21.2.10

Siri Kembara 10 : Kisah Di Kaherah (There Are No Shortcuts To Propagation (Da'wah))

Assalamualaikum.

There Are No Shortcuts To Propagation (Da'wah).Atau dalam bahasa mudahnya bermaksud "Tiada jalan pintas untuk berdakwah.Dakwah itu bukan suatu pilihan,sebaliknya kewajiban" .

Ayat di atas merupakan quote dari Allahyarham Ahmed Deedat,seorang pendakwah Islam yang terkenal di seluruh dunia.Saya menjumpai ayat ini di dalam buku tulisannya yang bertajuk The Choice.

Buku ini dihadiahkan kepada saya oleh rakan saya Ammar semasa saya melawat beliau di Mesir baru-baru ini.

The Choice : Buku tulisan Ahmed Deedat.

Buku ini baru sahaja saya mula baca.Tetapi,saya dapati,banyak ilmu yang berguna di dalamnya.Insya-Allah selepas sahaja saya menghabiskan Siri Kembara ini nanti,akan saya berkongsi bersama anda ilmu yang ada di dalam buku ini sedikit demi sedikit.

Berbalik kepada Siri Kembara.Dalam artikel yang lepas ada dinyatakan,bagaimana suasana di Mesir ketika mereka menang Piala Afrika.Mari kita sambung cerita itu dalam artikel ini.

1 Februari 2010

Pada tarikh ini,saya bertolak dari Alexandria menuju ke Cairo (Kaherah) bagi meneruskan kembara saya di Mesir ini.

Tengahari itu,selepas makan tengahari dan sembahyang,Ammar menghantar saya pergi ke stesyen keretapi Sidi Gabir.Setelah membeli tiket,maka menunggulah kami ketibaan keretapi yang bakal dinaiki saya.

Untuk pengetahuan anda,sepatutnya Ammarlah yang bakal membawa saya ke Cairo,tetapi oleh kerana beberapa halangan (jadual peperiksaan beliau yang berubah),jadi Ammar telah meminta bantuan seorang kenalannya untuk membawa saya bersiar-siar di Cairo nanti.

Tidak lama kemudian,keretapi pun sampai.Saya pun menaiki keretapi.Perjalanan mengambil masa selama 4 jam.Agak jauh juga.Jadi,saya mengambil kesempatan untuk melihat-lihat keadaan sekeliling.

Ternyata,Mesir ini sebuah negara yang masih kurang membangun secara keseluruhannya.Ada kawasan di mana rumahnya seperti kawasan tinggalan perang.

Dari satu sudut,saya berpendapat,kita rakyat Malaysia perlu bersyukur dengan keselesaan hidup yang kita nikmati pada hari ini.Bersyukurlah kepada Allah atas rezeki yang diberi oleh-Nya.Ingat,tentu ada sebab kenapakah kita diberi kehidupan selesa ini.

Jadi,kita sebagai hamba Allah yang berfikir,haruslah menjalankan kewajiban kita menegakkan agama Allah.Jangan menjadi hamba yang semakin lalai akibat rezeki yang dikurniakan Allah.Setelah agak lama perjalanan,saya pun tertidur (bayangkan perjalanan di dalam keretapi berseorangan,tentulah mengantuk bukan?).

Setelah 4 jam perjalanan,saya pun tiba di Stesyen Keretapi Ramsis (sebutannya adalah Romsis).

Suasana di Stesyen Romsis.Kelihatan bangunan Egypt Post.

Kawan Ammar yang bakal mengambil saya pada hari itu adalah Alif (saya tidak pasti ejaan nama sebenar beliau bagaimana).Ini bermakna sudah dua Alif saya temui di Mesir ini.

Alif Cairo ini adalah seorang pelajar Bahasa Arab di Cairo.Saya bersalaman dengannya dan bergerak menuju ke rumahnya.

Untuk pengetahuan anda,rumahnya didiami oleh beberapa orang lagi rakyat Malaysia yang belajar dan bekerja di situ.Seronok berbual dengannya kerana banyak beliau berikan saya nasihat.Begitu tenang sekali perbualan itu dirasakan saya.

