12.2.10

Siri Kembara 2 : Berundur Setapak Dari Keselesaan,Renung Sekeliling,Nilai Kelemahan Diri

Assalamualaikum.

Sebelum meneruskan penulisan,elok juga dinyatakan beberapa perkara.

1) Siri Kembara yang bakal ditulis ini adalah berbentuk penulisan santai (tidak formal).
2) Penulisan yang bakal ditulis ini nanti (dan sambungan-sambungan siri ini yang akan datang) merupakan pendapat peribadi penulis sahaja.
3) Jadi,segala silap salah yang bakal muncul di dalam penulisan ini,sila tinggalkan teguran terhadap penulis di ruangan komen tanpa perasaan segan silu.
4) Ingat,orang yang berjaya bermula dari teguran kecil.
5) Dan yang terakhir,segala gambar yang dipaparkan dalam Siri Kembara ini adalah gambar peribadi penulis melainkan dinyatakan.

Semoga usaha ini dirahmati Allah SWT.

Baiklah.Mari kita bermula.Dialog di bawah ini mungkin diedit bagi menambah keseronokan anda untuk membaca.

29 Januari Sehingga 6 Februari yang lepas,dengan izin Allah Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang,saya telah berpeluang untuk mengembara ke Timur Tengah.

Negara yang telah dipilih oleh saya adalah Mesir.Pemergian saya ini adalah bersempena cuti musim sejuk selepas peperiksaan.Memang kebiasaan bagi pelajar di sini (tempat saya belajar) untuk pergi bercuti selepas peperiksaan.

Mengapa Mesir?

Terlalu kompleks soalan ini untuk dijawab dengan satu ayat.Tetapi,insya-Allah anda akan dapat melihat jawapannya apabila siri ini tamat nanti.

29 Januari 2010

Saya dan beberapa orang rakan lagi bertolak ke lapangan terbang dari tempat kediaman kami.

Setibanya di lapangan terbang,kami bersepakat untuk menunaikan solat dahulu sebelum check-in.

Walaubagaimanapun,nasib kami tidak berapa baik kerana pintu surau dikunci.Jadi,kami pun bersembahyang di tepi tangga sahaja.

Selepas sahaja kami selesai bersolat,tiba-tiba kami disapa.

"Assalamualaikum".

Seorang lelaki tempatan Russia berbadan besar berusia sekitar 20-an menyapa kami.Beliau ditemani seorang lelaki lain yang agak berusia yang pada mulanya saya suspek adalah bapa beliau.

Seronok apabila mendengar salam diberikan kepada kami.Yalah.Duduk merantau.Mana ramai orang Islam.

Kemudian,beliau menjemput kami masuk ke dalam surau.

"Oh.Penjaga surau rupanya".

Begitulah detik hati saya.Beliau bertanyakan kami beberapa soalan tipikal pembuka bicara.

"Dari mana kamu datang?"
"Nak pergi melancong mana?"

dan pelbagai lagi soalan yang dibalas dengan jawapan dalam dialog tempatan Russia oleh saya dan rakan-rakan.

Orang tua seorang lagi itu hanya memandang sahaja.Tidak banyak berbicara.

Kemudian saya memulakan perbualan bagi pihak kami.

"Saudara berdua ni bekerja di sini (surau) ke?"

Dia menjawab sambil bangun dari kerusi mengambil teko "Aah.Saya bekerja di sini.Tetapi,Pakcik Ali (mari gelarkan beliau Ali) ini tidak bekerja di sini.Dia melawat sahaja di sini."

Saya yang mendengar kata-kata beliau itu,menggerakkan mata ke arah teko itu sambil bermonolog di dalam hati "Oh.Nak hidang kat kitorang la ni agaknya".

Pantas saya mengatakan kepada beliau yang boleh kita gelarkan saudara Musa.

"Takpela.Susah-susah je.Kitorang pun nak gerak dah ni".

Beliau berkata tidak mengapa dan berkeras mahu membuat teh.

Dari sini,saya sudah nampak satu perkara.Saya dapat melihat sendiri keindahan Islam itu sendiri.

Ya.Kita semua umat Islam adalah bersaudara.Inilah buktinya.Kita hidup dalam satu komuniti.Tetapi,kebanyakan kita pada hari ini tidak mengamalkan sikap sebegini.Kita sibuk berbalah sesama sendiri tetapi dalam masa yang sama melayan musuh Islam dengan kasih sayang.

Bagai peribahasa Melayu pasar "Lu bai,anak terabai kat rumah,tapi anak kera kat utan tu lu semangat nak jaga.Ape ni bai".

Berbalik kepada topik keindahan Islam kita tadi.Bayangkan,dua orang Islam ini tidak mengenali kami,tetapi melayan kami dengan baik sekali.Mungkin anda akan menyatakan perkara ini perkara kecil.Tapi,jika anda berada di situ,anda pasti tenang dengan layanan mereka.

"Saya Imam Besar Masjid sebuah bandar yang tidak jauh dari sini" .

