2.1.10

Teknologi Itu Ibarat Pisau.Hanya Mendatangkan Manfaat Jika Digunakan Ke Arah Kebaikan.Mari Ikuti Pena Maya Di Twitter.

Assalamualaikum.

Saya baru sahaja menetapkan suatu akaun Twitter.Twitter itu bakal digunakan sepenuhnya untuk Pena Maya.Tiada kemaskini (update) peribadi akan digunakan melalui akaun itu.

Kepada para pembaca blog saya yang mempunyai akaun Twitter,anda adalah dialu-alukan untuk mengikuti Twitter saya di link ini.

Akaun itu bakal digunakan saya untuk memberitahu tentang post-post baru yang telah saya tulis,hadis-hadis ringkas yang saya terbaca,atau link-link menarik yang saya rasa boleh dikongsikan bersama anda.

Saya juga akan mengikuti update anda selepas anda menjadi follower saya di Twitter.

Tujuan saya menyuruh anda menjadi follower saya bukan langsung untuk mengejar nama atau apa.Tetapi hanyalah supaya saya dapat berkongsi ilmu yang ada dengan anda.Juga,dapat berkongsi ilmu dari anda juga.

Dan saya menetapkan Twitter itu kerana saya terbaca dalam suatu blog semalam (yang saya tidak pasti namanya),bahawa untuk berdakwah,kita perlu ada audiens.Jika tiada audiens,itu bukan dakwah,itu muhasabah diri.

Jadi,dalam konteks ini untuk berdakwah melalui penulisan,saya perlu mempunyai pembaca untuk membolehkan matlamat sampai.

Dan ayat ini ditukarkan saya kepada perbuatan apabila membaca blog rakan saya,blog.ariff yang mencadangkan Twitter sebagai salah satu medium mendapatkan pembaca blog.

Kesimpulannya,teknologi hanya bermanfaat jika digunakan ke arah kebaikan dan kemaslahatan hidup yang berlandaskan syariat agama.Jika teknologi hanya diguna ke arah memuaskan nafsu,ianya adalah satu alat yang tiada guna.

Kita manusia ini sering terlupa,jadi adalah tanggungjawab seorang manusia lain untuk membantu seorang manusia yang lain.

Semoga kita semua mendapat manfaat dan rahmat Allah dalam usaha kita merubah diri ke arah kebaikan.

Assalamualaikum WBT.



2 comments:

  1. Salam. ya betul3, gunakan internet dengan berhemah,okke, follow ur twitter;p

    ReplyDelete