23.1.10

Untuk Mengetahui Sesuatu Kebenaran Itu Sememangnya Mudah.Tetapi Untuk Hidup Berteraskan Kebenaran?Ramai Dari Kita Gagal.

Assalamualaikum.

Sebelum meneruskan penulisan kali ini,saya ingin berkongsi dengan anda tafsir sebuah surah di dalam Al-Quran.Surah yang dimaksudkan adalah Surah Al-Ma'aarij.Saya harap anda baca tafsir ini dahulu sebelum meneruskan pembacaan.

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Salah seorang (dari kalangan orang-orang kafir Makkah, secara mengejek-ejek) meminta kedatangan azab yang (dijanjikan) akan berlaku,Azab yang disediakan untuk orang-orang yang kafir, yang tidak ada sesiapapun dapat menolak kedatangannya,Dari Allah yang menguasai tempat-tempat turun naik,Yang dilalui oleh malaikat-malaikat dan Jibril ke pusat pemerintahanNya (untuk menerima dan menyempurnakan tugas masing-masing, terutama) pada satu masa yang adalah tempohnya (dirasai oleh orang-orang yang bersalah) sungguh panjang, (kerana banyak hitungan hisab dan berat soal jawabnya).

Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya.Sebenarnya mereka memandang azab itu jauh (daripada berlaku),Sedang Kami memandangnya dekat, (tetap akan berlaku),(Iaitu) pada hari langit menjadi seperti tembaga cair,Dan gunung-ganang pula menjadi seperti bulu (yang berterbangan),Dan sahabat karib tidak bertanyakan hal sahabat karibnya, (kerana tiap-tiap seorang sibuk memikirkan hal keadaannya sendiri),

Padahal masing-masing diberi melihat setengahnya yang lain; (pada saat yang demikian) orang yang kafir suka kiranya dapat menebus dirinya dari azab itu dengan anak-anaknya sendiri,Dan isteri serta saudaranya,Dan kaum kerabatnya yang melindunginya,Dan juga sekalian makhluk yang ada di bumi - kemudian (diharapkannya) tebusan itu dapat menyelamatkannya.

Tidak sekali-kali (sebagaimana yang diharapkannya)! Sesungguhnya neraka (yang disediakan baginya) tetap menjulang-julang apinya,(Membakar serta) menggugurkan kulit ubun-ubun dan anggota anggota tubuh badan,Neraka itu juga memanggil dan menarik orang yang membelakangi serta berpaling (dari kebenaran),Dan yang mengumpulkan harta kekayaan lalu menyimpannya (dengan tidak membayar zakatnya).

Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut);Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang,Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;

Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum,Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);Dan mereka yang percayakan hari pembalasan (dengan mengerjakan amal-amal yang soleh sebagai buktinya);Dan mereka yang cemas takut daripada ditimpa azab Tuhannya,

Kerana sesungguhnya azab Tuhan mereka, tidak patut (bagi seseorangpun) merasa aman terhadapnya;Dan mereka yang menjaga kehormatannya,Kecuali kepada isterinya atau kepada hambanya, maka sesungguhnya mereka tidak tercela;Kemudian sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas;Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya;

Dan mereka yang memberikan keterangan dengan benar lagi adil (semasa mereka menjadi saksi);Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya;Mereka (yang demikian sifatnya) ditempatkan di dalam Syurga dengan diberikan penghormatan.

Maka apakah yang menyebabkan orang-orang kafir, yang menentangmu (wahai Muhammad) datang berkejaran ke sisimu;(Sambil mereka) berkumpul berpuak-puak di sebelah kanan dan di sebelah kirimu.Patutkah tiap-tiap seorang dari mereka berharap supaya dimasukkan ke dalam Syurga yang penuh nikmat (sedang ia tidak beriman)?