Kata-kata Pakcik Ali segera mengembalikan saya dari fikiran jauh.

"Oh.Imam."

Melesetlah sangkaan saya tadi yang menyangka Ali dan Musa adalah anak dan bapa.

Okay,itu tidak penting.

Kemudian Pakcik Ali bersuara kembali,

"Korang nak pergi ke Mesir ke?Alhamdulillah.Alhamdulillah.Dengan izin Allah.Dapat korang pergi Mesir.Jangan lupa tu ya anak-anak.Apa-apa yang kita dapat,ucapkan Alhamdulillah.Member Pakcik dulu cakap,dia pergi Mesir,sana banyak masjid,Alhamdulillah.Syukur dengar.Korang ni semua dari mana?"

Salah seorang dari kami menjawab ringkas "Malaysia".

Pakcik Ali kemudian menyambung lagi,

"Malaysia,Alhamdulillah.Negara tu aman tu.Banyak masjid,Indonesia pun sama.Korang amalkan Islam dengan baik."

Pernyataan Pakcik Ali membuatkan saya bangga dan terharu.Tetapi,tidak lama selepas itu,saya merasa sedih.Mengapa saya sedih?

Begini,kita di Malaysia hidup aman,hidup damai.Majoriti rakyat kita Islam.Tetapi,berapa ramaikah dari kita yang mengamalkan Islam sepenuhnya?Dan berapa ramaikah dari anak muda kita yang makin rosak setiap hari?

Memang kita banyak masjid,tetapi kualiti yang ada pada diri kita?

Saya amat sedih seperti ingin mengalirkan air mata,tetapi oleh kerana ramai orang,saya hanya sedih di dalam hati sahajalah.

Begini,sepatutnya,kita yang duduk di negara aman inilah yang memikul tanggungjawab yang lebih besar dalam menegakkan agama Allah.Tetapi,cuba renungkan diri kita.Di manakah kita?

Persaudaraan kita tinggalkan,itulah,inilah dan sebagainya.

Okay.Berbalik kepada topik kita.

Saya yang mendengar ucapan Pakcik Ali ini amat gembira sekali mendengarnya.Kerana beliau ibarat seorang ayah.Yalah.Duduk di perantauan.Ayah saya di Malaysia.Tentulah agak rindu di situ ya tak?

Kemudian,perbualan diteruskan lagi.Tetapi saya terpaksa ambil yang penting sahaja untuk ditulis.

Saudara Musa bertanyakan kepada kami selepas itu "Korang belajar kat Russia ni ambik ape?Medic ke Engineer?"

Seorang dari kami menjawab "Engineering.Dalam bidang Aviation."

Saudara Musa menyambung,

"Alhamdulillah.Itu semua rezeki Tuhan beri.Itulah.Kita hidup di dunia ini,semuanya datang dari Allah.Jangan sesekali lupa Allah.Sembahyang jangan tinggal.Sembahyang inilah sebenarnya yang akan membantu kita di akhirat kelak di hari perbicaraan.Kita jaga sembahyang,ia akan effect benda-benda lain dalam kehidupan.Kita tinggalkan sembahyang,kita akan jadi manusia teruk.Manusia teruk akan masuk neraka."

Kemudian,Pakcik Ali menambah sedikit point Saudara Musa,

"Betul tu,tak kira di mana kita berada.Ingatlah.Allah SWT sentiasa melihat kita.Kita hidup di dunia ini di atas rahmat-Nya.Jangan tinggalkan sembahyang."

Saudara Musa menyambung lagi,

"Ya.Sembahyang ni sebenarnya untuk pengetahuan anak muda sekalian,dulu,kalau tak Allah suruh kita sembahyang 50 kali sehari,tapi Nabi Muhammad SAW mintak kurangkan.Jadi 5 kali sehari.Allah bagi.Tapi kelebihan sembahyang yang 5 itu still sama dengan kita bersembahyang 50.Amatlah rugi jika kita tidak bersembahyang."

Beberapa nasihat di atas membawa saya berfikir dengan lebih mendalam lagi yang saya jelaskan dengan terperinci di bawah ini.

Kita harus sentiasa bersyukur kepada Allah.Lihat kata-kata Pakcik Ali.Hampir setiap ayatnya beliau mengucapkan Alhamdulillah.Bersyukur ini sememangnya nampak mudah.Tetapi,hakikatnya?

Berapa ramai dari kita yang bersyukur?Jika dihitung rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita,nilainya tidak terhitung.

Terlalu banyak.

Kita mempunyai negara aman,negara yang banyak masjid,pelajar-pelajar kita yang cemerlang dihantar ke luar negara,negara kita kaya,kita lahir-lahir sahaja majoritinya sudah memeluk Islam.

Itu baru sedikit.Nilainya tidak terhitung.

Tetapi berapa ramaikah dari kita yang bersyukur?Adakah kita mengucapkan terima kasih dan menghadapkan diri kita kepada Allah SWT?Bersembahyang?