Di dalam perjalanan,dapat saya lihat.Begitu ramai sekali orang di Cairo ini.Beliau yang mendapati saya sedang takjub dengan keramaian orang yang ada itu bersuara "Dekat Cairo ni,dikatakan jumlah penduduk dia menyamai jumlah penduduk di Malaysia".

"Amboih.Ramai sungguh".

Salah sebuah masjid di tengah bandar Cairo (Kaherah).

Kemudian,kami pun berjalan kaki menuju ke stesyen bas.Melihat keadaan sekeliling,memang jauh beza langit dengan bumi antara Cairo dengan Kuala Lumpur.Cairo ini agak old-school bandarnya.Orang-orangnya juga agak kasar.Ketika bas masih belum berhenti,mereka sudah turun.Ketika bas sudah bergerak,konduktor masih memanggil-manggil orang untuk menaiki bas dari luar bas.

Ranggi bukan negara ini?

Kemudian,kami pun naik bas.Murah sahaja tambangnya.Berbanding Malaysia dan Russia,kos sara hidup di sini ternyata lebih rendah.Alif menyatakan bahawa kos belajar di Mesir ini sememangnya murah.Sebagai contoh,yuran belajar di Universiti Al-Azhar itu murah sahaja.Tidak lebih dari 100RM untuk satu tahun.

"Wah,menarik.Aku pun ada fikir gak lepas belajar kat Russia ni nak ambik Master atau Ph.D dalam Pengajian Islam kat situ" , sambung saya teruja.

Kemudian,saya bertanya "Diorang ni selalu juga pasang Al-Quran dalam kereta,kedai makan kan?Bagus betul." 

"Dah jadi macam budaya diorang kot.Tetapi,kebanyakannya tak respek Al-Quran.Kadang-kadang budak pengajian agama,nak niru masa exam,diorang selak Al-Quran pakai kaki.",sambung Alif.

"Ya Allah.Ye ke?" Tanya saya dan Alif hanya mengangguk untuk pertanyaan itu.

Memang benar.Baru saya perasan.Mereka mendengar ayat Al-Quran sambil memandu contohnya,tetapi di tangan mereka memegang rokok.Cara pemanduan kereta mereka pula?

Amat-amat menakutkan Masya-Allah.

Itulah.Kita ini patutnya Al-Quran itu dihayati,bukannya dengar kosong begitu sahaja.Hati mesti disertakan.Tetapi,teringat kata-kata seorang guru saya "Hati itu Allah yang jaga.Allah berkuasa memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki dan melalaikan sesiapa yang dikehendaki-Nya".

Nampak?

Tetapi,manusia ini diberi oleh Allah pilihan dan akal.Pilihan untuk memilih sesuatu yang baik atau yang buruk.Ini bermakna kita ada akal yang boleh menghalang kita dari melakukan kejahatan.

Bas terus bergerak.Lebih kurang 10 minit perjalanan dari Stesyen Romsis,kami pun sampai di kawasan rumah Alif.Alif memaklumkan kawasan yang didudukinya adalah kawasan yang banyak didiami orang Melayu dari Brunei dan Singapura.Tidak banyak pelajar Malaysia yang menetap di situ kerana kos sewanya agak mahal.

Alif kemudian mengajak saya pergi ke kedai dahulu sebelum balik ke rumahnya.

"KEDAI?",tanya saya.

"Ya,kedai makan." jelas Alif.Kemudian beliau menyatakan bahawa kedai makan itu dimiliki oleh seorang rakyat Malaysia yang saya hanya gelar Ustaz (Maafkan saya kerana tidak mengingati nama beliau).Alif dan rakan-rakan rumahnya sering membantu ustaz itu di kedai itu.

Kami pun pergi ke kedai makan itu.Setibanya di sana,tiada orang di dalam kedai.Alif menyatakan mungkin mereka (Ustaz dan isteri) sedang bersolat.

"Wah.Menarik." ujar saya di dalam hati.