Tidak sekali-kali! (Mereka yang kufur ingkar tidak akan dapat memasukinya). Sesungguhnya Kami telah menciptakan mereka dari apa yang mereka sedia mengetahuinya.Maka Aku bersumpah dengan (kebesaranKu) Tuhan yang menguasai (seluruh alam, meliputi) tempat-tempat terbit (matahari dan bulan bintang) dan tempat-tempat tenggelamnya, - sesungguhnya Kami berkuasa;

(Membinasakan mereka, serta) menggantikan mereka dengan makhluk-makluk yang lebih baik dari mereka; dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan.Oleh itu, biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)!

Iaitu hari mereka segera keluar dari kubur masing-masing menuju (ke Padang Mahsyar) dengan keadaan seolah-olah mereka berkejaran ke (tempat) berhala-berhala (yang mereka sembah dahulu),Sambil pandangan mereka tunduk, serta mereka diliputi kehinaan; itulah hari yang telah dijanjikan kepada mereka.


Al-Ma'aarij [1-44]

Anda tentu sudah baca Surah ini.Saya berdoa kepada Allah SWT agar kita semua ditetapkan iman dan dilindungi dari seksaan api neraka.

Sebenarnya,tujuan saya menulis artikel ini bukan apa.

Tetapi,sekadar ingin menasihati diri sendiri dan anda semua.

Begini.Melihat kepada tajuk sahaja anda sudah nampak apa yang ingin saya sampaikan.

Untuk mengetahui suatu ilmu/hakikat itu sememangnya mudah.Ramai orang tahu kewujudan syurga dan neraka.Tetapi,berapa ramai yang hidup mereka dilalui berdasarkan pengetahuan itu?Yakni,mereka menjalani kehidupan seolah-olah mengingati bahawa setiap perbuatan kita di dunia ini,pasti akan dihisab di hari akhirat kelak.Berapa ramai dari kita yang membuat sebegitu?

Berapa ramai dari kita yang memperoleh A bagi subjek Pendidikan Agama Islam di sekolah,tetapi masih gagal dalam menjalankan perintah Allah dengan baik?

Sedangkan,kita semua tahu,Neraka itu amat-amatlah perit seksaannya.Kita tahu Allah sahajalah yang menguasai Hari Pembalasan nanti (Hari Kiamat).Yakni,hanya kepada Allah sahajalah kita boleh berharap dalam mengampunkan dosa kita.

Tetapi,kenapa masih ramai yang leka?Cuba anda fikirkan.

"Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur." [34:13]

Cuba renung ayat di atas.Allah telah memberikan kita pelbagai rezeki dan nikmat untuk kita.Jika dihitung nikmat-nikmat ini,adalah mustahil untuk kita mengiranya.

Dan kita kena ingat,pada Hari Kiamat nanti,setiap perbuatan kita akan dihitung.Contohnya,mari kita ambil nikmat penglihatan (mata) yang dikurniakan Allah.Setiap dari kita akan ditanya apakah yang kita gunakan dengan mata kita ini?Adakah perkara baik?Atau buruk?

Cuba anda fikirkan.Semasa itu tiada sesiapa yang dapat membantu kita.Mata kita turut menjadi saksi kepada perbuatan kita pada masa itu.

Ada disebutkan,orang yang kaya itu lebih lama dihisab dari orang yang miskin.Kerana apa?Kerana hartanya banyak.Rezekinya banyak.Jadi,banyaklah soalan yang ditanya.

Ke manakah harta itu dibelanjakan.Ke arah kebaikan atau untuk memuaskan nafsu sahaja.

Bukanlah digalakkan hidup dalam kemiskinan itu.Dan bukan juga menyuruh kita hidup bermalas-malas.Tetapi apa yang ingin disampaikan adalah,hidup kita ini hendaklah dijalani mengikut perintah Allah SWT.

Mari.Cuba renungkan diri kita setakat ini.

Berapa ramai yang mempunyai ilmu,tetapi gagal melaksanakannya?

Berapa ramai yang tahu melihat aurat perempuan itu haram,tetapi masih selamba menikmatinya?

Berapa ramai yang tahu menangguh-nangguhkan solat itu berdosa,tetapi masih menangguhkannya hanya untuk satu drama televisyen?

Berapa ramai yang tahu mengumpat itu berdosa,tetapi masih melakukannya?

Berapa ramai yang tahu kekotoran itu kesukaan syaitan,tetapi masih kekal menjadi pengotor?

Berapa ramai yang mengikuti ceramah sampai menangis,tetapi balik sama sahaja kesannya?

Berapa ramai yang menonton siri The Arrival yang dikatakan mendedahkan beberapa penipuan pada zaman kini,tetapi masih kekal dalam cara hidup yang sama?

Itulah yang ingin saya sampaikan kepada diri sendiri dan anda semua.Kita ini apabila susah,baru hendak cari Allah.Bila senang,lupa terus.Perkara pertama yang diucap bila dapat rezeki bukan Alhamdulillah.Sebaliknya diucap oleh kita "Sememangnya kejayaan ini akibat usaha aku".Nampak betapa tidak bersyukurnya kita?

Setakat ini sahaja penulisan saya untuk kali ini.Renungkanlah tafsir di atas.

Marilah mulakan mengamalkan ajaran Islam sebenar.Islam itu mudah.Faktor utama kenapa kita tidak mahu mengikuti ajaran Islam sebenar bukan kerana kita ini tidak mengetahuinya atau apa,sebaliknya kerana terlalu sukar untuk kita meninggalkan rutin harian kita yang buruk itu.

Sebelum mengakhiri penulisan,saya mahu berkongsi dengan anda dua link yang menarik untuk dibaca dan direnung.

6 Perkara Allah Sembunyikan
"And Few of My Servants Are Thankful"-Kamal el-Mekki

Harap anda faham apa yang ingin cuba disampaikan.Setakat mengetahui sesuatu ilmu tidak berguna.Amalan itu yang penting.

Dan sesungguhnya juga manusia yang sering bertaubat itu adalah sebaik-baik manusia.Fikir-fikirkan.

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.


5 comments:

  1. nice entry.. byk bnda yg kita tahu tapi buat2 tak tahu dan tak mengendahkannya.. dan paling tak ble diterima bila kita menasihati seseorg tuk melakukan kebaikan atau menegurnya.. jawaban yg diterima bukannyer nk menginsafkan diri dan berubah kearah yg baik, malah hya berkata tiada manusia yg sempurna didunia ini..

    ReplyDelete
  2. congrats of your new way of seeing things..
    and congrats for ur termex..hahahha

    ReplyDelete
  3. apa yg tuan paparkan dlm artikel ni, itu la yg merupakan pendapat saya tentang imam mahdi atau pemuda bani tamim nih yg kebelakangan ini ramai yg "bermimpi" nak jadi salah seorg dpd mereka.

    walhal pemuda bani tamim nih disebalik kehidupan harian mereka penuh dgn amalan sunnah/agama baik dr segi amalan dan penampilan, hari2 melalui hidupan dgn penuh tangisan, mlm mereka spt malam nabi saw, tahajud n tawajuh bdoa, mereka adalah bangsa2 miskin yg tertindas di bumi sendiri, hidup di lembah2 sejuk (KHORASAN), seluruh dunia akan menyisih mereka dan memandang rendah terhadap mereka. takda satu negara islam pon nak tolong mereka!

    bangsa yg dekat dgn ramalan2 hadis nabi saw nih, tak lain n bukan adalah bangsa pashtun pakistan/afghan. hidupan mereka hidup dgn amalan sunnah baginda saw..wanita2 mereka semuanya dudok rumah tak kluar..kalo kluar pon sorang 2 je, itu pon macam burung gagak pakaian hijab berlambuh sempurna..hari2 dlm buangan d tempat sendiri..anak2 mereka tak reti skolah sekular mcm kita lantaran hidupan yg miskin, jadi kebanyakan anak2 mereka nih mampu jadi hafiz quran...bahkan anak2 mereka nih ramai yg hafiz quran...rata2 keluarga miskin pashtun yg amal agama nih, tiap2 mlm bertahajud. masjid diorg nih lantai tanah berlapiskan tikar jerami, beratapkan daun pokok tapi masya Allah solah fardhu suboh diorg mcm solah fardhu jumaat kita...hari2 makan makanan yg mana 100 kali lebih "kais pagi makan pagi kais petang makan petang dpd org msia"... diorg nih kat negara kita pon kene kutuk kene ejek oleh bangsa melayu, lebih2 yg dtg jual kain, carpet..yg buat tabligh tu lagi la org menyampah..tak gitu? saya brani cakap mcm nih pasal saya nih org melayu jugak, dan pernah ke sekitar pakistan/afghan selama 4 bulan khuruj atas maksud keluar d jalan Allah.

    kalo kita nih, yg hari2 makan kat mcdonald, masih lagi khayal nak jadi artis pegi sureheboh ajl, gi masjid solah suboh pon tak penah/ payah, wanita2 kita sendiri mengutuk amalan hijab/purdah, baca alquran sehelai muka sufat sehari pon tak penah, ngucap kalimah syahadah pon tak reti, mati pasal kes rempit ganstgerism, kawin lari buat anak luar nikah, dpd ribuan org islam yg meninggal kat hospital tu, 2 3 org je dpt ngucap syahadah sblm mati..itu pon pak lebai masjid, bilal masjid, tok siwak rata2nya...

    ini ke suasana yg membentuk amalan agama pemuda bani tamim? ini ke bumi emas yg mana amalan2 yg disebutkan diatas, yg Allah maksudkan mlalui lidah baginda saw?

    sorry la...dpd nak jadi pemuda bani tamim, baik islah amalan agama dlm diri sendiri dulu..make sure 100% amalan agama sunnah baginda saw terbit dlm diri..

    maksud kejayaan bukannya jadi pemuda bani tamim, yg berjaya nabi saw bagitau seseorang itu yg ucapkan kalimah syahadah sebelum akhir kalam tu la ya berjaya.. .bukan title atau pemuda bani tamim, kerana itu urusan Allah..hak kita kpd Allah yg kita kene hari2 takut tu, mati nanti cukup tak bawak iman dan amal...wallahualam

    ReplyDelete
  4. salam ikhwan...

    hai manusia...
    itulah manusia kalau kebenaran tu xd depan mata memang tak boleh terima...
    apa masalh kita ni???
    apa salah nya kita tagih janji rasulullah ???
    janji mengatakan akan adanya pemuda bani tamim perintis imamul mahdi...
    apa salahnya kita berebut2 untuk mencari mereka???
    dan paling2 pun untuk mengikut jalan mereka???
    apa kita sebagai bangsa melayu...
    tak layak ke???
    tak layak ke???
    tak layak ke???
    sangatlah layak...
    sangatlah layak...
    sangatlah layak...
    sedangkan penakhluk konstantinople pun rasulullah dah janjikan...
    para sahabat berebut2 untuk merebut gelaran tu...
    tapi hasilnya???
    muhammad al-fateh lah yang berolen bukan???
    so apa salah kalau kta merebut janji tuhan ni???
    tak boleh ke kita menjadi seperti sahabat2 baginda yang berebut2 untuk merebut gelaran tu???
    so...
    fikir2 lah...

