15.2.10

Menaik Taraf Pena Maya (Butang Perkongsian Facebook Dan Penetapan Email Rasmi Pena Maya)

Assalamualaikum.

Seorang pembaca di blog saya,iaitu Everjihad telah meninggalkan sebuah komen terhadap salah satu artikel saya,Sebuah Penulisan Santai Tetapi Bersemangat Yang Wajib Anda Baca Jika Ingin Mendapatkan Ilmu Berharga.

Komen beliau berbunyi begini "kalau ada button share utk fb (facebook) alangkah bagus."

Ya.Baru saya perasan.Blog saya tidak mempunyai button bagi membolehkan para pembaca share artikel saya di Facebook mereka.

Terima kasih kepada Everjihad atas ulasan itu.

Jadi,saya pun telah meletakkan butang perkongsian Facebook itu.Anda boleh lihat butang itu di bawah setiap artikel.Di bawah ini saya sertakan printscreen untuk butang itu.

Klik pada imej untuk imej yang lebih besar.

Jadi,selepas ini jika anda merasakan ada di antara artikel saya yang menarik,kongsikanlah artikel saya ini bersama dengan rakan-rakan anda.Semoga kita semua mendapat manfaat bersama dari penulisan saya.

Kemudian,saya juga dengan sukacita ingin memberitahu anda bahawa Pena Maya kini telah mempunyai email rasmi yang tersendiri.

Email itu adalah : pospenamaya@gmail.com

Tujuan penetapan akaun email rasmi Pena Maya adalah supaya jika ada di antara anda yang mempunyai masalah atau tidak faham tentang perkara yang ditulis saya,anda boleh bertanya kepada saya di situ.

Juga,jika ada masalah agama,saya mungkin boleh mencarikan link-link yang boleh menjawab soalan-soalan anda.Saya bukannya ustaz/lulusan Al-Azhar,tetapi saya ingin membantu apa yang termampu sekurang-kurangnya.

Jangan salah faham niat saya.

Ini kerana,mungkin ada di antara anda para pembaca yang mempunyai isu yang anda malu untuk bertanya kepada orang lain.Atau tiada tempat rujukan.Mungkin saya boleh membantu memberi anda link untuk dibaca.

Jadi,itu sahaja untuk artikel kali ini.Siri Kembara akan disambung kembali dalam masa terdekat.

Teruskan membaca blog saya.Teruskan merubah diri.Apa-apa cadangan boleh tinggalkan samada di ruangan komen/shoutbox atau boleh menghubungi saya di pospenamaya@gmail.com

Assalamualaikum Dan Selamat Beramal.


2 comments:

  1. salam...good..
    kalau ada pape yang menarik akanku share kan di FB..=)

    ReplyDelete