13.1.10

Teknologi Itu Ibarat Pisau.Hanya Mendatangkan Manfaat Jika Digunakan Ke Arah Kebaikan (Penetapan Akaun Youtube Pena Maya)

Assalamualaikum.

Seperti yang kita semua tahu,cara dakwah dan mendapatkan ilmu pada hari ini tidaklah tertakluk kepada menghadiri kelas/seminar dalam dewan sahaja.

Berikutan perkembangan teknologi yang boleh dikatakan pesat (Alhamdulillah),kita mempunyai lebih banyak pilihan dalam menimba ilmu yang sebelum ini sukar didapati.

Kini,berikutan berkembangnya teknologi (Alhamdulillah),kita boleh mendengar syarahan-syarahan ilmu/agama oleh penceramah-penceramah terkenal dunia atau syarahan yang isu topiknya tidak dibincangkan di Malaysia.

Jadi,ini sepatutnya dijadikan kita peluang untuk menimba ilmu.

Anda semua tentu juga tahu bahawa teknologi ini seperti pisau,jika disalahguna boleh membawa keburukan.Tetapi,seperti yang kita tahu,kebanyakan orang telah menggunakan teknologi berasaskan nafsu semata.Yakni untuk tujuan hiburan sahaja.

Akibatnya?Kita semua menjadi manusia yang terlalu banyak berhibur.

Kita patutnya memanfaatkan teknologi untuk merubah diri.Kerana kita tahu,kita di waktu siang sibuk bekerja.Jadi,hanya di waktu malam sahaja kita ada masa untuk menimba ilmu.

Dan,kita di zaman ini ada Youtube.Memanglah kita semua tahu Youtube ini boleh mendatangkan keburukan.Tetapi,ia juga boleh menjadi medan mendapatkan ilmu jika kita menggunakannya dengan kehadiran akal.

Sebelum ini saya sering berkongsi dengan para pembaca video yang dirasakan bagus di dalam blog ini.Namun cara itu kelihatan tidak sistematik.

Jadi,baru sahaja sebentar tadi saya menetapkan suatu akaun Youtube baru khas untuk blog Pena Maya.Terdapat dua sasaran penetapan akaun Youtube ini.

1) Segala video-video agama/ilmu di Youtube yang dirasakan kena dengan topik (subjek) Pena Maya akan saya favouritekan.Jadi,tidak perlulah saya meletakkan semua video itu di blog ini.Anda boleh klik di Saluran Youtube Pena Maya untuk menonton video-video bagus.

2) Kepada sesiapa yang mempunyai akaun Youtube,bolehlah menjadi subscriber Pena Maya di Youtube.

Dan di atas sana,di bawah kotak updates Twitter,saya ada meletakkan gadget mini untuk saluran Youtube Pena Maya.Jadi,anda boleh menonton video terbaru saluran ini melalui blog ini sahaja.Mudah bukan?

Saya rasa gadget ini tidak terlalu berat untuk diletakkan di sini.Jadi,tidak ada masalah untuk orang di Malaysia untuk loading page blog ini nanti.


Kesimpulannya,matlamat penetapan akaun Youtube ini sama sahaja seperti penetapan akaun Twitter untuk Pena Maya.

Semoga kita semua mendapat manfaat dari usaha saya ini dan marilah berdoa kepada Allah SWT supaya kita semua mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Link Saluran Video Youtube Pena Maya 

Assalamualaikum WBT dan Selamat Beramal.


1 comment: