17.2.10

Menolong Seorang Perempuan Tua Yang Terjatuh Di Atas Lantai Dan Terhentak Kepala (Kisah Ringkas Untuk Dijadikan Pengajaran)

Assalamualaikum.

Sebelum menulis,saya ingin memberitahu anda semua bahawa Siri Kembara akan disambung selepas ini.Dan elok juga diberitahu bahawa artikel yang bakal ditulis ini adalah kisah benar yang bakal ditulis dengan ringkas dan santai.

Segala dialog dalam cerita ini diterjemahkan saya ke dalam bahasa pasar Malaysia untuk memudahkan anda memahami cerita.

Begini,baru sebentar tadi,saya pulang ke rumah dari kampus pengajian saya.

Dalam perjalanan,ada satu tragedi berlaku.

Jadi,semasa saya turun sahaja dari tram,saya pun berjalanlah menuju ke stesen keretapi bawah tanah (Metro).

"Gedebuk".

Bunyi sesuatu terhentak.Saya pun palingkan kepala ke belah kanan.Dan terlihat seorang wanita tua yang saya suspek berumur lingkungan 86 tahun terlentang di atas lantai.

Untuk pengetahuan anda,keadaan jalan-jalan dan lantai-lantai di luar bangunan di Russia semasa musim sejuknya adalah amat licin.Dan berbahaya.

Jadi,orang tua ini pun,terlentang terjatuh.Dia pun menjeritlah meminta pertolongan yang jika ditukar ke loghat tempatan kita bermaksud "Adoi..Sakitnya..Tolong".

Saya pun apabila melihat tiada orang langsung yang menghampiri dia,saya pun segera datang kepadanya.

Dan apabila saya datang dekat dengannya,dia tidak bergerak.Hanya matanya sahaja yang mengalirkan air mata.

Kaget sebentar saya.Yalah.Nak usik karang takut pulak apa-apa terjadi.Lama juga perempuan itu terbaring di atas lantai itu.Adalah 10 saat.Bayangkan,lantai tu dahla sejuk.-10' celcius mungkin.

Saya pun cuba la mengangkatnya setelah perasaan kaget itu hilang.Kemudian datang lagi seorang lelaki,membantu saya mengangkatnya.Setelah mengangkatnya,lelaki itu beredar.

Then,4 orang wanita menghampiri wanita yang pengsan itu.Saya semasa itu masih lagi memegang wanita tua itu kerana dia seperti tidak berdaya berdiri.

Wanita-wanita itu bertanya kepada wanita itu "Sakit tak kepala?"."Nak bawak klinik tak?"

Kemudian wanita tua itu berkata "Takpe,takpe.Saya okay."

Tapi saya tahu sebenarnya wanita itu tidak okay.Bunyi dia jatuh tadi,bapak kuat.

Dia mengatakan kepada kami memang dia sebenarnya ingin pergi ke hospital pun.Mereka bertanya "Hospital di mana?".Kemudian dia berkata hospital di sekian tempat.Untuk pergi ke tempat itu perlu menaiki train (Metro).

Kemudian,ada seorang wanita ini berkata "Okay jom saya temankan pergi".

Jadi,wanita tua itu pun berjalan menuju ke stesyen.Saya pun yang memang ingin pergi ke stesyen berjalan di sampingnya.

Kemudian,saya toleh ke belakang cari wanita yang konon-kononnya hendak membantu dia tadi,dan mendapati beliau sudah hilang.

"Aik?Takpela."

Orang tua itu seperti kecewa jugalah wanita itu beredar.Kemudian saya mengiringi orang tua itu sehingga ke stesyen.Oleh kerana laluan Metro kami berbeza,saya berkata kepada dia terlebih dahulu,

"Makcik.Saya teman sampai bawah ni je la.Saya nak balik arah lain.Makcik okay tak ni?Darah tak kepala ni?"

Then,dia menjawab,

"Takpe anak muda.I'm cool.Takde darah." sambil memegang-megang kepalanya yang masih sakit.Kemudian beliau berkata sesuatu kepada saya sambil memegang kepalanya lagi.

Tetapi,malangnya saya tidak dapat memahami perkataan yang beliau katakan itu.

Tetapi,saya suspek maksud ayat beliau itu adalah "Macam tak rasa apa-apa dah kepala saya ni.Bengkak besar ni rasanya."

Then,apabila sudah sampai stesyen train,saya pun bertanya kepada dia sekali lagi.

"Makcik cool tak ni?Okay tak?"

Dia kemudian berkata "Takpe anak muda.Makcik okay.Terima kasih kay?"

Saya pun berlalu menaiki train untuk balik ke rumah.Sayu dan rasa bersalah pula meninggalkan makcik tu sorang-sorang.Tapi apa saya boleh buat kan?Saya mendoakan makcik itu selamatlah.Amin.

Tetapi,sebenarnya,bukan itu yang saya hendak kongsikan bersama anda.Saya hendak berkongsi kepada anda isi tersirat dari tragedi ini untuk anda renungkan.

Pengajaran Kisah

1) Punya ramai orang sekeliling tempat makcik tu terjatuh tadi,tapi hanya sedikit sahaja manusia yang datang?Itupun setelah lama kejadian berlaku.

Apakah ini?

Benarlah kadang-kadang saya berfikir.Dunia kita pada hari ini,cara hidup kita pada hari ini,membuatkan kita semakin hilang rasa kemanusiaan.

Kalau ye pun sibuk sangat,at least datanglah bantu apa yang patut.Bukan sebut kisah makcik ni sahaja,tetapi kisah-kisah lain juga.

Kita hidup,jangan sebab urusan perniagaan/pelajaran,kita mengabaikan perikemanusiaan.Anda faham tak kat sini apa yang saya hendak sampaikan?

Buatlah baik.Sebab nanti akan ada orang yang akan tolong anda juga nanti.Cuba kalau keluarga anda yang terjatuh seperti itu tadi,atau lebih malang,anda yang terjatuh,tetapi tiada orang menolong.

Then,bila ditanya kepada mereka kenapa tidak tolong anda,jawapan mereka adalah "Saya ada urusan lain" .Jawapan sama yang diberikan anda satu ketika dahulu ketika orang lain memerlukan pertolongan anda.

Sadis bukan?

2) Jangan jadi seperti wanita yang konon-konon hendak membantu tadi,tetapi last-last,dia hilang entah ke mana.Jangan bercakap lebat sahaja di depan orang ramai,tetapi sebenarnya,tidak menghulur bantuan pun.Jangan beri harapan palsu kepada orang lain.

Jadi,kesimpulan yang ingin disampaikan,hidup ibarat roda.Sampai satu masa,kita akan berada di tempat itu juga.Ingatlah benda ini.Kita manusia kena saling bantu membantu.Jika ada kemalangan,dan hanya ada anda di situ,bantulah orang tersebut.

Jika bimbang itu adalah kes penipuan,janganlah keluar kereta.Cukuplah sekadar menelefon polis/ambulans.Tetapi,at least apa yang penting,anda ada berbuat sesuatu.

Dan yang terakhir,semoden mana pun kita,hidup jangan mengabaikan perikemanusiaan.

Faham?

Okay.Setakat itu sahaja.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

2 comments:

  1. salam..
    Alhamdulillah ad juga manusia yg prihatin spt saudara di dunia nie.. :)
    Semoga Allah merahmati kamu~amin..

    ReplyDelete