8.2.10

Siri Kembara 1 : Pengenalan

orang
orang tua berkata mereka lebih banyak merasa garam
orang muda pula tabii mereka mendengar dan menurut
orang sains meyakini sesuatu perkara dengan kewujudan bukti
orang sastera banyak berfalsafah dalam hidup
tetapi hanya dengan pengamalan ilmu dan iman kejayaan bisa dikecap

hidup
ada rasa suka duka cinta pedih lara
banyak orang mengatakan hidup mereka kosong walhal mereka kaya
banyak orang sanggup berjuang untuk cinta kepada wanita
banyak orang masih lena walau sedar
apa jua yang kita rasa
ingatlah bahawa hanya kepada-Nya tempat kita kembali

dunia ini satu persinggahan
satu perjalanan panjang
satu kembara
satu kelana
jadikan hidup ini kelana ke arah kejayaan abadi
kerana destinasi hakiki setiap kita hanya dua itu sahaja

"banyak orang mengembara,tetapi hanya sedikit yang terbuka mata"

2 comments:

  1. Salam saudaraku Umar. Apabila keseronokan dunia melekakan pengembara, destinasi yang dituju nampak kabur pada pandangan mata. Percayalah, tatkala keseronokan itu hilang, mereka kembali mencari jalan pulang dengan rintihan, mengapa aku leka dengan keseronokan yang sedikit?

    ReplyDelete
  2. terbaiik...
    "banyak orang mengembara,tetapi hanya sedikit yang terbuka mata"

    kasihan yang tak dapat buka mata tu...lagi susah kalau tertutup mata hati...

    terus berkalam ..

    ReplyDelete