2.1.10

Solat Adalah Penentu Keimanan.Perlakuan Meninggalkan Solat Secara Sengaja Oleh Seseorang Yang Berakal Waras Boleh Menyebabkan Pelakunya Gugur Keimanan

Assalamualaikum.

Dalam hidup anda,dalam komuniti anda,di sekeliling anda,tentu ramai orang yang mengaku dirinya Islam.Namanya Islam.Beliau menyambut Hari Raya (yes of course.why not?) dan membeli baju raya setiap tahun.

Namun,anda musykil apabila mendapati beliau tidak langsung mendirikan solat dalam sehari-hari itu.Malah,perbuatan beliau seperti tiada apa-apa yang kesalahan yang dilakukannya.

Ketika anda memandang muka beliau dengan bermonolog "Kau tak sembahyang ke?",dia seolah-olah membalas memandang anda dengan satu pandangan selamba "Chill la".

Masalahnya di sini,chill itu tidak boleh membawa ke mana-mana.

Rasulullah SAW pernah bersabda yang berbunyi

"The difference between us and them (Kuffar/Non-Muslims) is that of salaah so whoever abandons salaah certainly commits kufr" yang di dalam bahasa pasar Melayunya jika diterjemahkan adalah "Barangsiapa yang tidak menunaikan solat itu,beliau keluar dari agama (kafir) kerana solat membezakan seorang muslim dengan yang bukan muslim

Bukanlah saya menulis ini,saya bermaksud saya ini sempurna.Tidak langsung.Tetapi,alang-alang saya sudah mempunyai blog ini,apa salahnya saya menulis untuk mengingatkan diri dan saudara-saudari pembaca sekalian juga.

Berbalik kepada topik,ramai sebenarnya kawan saya yang seperti ini.Hendak dikatakan kurang agama,tidak rasanya.Malah,mereka semuanya bijak-bijak belaka.Lulusan Sekolah Berasrama Penuh dan sebagainya.

Tetapi,masih tidak menunaikan solat.


Mengapa kita masih tidak sembahyang padahal sembahyang itu merupakan tiang agama?Kita ini hamba Allah.Kita tahu bahawa Allah yang menciptakan sekalian alam ini,dan Allah melihat segala perbuatan kita,tetapi kenapakah masih tidak mahu bersolat?

Cuba ingat kembali,siapa yang apabila disuruh sujud kepada Nabi Adam,tetapi beliau enggan yang akhirnya membawa kepada kemurkaan Allah?


Jawapannya adalah Iblis Laknatullah.

Mahukah anda mengikut jejak langkah Iblis yang dimurkai Allah?Jika tidak,mengapakah anda masih main-main dalam menjaga sembahyang anda?Ini kerana,jika anda tidak bersolat,anda sama sahajalah dengan Iblis yang melanggar larangan Allah dan mengingkari perintah-Nya.


Kenapa perlu mengikut jejak langkah Iblis sedangkan Iblis sudah bersumpah hendak menyesatkan umat manusia sehingga hari kiamat nanti.Iblis hanya mahu kita mengikutnya ke Neraka.Tidak membawa kebaikan langsung untuk diri kita.

Anda mahukah Neraka menjadi destinasi terakhir anda?Pastinya tidak.Kerana sedangkan orang yang menangguh-nangguhkan solatpun mendapat seksaan Neraka,bagaimana pula orang yang langsung tidak bersolat?

Sudah pasti lebih parah.


"Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Dan saya pernah mendengar bahawa setiap orang Islam pasti akan memasuki syurga,tetapi beza lambat cepatnya adalah bergantung kepada amalannya.Jika banyak dosa,dia perlu ke Neraka dahulu (Saya tidak pasti tentang perkara ini kerana jika tidak silap saya ini diberitahu kepada saya semasa saya sekolah dahulu.Jika salah sila betulkan saya) .

Tetapi,saya ingin kita bertanya kepada diri kita sendiri,mahukah kita pergi ke Neraka dahulu?Orang putih berkata "Why take a chance?" atau dalam bahasa Melayunya "Kenapa perlu bermain risiko?" sedangkan kita masih ada peluang untuk memperbaiki amalan kita.

Ubahlah diri kita sekarang.Sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan.Kerana sembahyang itu adalah perkara pertama yang akan disoal kepada kita di dalam kubur nanti.

Jika sembahyang kita teruk,segala amalan kita yang lain tidak akan dipandang pun.

Saya ini menulis untuk menasihati diri ini juga sebenarnya.

Dan saya pernah mendengar ceramah.Dan di dalam ceramah itu penceramah menceritakan suatu cerita yang berbunyi seperti di bawah ini.