Ya.Ini adalah menarik dan menyentuh hati saya.Di sini saya mendapat satu pengajaran,walau sesibuk mana dan sebanyak mana tugasan kita,solat jangan ditinggalkan.Cuba lihat Ustaz ini,dia mempunyai gerai makan yang agak sibuk,tetapi apabila tiba waktu solat,dia segera bersolat dahulu.Baru disambung semula kerja selepas itu.

Dan,satu lagi perkara yang menarik adalah,semasa Ustaz itu bersembahyang,kedainya dibiarkan sahaja tidak berkunci.Dari sini saya mendapat satu lagi kesimpulan,sesungguhnya,kita perlu yakin dengan kekuasaan Allah.Insya-Allah hidup kita akan tenang,aman serta selamat.

Selepas itu,Ustaz selesai bersembahyang.Saya bersalaman dengannya.Tahulah saya bahawa Ustaz ini berasal dari Pahang juga.Gembira untuk mendengar ada anak Pahang di Mesir.

Kemudian,Alif menyatakan bahawa kedai makan itu menghidangkan makanan dari Malaysia.Dia bertanya kepada saya apakah yang hendak saya makan pada malam itu.

Naluri seorang perantau yang sentiasa menginginkan makanan tempatan,pantas saya menjawab "Nasi Lemak Ayam".

Kemudian,Alif memesan makanan saya kepada Ustaz itu.Sementara menunggu,Alif mengajak saya bersolat dahulu di surau Ustaz itu.

Kami pun bersolat jemaah.

Begitu tenang saya berurusan dengan mereka ini.Dari sini,saya dapat lihat.Apabila kita bersolat,menjaga ibadat kita,cuba untuk menjadi umat Islam yang terbaik,sebenarnya semua perbuatan ini akan membawa hasil ke dalam hati kita.Dalam kata lain,membentuk jiwa kita.

Buktinya?Lihatlah Ustaz ini.Terasa tenang sahaja bercakap dengannya.Tiada prasangka atau perkara buruklah senang cakap.Nampak?

Kemudian,makanan sampai.Semasa menjamu selera,sempat juga saya berborak dengan dua anak muda dari Singapura yang sedang menuntut di Al-Azhar.Mereka turut sama menjamu selera di kedai Ustaz itu.

Dari sini dapat dilihat,Islam itu indah.Islam itu satu.Kita semua bersaudara.Persoalannya di sini,siapa yang memecah-belahkan kita sehingga menjadi seperti sekarang ini?

Anda fikirlah sendiri.Sesungguhnya setiap saat yang kita bazirkan,semakin lekalah kita terjerumus ke dalam permainan mereka (musuh umat Islam).

Selesai makan,saya pun tiba di rumah Alif.

Setakat ini sahaja untuk artikel ini.Akan saya sambung artikel seterusnya dalam waktu terdekat.

Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

Alif (kanan) berbual bersama seorang pemandu teksi di Cairo.

5 comments:

  1. Ukhwah persaudaraan selalunya senang di pupuk dan kukuh semasa di negeri orang, tapi rapuh bila di negeri sendiri. Yang penting ialah jangan nampak penuh tapi kosong, nampak penuh tapi tiada isi. Bak nyanyian Rabbani "Syukur dgn nikmat, tambahkan amal, apa yang kau tahu?"

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum .

    betul apa yang saudara kemukakan tu.
    Sekadar tambahan,ada seorang guru pernah berkata kepada saya, "apabila seorang tetamu datang rumah kita dan kita melayannya,dia membawa rahmat untuk kita.dan sebenarnya apabila dia pulang nanti,dia membawa dosa kita keluar dari rumah sekali"

    Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

    ReplyDelete
  3. la~ kenapa tak bagi tahu nak datang cairo??

    ReplyDelete
  4. haha...
    last minute je plan tu..

    suppose nak gi morocco
    tapi ada pertukaran rancangan..

    tapi plan nak datang lagi pasni..
    ti next time aku datang aku roger kau..

    ReplyDelete
  5. perjalanan yang penuh dengan pemikiran.

    moga thabat dalam jalan da'wah yg berliku-likuan duri ini.

    .Ittaqillaha haithuma kunta.

    ReplyDelete