Berapa ramai dari anak muda hari ini di universiti yang tidak menjaga sembahyang?Subuh tidak bangun?Saya tidak mengatakan saya ini perfect.Tetapi,saya menulis ini untuk mengingatkan diri saya juga.

Kita mendapat rezeki,tetapi tidak mengikut arahan Allah.Dapatkah kita lihat apakah jenis manusia kita ini?

"...Dan sememangnya sedikit sekali di antara hamba-hambaKu yang bersyukur. " [34:13]

Mari renung diri kita ini.

Dan cuba lihat suatu realiti.Memang umat Islam ramai pada hari ini.Bersepah-sepah di seluruh dunia.Tetapi,kita amat lemah.Rasulullah SAW ada bersabda tentang hal ini.

Kenapa?Kerana kita sayang dunia,lupa kepada Allah,takut menegakkan kebenaran (agama).

Dan,terlalu sedikit juga dari kita yang menjadi golongan yang menegakkan agama.Benarlah orang berkata,Islam itu bermula ganjil dan berakhir dengan keganjilan juga.

Satu sebab kita lari dari agama yang paling mudah saya nampak adalah kerana cara hidup kita sekarang ini yang terlalu berpaksikan hiburan.

24 Jam hiburan,nafsu,duit.

Kalau sudah 24 jam fikiran tentang hiburan sahaja,bila masa mengingati Allah?Patutnya kita beribadat kepada Allah itu 24 jam.Bukannya beribadat itu bermaksud kita bersembahyang sahaja.

Sebaliknya,seluruh hidup kita ini beribadat.Makan beribadat.Tidur beribadat.Kerja beribadat dan lain-lain.

Okay.Berbalik kepada topik tadi.

Kemudian perbualan kami disambung lagi.Saya ternampak ada bendera dalam surau lapangan terbang itu dan bertanyakan kepada Saudara Musa,apakah maksud kalimah yang tertulis di Bendera itu.

Beliau menjawab "Itu tertulis dalam bahasa Arab yang bermaksud kita semua orang Islam satu dunia patut berpegang pada tali persaudaraan yang berpaksikan keimanan kepada Allah.Hanya dengan bersatu kita boleh menjadi umat yang kuat.Umat yang berjaya di dunia dan akhirat."

Sekali lagi hati saya sedih.Anda fikirkanlah kenapa saya sedih.

Terdapat orang-orang Islam yang duduk di Russia,Amerika,Australia dan mereka ini punyalah payah hendak menegakkan agama Islam.Membina masjid dan sebagainya.Kita di Malaysia?Adakah kita menghargai dan memanfaatkan Islam itu?

Makin nak tiru cara Barat adalah.

Selepas perbualan itu,kami pun bersalam-salaman dan mengucapkan terima kasih di atas hidangan teh untuk kami.Sebelum beredar,kami sempat menangkap gambar kenangan bersama Pakcik Ali dan Saudara Musa.

Semoga perjuangan mereka dalam menyebarkan Islam berjaya.

Kemudian,kami check-in flight kami.

Kami menaiki flight Egypt Air.

Oleh kerana kesuntukan masa,itu sahaja yang dapat saya tulis buat masa ini.Harap ada sesuatu yang anda dapat dari Siri Kembara 2 : Berundur Setapak Dari Keselesaan,Renung Sekeliling,Nilai Kelemahan Diri ini.

Insya-Allah akan saya sambung siri ini sedikit masa lagi.

Sehingga tempoh seterusnya,Assalamualaikum dan Selamat Beramal.

"Hidup ini tidak lama.Jangan biarkan hidup dipenuhi dosa sahaja."

3 comments:

  1. mmg patut bangga dengan islam yang selalu dipuji orang
    sebab di negara org lain
    islam entah apa apa dah
    sebab itu mereka melihat islam di negara kita amat comey

    sayangnya
    yang men'comey'kan islam tak ramai
    burukkan ada la

    sama2 jadi orang yang boleh dibanggakan oleh agama kita

    ReplyDelete
  2. Salam..

    saya tunggu siri kembara 2...=)

    salam ziarah..

    ReplyDelete
  3. Inilah kelebihan merantau melihat pelbagai wacana hidup dan kebesaran ciptaan Allah, agar kita dapat berfikir. Peluang belajar di luar negara dan merenung kehidupan dari mata burung. Maka kita faham bahawa Allah itu Maha Besar kekuasaan-Nya. Ingatlah who are we trying to fool? Kalau hidup hanya berpaksi hiburan maka diri sendirilah yg rugi. Jangan sampai agama itu hanya diingati pada waktu tertentu sahaja iaitu ketika lahir, kawin, & mati. Kalau itulah jadinya maka redhalah Nasrani & Yahudi kerana surah al-Baqarah ayat 120 ada menyatakan tidak sekali-kali redha mereka kepada kamu melainkan setelah mengikut telunjuk mereka. Dan antara yg mereka amalkan ialah agama itu hanya di ingati pada tiga waktu itu sahaja. Yang selebihnya hidup mengikut hati dan nafsu semata.

    ReplyDelete