13.2.10

Siri Kembara 3 : Tiada Siapa Yang Pernah Mengatakan Perubahan Itu Senang,Tetapi Perjuangan Untuk Berubah Ke Arah Kebaikan Itu Seribu Kali Lebih Baik Dari Terus Lena Dalam Kegelapan.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah.Segala puji bagi Allah kerana dengan izin-Nya,saya masih lagi dapat meneruskan penulisan.

Alhamdulillah dan syukur kepada-Nya juga kerana memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua orang Islam.Semoga kita dibukakan hati untuk kembali ke jalan yang benar jika telah tersilap langkah.

Sebelum meneruskan penulisan,saya tertarik untuk mengquote ulasan seorang pembaca di dalam artikel terdahulu.

Inilah kelebihan merantau melihat pelbagai wacana hidup dan kebesaran ciptaan Allah, agar kita dapat berfikir. Peluang belajar di luar negara dan merenung kehidupan dari mata burung.

Ulasan ini ditulis oleh salah seorang pembaca blog saya yang hanya saya kenali melalui nama penanya iaitu SOT.

Saya tertarik dengan ulasan itu.Saya berkongsi ulasan itu di sini supaya anda semua yang berada (menuntut/bekerja) di luar negara pada ketika ini dapat memikirkan sesuatu.

Adakah anda pergi ke luar negara hanya untuk berfoya-foya?Adakah anda pergi ke luar negara hanya untuk menangkap gambar salji dan meletakkannya di Facebook sambil menunggu komen?Adakah itu sahaja tujuan perjalanan kita beribu batu ini?

Jika anda mengatakan ya untuk jawapan anda,sila fikir balik.

Cuba fikir.Setiap perkara yang dijadikan Allah dalam hidup ini bukan sia-sia.Seorang guru pernah berkata kepada saya "Rezeki diberikan kepada kita ada dua maksud.Satu sebagai tanda nikmat kepada kita.Satu lagi sebagai ujian kepada kita".

Ini bermaksud rezeki itu boleh jadi membuat seseorang semakin dekat dengan Allah,dan boleh jadi rezeki yang diberikan itu membuatkan kita semakin jauh dan lupa kepada Allah.

Begitu juga dengan kita yang mengembara ke luar negara ini.Kita ditakdirkan Allah pergi ke luar negara menuntut ilmu bukan sekadar hanya untuk ulang alik di kampus tanpa sebarang kegiatan lain sahaja.Kita ditakdirkan pergi ke luar negara mesti ada hikmahnya.

Allah berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud setiap benda di atas bumi yang diciptakan Allah di atas muka bumi ini,ada hikmah untuk difikirkan oleh orang yang beriman dan berfikir.

Jadi,adakah cara hidup kita sekarang ini betul?Ubahlah diri anda.Jangan terus melentingkan badan memarahi saya.Renung kembali apa yang saya cakap (kerana saya yakin akan ada orang yang tidak berpuas hati dengan kenyataan saya di atas ini).

Saya juga bukanlah seorang yang sempurna.Banyak sangat kelemahannya.Tetapi,saya menulis ini untuk mengingatkan diri sendiri juga.

Ingat,setiap nikmat yang dikurniakan kepada kita,akan ditanya bagaimana kita menggunakannya di hari akhirat nanti.

Okay.Sudah lari dari tajuk nampaknya.

Berbalik kepada Siri Kembara,jadi sambungan dari point yang semalam,saya dan beberapa orang rakan yang lain pun masuklah ke dalam kapal terbang apabila semua proses telah siap.

Apabila masuk ke dalam kapal terbang EgyptAir itu,seperti biasa,arahan memakai tali pinggang dikeluarkan.Tetapi,ada sesuatu yang menarik yang hendak dikongsikan oleh saya bersama anda di sini.


Mungkin perkara ini biasa saja,tetapi bagi saya,ianya sesuatu yang luar biasa.

Begini,sebelum sahaja kapal terbang berlepas,dipaparkan video yang memaparkan audio pembacaan doa menaiki kenderaan di dalam bahasa Arab.

Menarik bukan?

Tetapi,ada beberapa perkara yang ingin diulas saya di sini untuk kita fikirkan bersama-sama.

Perkara pertamanya adalah,kita sebagai orang yang beriman,kena sedar bahawa tiap-tiap kejayaan yang dicapai kita semuanya dengan izin Allah.

