4.1.10

Solat-Solat Sunat Sebagai Penampung Kekurangan Solat Fardhu

Assalamualaikum.

Kelmarin saya menonton suatu video yang bertajuk Pray Before You Are Prayed Upon yang berkisarkan akibat tidak bersolat.

Dan dalam artikel saya yang sebelumnya yang boleh anda baca di sini ada menerangkan bahawa jika seseorang itu tidak bersembahyang,boleh menyebabkan pelakunya gugur keimanan.

Banyak ayat Al-Quran dan hadis-hadis yang menegaskan betapa pentingnya solat itu kepada seseorang yang beragama Islam.

Amalan pertama yang akan dihisab/dihitung selepas kematian seseorang adalah ibadat solatnya.Jika solatnya tidak lengkap/tidak bagus,segala amalannya yang lain tidak akan dihitung.

Dan seperti yang kita tahu,solat sunat dapat menampung kekurangan yang ada pada solat fardhu kita.

Solat sunat ini banyak jenisnya.Namun,ada beberapa jenis yang dituntut kita untuk mengerjakannya yang solat-solat sunat ini sering dilakukan Rasulullah SAW.

Saya tidak akan menulis tentang cara-cara menunaikan solat kerana telah banyak maklumat seperti ini ditulis di internet.Walaubagaimanapun,saya akan berkongsi beberapa link di bawah.

1) Solat Sunat Rawatib (link)
2) Solat Sunat Dhuha (link)
3) Solat Sunat Taubat (link)
4) Solat Sunat Tahajjud (link)
5) Solat Sunat Witir (link)

Di atas ini merupakan solat-solat yang Rasulullah selalu galakkan kita untuk menunaikannya.

Pada pendapat peribadi saya,jika anda ada kelapangan,lakukanlah solat-solat ini.Ini kerana,solat fardhu yang dilakukan kita itu tidak semestinya dilakukan 100% khusyuk.Jadi,lakukanlah solat-solat ini agar amalan-amalan ini dapat membantu kita di hari muka kelak.

Solat-solat ini juga dapat membentuk peribadi kita menjadi lebih elok.Yang penting niat dilakukan kerana Allah dan ikhlas.

Juga,jika anda sedang bersemangat,lakukanlah seberapa banyak yang anda boleh.Kerana mana tahu,esok lusa anda malas untuk melakukan solat-solat sunat ini.Jadi,sementara bersemangat,tunaikanlah solat-solat sunat ini.

Tetapi,jangan dilakukan untuk menunjuk-nunjuk.Lakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah.Rebutlah peluang ini sementara anda masih diberi kesempatan dan tenaga.Jika sudah tua baru hendak bermula,kita juga yang akan rugi nanti.

Kita ini bila-bila masa sahaja boleh meninggalkan dunia yang fana ini.Gunakan masa sebaiknya.Anda tentu tahu bahawa waktu mujarab berdoa antaranya adalah selepas solat.Jadi,dengan bersolat sunat,anda akan dapat banyak peluang ini.

Insya-Allah.

Semoga apa yang ingin saya sampaikan mendapat manfaat kepada diri saya dan anda semua.Sesungguhnya tiada siapa yang dapat membantu diri kita di akhirat kelak melainkan amalan kita,anak soleh dan amal kebajikan kita.

Tetapi cukupkah itu semua?Cukupkah untuk menampung segala dosa yang kita lakukan?Anda fikirlah sendiri.

Semoga Allah merahmati usaha kita membaiki diri.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


4 comments:

  1. time skolah dulu rajin je buat solat sunat nih.skarang nih cam susah dan takde masa je. haih...

    ReplyDelete
  2. itu lah.
    sekolah dulu rajin je tiap2 hari.sekarang walaupun ada masa terluang,tidak tertarik nak bersolat sunat.doa2 lah supaya kita same2 brubah.amin

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Sheikh. Ada beberapa khilaf masyarakat tentang perkara yang dibincangkan ini. Pertama, sesungguhnya, tiadalah mampu solat sunat itu menampung solat fadhu yang ditinggalkan dengan sengaja. Kedua, solat sunat dituntut pelakunya melakukan secara istiqomah (konsisten) biar pun sedikit-sedikit. Kurang molek, jika ia dibuat bermusim-musim kerana mengadap dan berbual-bual dengan Allah bukan secara yang demikian. Solat sunat dituntut melakukannya di rumah bukan di masjid spt mana yang dilakukan oleh Junjungan kita. Wallahualam.

    ReplyDelete
  4. walaikumsalam
    terima kasih atas ilmu dan teguran saudara

    ambil yang keruh buang yang jernih.yang mana salah kita betulkan .

    dan ya,solat sunat itu nabi saw lakukan di rumah secara bersendirian.

    terima kasih atas teguran.ssnghnya yang buruk dari saya,yang baik itu dari Allah SWT.

    itulah antara tujuan saya menulis.untuk memberi ilmu dan memperbetulkan pemahaman diri yang salah.

    assalamualaikum.

    datang lagi lain kali
    hehe

    ReplyDelete