"Seorang lelaki hilang barang.Dan seorang imam bertanya kepadanya apakah barang yang hilang.Dan kemudian dia berkata "Tak tahulah".Kemudian imam menyuruh dia solat sunat dua rakaat.Dia pun bersolatlah dua rakaat.Baru sahaja mengangkat takbir,zupp.Serta-merta dia mengingati lokasi di mana dan apakah barang yang dia hilang.

Dia pun berjumpa dengan imam.Lantas imam berkata, "Haa..saya dah agak.Syaitan pasti tidak memberi peluang kepada kita hendak bersolat kerana solat itu banyak faedahnya.Syaitan tidak mahu kita mengingati Allah." Lantas pemuda itu insaf
" .

Anda faham cerita di atas?Cerita di atas bermaksud,syaitan akan berusaha melengah-lengahkan kita dari bersembahyang,melupakan kita dari bersembahyang,dan sebagainya.

Syaitan akan berusaha membuatkan kita tidur lewat supaya pada esok harinya kita tidak bangun subuh.

Solat itu juga sebenarnya dapat melindungi kita dari melakukan dosa.Kerana manusia ini sememangnya lemah dan terdorong melakukan dosa.Dengan bersolat lima kali sehari,kita akan menyucikan jiwa kita.

Jika seseorang itu bersolat,tetapi masih tidak dapat merubah jiwanya,cuba lihat kembali solatnya.Pasti solatnya tidak lengkap,solatnya tidak khusyuk atau semasa bersolat dia menggaru-garukan badan.

Logikkah anda ketika menghadap Sultan sesebuah negeri misalnya anda menggaru-garu badan anda,anda mengingati benda lain dan anda tidak khusyuk mendengar apa yang beliau sampaikan?

Saya boleh bet anda tidak akan berbuat demikian.Tetapi,kenapakah apabila anda menghadap Allah (bersolat),masa itu juga anda hendak memikirkan tentang kerja,anda gatal badan dan segalanya?

Kenapa masa itu baru ingat pasal kawan lama dan sebagainya?Sedarlah bahawa itu semua bisikan Syaitan untuk melalaikan kita.Janganlah terpengaruh.Kuatkan fokus.Kita sedang menghadap Allah,Pencipta Sekalian Alam.Janganlah biadab ketika menghadapnya.

Solat dapat merubah diri seseorang ke arah kebaikan juga.Saya pernah mendengar ceramah di mana,jika anda bersolat,dan khusyuk di dalamnya,anda akan terdorong melakukan amalan kebaikan yang lain juga dan akhirnya meninggalkan kejahatan yang ada dalam diri sedikit demi sedikit.

Ingat.Janganlah solat itu hanya dijadikan ritual kosong.Sembahyanglah seperti kita melihat Allah dan seperti itu merupakan sembahyang terakhir kita.Bersolatlah seperti Neraka di kiri kita,dan syurga di kanan kita.Takutlah kepada Allah SWT.Insaflah dengan dosa kita.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda yang berbunyi seperti begini :

Tahukah kalian ketika ada sebuah sungai di depan pintu kalian, dan ketika kalian mandi di dalamnya sehari lima kali, apakah ada yang tersisa dalam diri kalian suatu kotoran? Maka sahabat pun menjawab tidak. Nabi melanjutkan begitulah perumpamaan solat lima waktu Allah menghapus dosa kalian dengan solat itu. "

Nampak sudah? Ini bermaksud solat itu sebenarnya dapat membantu kita merubah diri dan menenangkan jiwa dari segala masalah dan dosa seharian jika dilakukan dengan khusyuk.

Cubalah khusyuk dalam sembahyang dan janganlah tinggalkan solat lagi bagi yang tidak bersolat.

Ketahuilah bahawa Allah-lah yang memberikan rezeki kepada kita.Janganlah ingkar kepada-Nya lagi.

Saya berdoa kepada Allah agar rakan-rakan dan saudara-mara saya yang tidak reti-reti hendak bersembahyang itu agar dibukakan pintu hati mereka untuk kembali kepada Allah.

Anda juga berdoalah perkara yang sama.Mahukah anda melihat saudara-mara anda,abang anda mendapat kemurkaan Allah dan neraka-Nya?

Harap dilindungi Allah.


Sama-samalah kita merubah diri kita.Saya menulis ini sebagai pengingatan kepada diri sendiri yang sering lalai ini juga.

Cukup-cukuplah hidup tiada ilmu,iman dan amal seperti sekarang ini.Berubahlah selagi nyawa masih ada.Jangan ketika sudah sakit atau mati baru insaf.

Anda boleh menonton video ini atau membaca artikel ini dan ini untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang kesan tidak bersolat.


Semoga usaha anda merubah diri mendapat rahmat dan hidayah Allah.Sampaikan juga artikel ini kepada rakan-rakan dan saudara-mara anda.Atau letakkan sahaja di blog anda.

Insya-Allah.

Assalamualaikum.








No comments:

Post a Comment