    ok lah...
    kalau saudara/saudari kata bangsa pakistan lah yg disebut oleh hadis ni...
    so buktikan kata2 tu...
    berani sahut cabaran???
    ada berani???
    hu2

    saudara/saudari kata...
    "baik islah agama dalam diri sendiri dahulu"
    "makesure 100% sunnah baginda terbit dalam diri"
    betul???
    macam mana nak islah tu???
    kalau kita tak ada kepimpinan(mursyid)???
    boleh jelaskan???
    sedangkan ulama2 pun perlukan kepimpinan(mursyid)...
    cuba kaji sejarah rasulullah...
    kalau tak kaji kta takkan jumpa...
    macam mana nak amal sunnah tanpa dipimpin???
    macam mana nak baiki diri kalau tak di pimpin???
    macam mana nak koreksi hati tanpa pimpinan???
    macam mana ye???

    lagi satu...
    saudara/saudari kata...
    "org yg berjaya ialah"
    "mereka yg mengucap syahadah sblm mati"
    betul???
    belum boleh dikatakan kita ini beriman dengan hanya mengucap syahadah...
    itu baru islam...
    belum lagi ber"iman"
    org islam & org ber"iman" BERBEZA...
    JAUH BERBEZA...
    sila baca al-qur'an...
    Allah berfirman...
    "wahai orang-prang yang BERIMAN...."
    BUKAN NYA "wahai orang2 "islam"...
    kan berbeza tu...
    dlm ktb "SYARAH YAQUT NAFIS" karangan "IMAM HADDAD"...(xsure bab berapa)
    syahadah di akhir kematian hanyalah pelengkap pengakhiran,bukannya wajib...
    ia sebagai pelengkap kerana permulaan islam adalah dengan syahadah...
    so lebih afdhal diakhir dgn syahada...
    so ia BUKANLAH WAJIB...
    hmmm...
    sekadar sdikit ilmu...


    lagi satu bukti menunjukkan bangsa MELAYU lah perintis kebangkitan di akhir zaman ini...
    sejarah nya mesti sama dengan sejarah rasulullah...
    1-quraisy:sblm kedtgn islam sgtlah jahiliyah dan huru hara
    -segala btk kejhtn dilakukan oleh mereka,merompak,tanam anak,minum arak dsb...
    2-melayu:skrg ni segala btk kejhtn di buat oleh ank melayu
    -zina,rempit,dadah,rasuah dsb
    so???
    nampak persamaan tu???
    suasana yang sama sblm dtgnya RASULULLAH & KEBANGKITAN ISLAM PERTAMA...
    SO...
    tak mustahil...
    suasana sblm kedtgn IMAMUL MAHDI&BANI TAMIM & KEDATANGAN ISLAM KE-2...
    hmmmm....
    ada ragu-ragu lagi???

    memang hanya Allah yang berhak menentukan siapa IM & PBT itu...
    tapi tak salah pun kita nak merebutnya...
    tak rasa bertuah ke kita sebagai bangsa melayu dengan janji tuhan tu???
    kita patut bangga dan berebut2 untuk membuka empayar...
    so...
    fikirlah sahabat2...
    wallahua'alam...
    ma asobaka kullu hasanah minallah...
    wa ma asobaka sayyiah wa batilah minni...
    wa hakikah faminallah aidahan...
    wallahhu a'alam...

    ...cepak87...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum para pembaca.

    woot woot

    jangan emosi okay sambil berkomen-komen di blog saya.bila kita emosi,syaitan mudah menguasai diri..bila syaitan menguasai diri,mulalah kita mencarut dan marah.

    kita sama-sama orang islam.jangan kerana salah faham sedikit,kita hendak bergaduh sesama sendiri..tegur la secara berhikmah..

    sabar..

    dan ingat.. dalam mencari ilmu,berhati-hati dalam menafsir.. bersedialah terima kritikan jika tidak betul..jangan obses dengan pemahaman sendiri.jika orang tegur,terima kritikan tu dan teliti kelemahan diri..

    tapi kalau nak tegur ,sopan santun mesti ada.jangan maen serbu je..

    kita kan islam..satu keluarga.. jangan emosi..

    nyway
    terima kasih kerana membaca..
    semoga mendapat manfaat

    ReplyDelete