat.Anda dibenarkan melakukan perkara-perkara ini (asalkan tidak melanggar syariat Islam dan melekakan ibadat).

Anda kena faham maksud di sini.Anda boleh nikmati perkara-perkara yang menyeronokkan.Anda boleh beli kereta yang lawa,anda boleh pakai kasut berjenama,anda boleh minum air jus,anda boleh pakai jeans berjenama.Ya.Semua itu.Ianya tidak dilarang.

Tetapi!Isi penting di sini adalah bukanlah bermaksud perkara-perkara itu yang menjadi sumber kebahagiaan kita di dalam hidup.Dalam ayat lain : Jika ada,Alhamdulillah.Jika tiada,tidak mengapa,Alhamdulillah juga dan saya bersyukur.

Anda dapat tidak idea itu?Itulah yang sepatutnya kita jadi pada hari ini.Tidak mengutamakan dunia melebih-lebih.

Tetapi sayang,seribu kali sayang.

Itu bukanlah keadaan kebanyakan dari kita pada hari ini.Sebaliknya,kebanyakan dari kita adalah seperti ini.Kalau tiada kereta lawa,kita tidak puas hati,tiada rumah milik kita sendiri,kita tidak puas hati,tiada gaji bagus,tidak tenang hidup,tidak ada baju lawa,kepala sakit.

Dan pelbagai lagi situasi yang anda boleh fikirkan.Dan inilah yang menunjukkan sebenarnya kita telah dijajah dari segi ideologinya!

Dan,melalui keadaan ini kembalilah kita kena cari kembali diri kita.Dan inilah sebenarnya yang Rasulullah SAW telah memberikan kita amaran.

Baginda berkata semasa akhir zaman umat Islam itu akan menjadi selemah-lemah bukan kerana kuantiti mereka (kita ramai,tetapi lemah seperti buih di lautan) dan Allah akan tarik dari hati musuh kamu perasaan takut kepada kamu dan dimasukkan dalam hati kamu whan (sifat cintakan dunia melampau dan takutkan kematian).

*mulai dari perenggan ini saya mula menambah contoh saya di beberapa ayat*

Melalui sabda di atas,kita sendiri dapat kaitkan dengan keadaan kita pada hari ini.Kita sememangnya lemah.Kita ramai.Ya.Ramai tetapi lemah.Hati kita lemah.Akal kita lemah.Tiada ilmu.Kosong.Jiwa lemah.Mudah dipengaruh.Cintakan dunia.

Takut meninggalkan nafsu.Rela berdosa dari meninggalkan nafsu.Bukti? (Baru sahaja tadi ada berlangsung Anugerah Juara Lagu.Adakah melihat aurat wanita itu halal?)

Dan itu situasi pertama.Kemudian,biasanya ada seseorang masuk dalam suatu komuniti dan memberikan ceramah (seperti ini) yang membakar jiwa dan bersemangat.Kita pun berkorbar-kobarlah.Teruja.Tetapi,tiga bulan selepas itu biasanya?Apa yang akan tinggal?Tiada apa-apapun.Kita kembali dengan cara hidup lama kita.

Itulah yang berlaku pada diri kita pada hari ini.Sama seperti orang di Barat.Itulah yang mereka ada.Mereka (penjalan agenda) menguasai kita melalui emosi.Anda tahu,sikit-sikit dijalankan demonstrasi,perang Iraq,demonstrasi,pencemaran alam sekitar,konsert demonstrasi.

Anda tahu perkara-perkara itu semua.Kemudian,selepas sahaja dua tiga minggu,kita semua lupa.Lihat di Bosnia.Dulu heboh menangis semua,tetapi lihat apa yang jadi pada kita sekarang?

Kita cepat sangat lupa dan leka dengan hiburan nafsu dunia.Mudah dikawal dan dipermainkan secara emosi.Tiada ilmu.Kita bertindak segala-galanya mengikut emosi.Dan malangnya,reaksi emosi yang dihasilkan adalah ganas.Tetapi ini bukan cara Islam.

Umat Islam itu tidak sepatutnya menjadi emosi!Islam itu sepatutnya dibimbing oleh buku Allah (Al-Quran) dan Hadis dan Sunnah Rasulullah SAW.Emosi tiada tempat di situ.

Bila kita emosi,syaitan mudah menguasai diri.Kita hanya perlu mencari keredhaan Allah.Dan sememangnya akan ada dugaan dan ujian.Tetapi,kita kena bersabar,itulah yang Allah mahukan kita lakukan.Kita kena bersabar.Jangan emosi.Emosi tidak akan membawa kita ke mana-mana.

Sabar.Gunakan akal,ilmu dan pengetahuan dari Al-Quran dan Hadis serta Sunnah dalam menjalani kehidupan.

Tetapi bagaimana hendak tahu ilmu itu jika tafsir pun kita tidak faham?Anda fikir-fikirkanlah.Jika perlu untuk kita pertahankan,barulah kita pertahankan.Tetapi ianya mesti mengikut ajaran yang dibenarkan Allah.Bukan hentam kromo sahaja.

Tetapi realitinya,kita bukanlah yang seperti itu.Kita hari ini adalah umat yang sangat mudah dipengaruhi emosi (Sebagai contoh lihat pembakaran gereja baru-baru ini).Cuba kita fikirkan,Allah telah menjanjikan perlindungan dan kemenangan kepada orang Islam yang beriman.

Jika musuh Islam merancang mahu menyesatkan umat Islam dengan penggunaan nama Allah,kita hendaklah percaya dan yakin bahawa Allah akan melindungi kita.Lihat saja peristiwa 9/11.Mereka hendak memburukkan umat Islam.Tetapi lihat apa yang jadi?Ramai orang yang masuk Islam.

Kenapa kita fikir kita yang bakal kalah?Jangan bertindak mengikut emosi.Ingat.Allah SWT itulah sebaik-baik perancang dan Allah telah berjanji bahawa Islam akan menang.

Gunakanlah akal dan berpandukan syariat Islam dalam bertindak.Ingat!

Kesimpulannya,renungkanlah kedudukan diri kita semua dari siri Coca-Cola Muslim ini.

Sesungguhnya yang baik itu dari Allah dan buruk itu dari saya.

Jika ada salah silap,sila betulkan.Ingat,jangan emosi.Itu penting.Kemarahan itu bermula dengan kegilaan dan akan berakhir dengan penyesalan.Itu pasti.Nabi Muhammad SAW menyuruh kita umatnya bersabar.Sabar itu separuh dari iman.Diam adalah cara melawan orang jahil.

Semoga mendapat kebaikan dari siri ini.

Dan yang terakhir sebelum kita mengakhiri Siri Coca-Cola Muslim Generation ini,ada soalan untuk anda.

"Adakah selepas membaca ini semua anda masih ingin mengekalkan cara hidup Coca-Cola Muslim anda?"

Ingatlah bahawa Allah tahu setiap perbuatan kita.Dunia ini hanya sementara.Berubahlah sementara diberi petunjuk hidayah.Jangan menangguhkan taubat.Bimbang tidak sempat.

Sekian.Harap apa yang cuba disampaikan difahami.

Assalamualaikum Dan Selamat Membaiki Diri Dan Iman.


3 comments:

  1. i don't know that if i have said it all ready but it was great to find your blog much resource full and some good points also hope you carry on your work like this and keep the tings rolling. thanks

    Learn Quran online, Read tajweed Quran online, learning Quran online Koran

    ReplyDelete
  2. hye
    and assalamualaikum (guess you're a muslim)
    thanks for the visit
    by the way
    are you really the owner of the website linked by you up here?

    nice..

    i hope u gt the message that im trying to tell..

    assalamualaikum
    may Allah bless us.

    ReplyDelete
  3. Salam...well done on the translation..semoga Allah membalas usaha yang baik ini..
    Memang menakutkan bila baca artikel pasal Coca-Cola Muslim ni..
    Itulah kehidupan yg kita tengah hidup sekarang...
    What goes around comes around..Islam pasti akan bangkit semula..sempena bulan Ramadhan ni, kita doakan semoga seluruh umat Islam di dunia ni kembali kepada ajaran Islam yang sebenar..insyaAllah...amin..

    ReplyDelete