Jadi,hanya kepada Allah tempat kita bermohon bantuan kerana Dialah yang menciptakan sekalian alam ini.Jangan sesekali berputus asa dalam kehidupan.Sentiasa berfikiran positif.Berusahalah yang terbaik sambil berdoa kepada Allah.Jangan fikirkan kegagalan.

Sebaliknya teruskan berusaha walaupun kegagalan demi kegagalan melanda.Orang putih berkata "no situation is so dark that there is not a ray of light".Ingatlah bahawa Allah sentiasa menjadi Penolong dan Pelindung orang yang beriman.

Apa yang ingin disampaikan di sini adalah,berdoalah tatkala diri dilanda masalah,kemurungan atau sebarang hajat.Allah menyukai hamba-Nya yang berdoa memohon bantuan kepada-Nya.

Memang nampak mudah,tetapi,cuba fikirkan,berapa ramaikah dari kita (termasuk saya) yang tatkala berada di dalam kesusahan berdoa kepada Allah?

Itu yang pertamanya.Yang keduanya,saya suka dengan usaha EgyptAir menyediakan audio doa itu.Tahniah diucapkan.

Dan yang ketiga dan yang terakhir dari topik audio doa ini adalah bagaimanakah kita bertindak balas dari audio itu.

Begini,apabila doa menaiki kenderaan itu berkumandang,kebanyakan dari penumpang yang beragama Islam tidak mengaminkan doa itu.Sebaliknya mereka dengan selamba berborak-borak.

Mungkin mereka tidak mendengar doa itu,tidak mengapalah.

Tetapi,situasi sebegini sebenarnya bukan asing dalam kehidupan kita.Di Malaysia juga sama.Cuba anda lihat dalam majlis-majlis rasmi.

Apabila seorang pembaca doa tampil ke hadapan untuk mengetuai pembacaan doa,kebanyakan dari kita berdoa main-main.Kita boleh bercakap-cakap sambil berdoa.

Padahal,berdoa itu definisinya adalah keadaan di mana seorang hamba yang lemah yang berhajatkan sesuatu lantas memohon kepada Allah Maha Pencipta untuk membantunya.

Anda nampak sesuatu tak dari sini?Dalam bahasa pasarnya,berdoa itu bermaksud "kita mintak Allah bantuan".

Saya ingin bertanya,adakah sopan jika kita meminta bantuan daripada seorang pembesar atau raja,tetapi dalam masa kita sedang memohon itu,kita bergoyang-goyangkan badan,kita bergelak ketawa.Adakah sopan anda rasa perlakuan kita itu?Saya boleh bet kita tidak berani berbuat demikian jika kita berhadapan dengan raja.

Tetapi,cuba lihat perangai kita.Berhadapan dengan Allah Maha Pencipta,memohon bantuan dari-Nya,tetapi kita boleh tidak berdisiplin ketika berdoa.Padanlah doa kita seakan-akan tidak dimakbulkan.Tidak hairanlah begitu kerana kita tidak fokus dalam doa.

Nampak seperti perkara kecil bukan?Tetapi perkara kecil inilah yang biasanya membawa kepada perkara yang lebih besar.Kita seperti tidak sedar diri.

Kita berdoa sepatutnya mana boleh main-main.Ketika berdoa,sertakan minda,akal dan hati kita sekali.Bukan doa itu seperti kita menyanyi lagu kosong sahaja.Kita sedang meminta dari Allah.

Itulah sebab saya berpendapat kita hari ini mengamalkan Islam tanpa memahami ajaran Islam itu sepenuhnya.Kita hanya menurut apa yang dilakukan generasi terdahulu tanpa mengetahui sebabnya.

Marilah berubah.Dekatkanlah diri dengan Al-Quran dan fahami maksudnya.

Okay.Itu sahaja bagi isu doa.

Berbalik kepada topik Kembara,selepas sahaja bacaan doa itu,kami pun berlepas ke negara Mesir.

Oleh kerana saya sudah menulis dengan agak panjang,saya terpaksa berhenti di sini dahulu buat masa ini.Siri ini akan disambung insya-Allah dalam masa terdekat.

Terlalu banyak untuk diceritakan kerana banyak ilmu yang saya dapat sepanjang kembara 9 hari di Mesir baru-baru ini.

Niat saya berkongsi menulis ilmu ini bukan kerana saya hendak riak ataupun apa,sebaliknya supaya ilmu yang ada ini dapat dikongsi bersama anda semua.Dan,saya juga dapat mengingatkan diri saya juga kembali.

Baiklah.

Sehingga sambungan seterusnya,Assalamualaikum dan Selamat Beramal.


No comments:

Post a Comment